CABARAN KETIGA: TEMBELANG PECAH

43 13 0
                                    

Keesokan harinya, Keim dan Irina telah berada di bilik perbincangan bersama Tuan Hashim. Selepas habis berbincang, ketiga-tiga orang itu keluar daripada bilik tersebut.

Sebelum itu, Keim memasukan pistol Ballester Molina ke dalam Shoulder Holster. Irina pula memasukan pistol Astra A-60 ke dalam Thigh Holster. Manakala Tuan Hashim memasukan pistol Baretta 92 ke dalam Ankle Holster secara diam-diam.

FLASHBACK

"Beritahu aku, apa sebabnya." kata Irina sambil tangan masih mengacukan pistol ke arah kekasihnya.

"Huh! Kau ingat, ini filem ke? Acu pistol bagai, akhirnya bukan tembak pu--"

Ppang!

Satu das tembakan terlepas. Peluru tersebut tepat pada dahi kekasihnya. Cermin yang terhalang antara bilik siasatan CCTV dan bilik siasatan, berlubang akibat tembakan.

"Amy!"

Haziq menjerit-jerit nama kekasihnya yang baru saja mati ditembak oleh Irina. Tanpa sedar, Irina telah mengacukan pistol pada dahinya pula.

"Now, tell me." arah Irina.

"Okay..." Haziq termengah-mengah. "Sebenarnya aku diarah untuk membunuh Zack Farhan. Kalau aku setuju, aku akan dapat apa aku nak dalam masa yang singkat."

"Atas arahan siapa?" soal Irina masih lagi mengacukan pistol.

"Zikri Malik." jawab Haziq.

Irina hairan mendengar nama tersebut. Nama itu kedengaran sama seperti seorang pelakon, tetapi Irina lupa siapakah gerangan lelaki tersebut.

"Dia--"

"Ha'ah. Dia pelakon. Dia berlakon dengan Zack dalam cerita Señorita. Dia marah sebab tak dapat jadi watak utama, tapi Zack dapat. Lagipun masa dapat anugerah, mereka berdua sama naik. Dan Zack yang menang. Sanggup kawab baik sendiri upah orang untuk membunuh dia." potong Haziq.

Irina mengalihkan pistolnya. Terduduk Irina dibuatnya setelah mendengar berita itu.

"Apa lagi kau tahu?" soal Irina.

"Mak dengan ayah Zack pun tahu pasal benda ini. Dia orang datang melawat Zack masa aku tengah kemas mayat Zack. Masa itu Zikri pun ada. Dia orang berkomplot untuk tutup mulut pasal kes ini. Zikri rasuah dia orang semua." terang Haziq.

Irina terkaku mendengar terangan daripada Haziq itu.

END OF FLASHBACK

Keim memandu kereta dengan prihatinnya menuju ke suatu destinasi. Irina masih tidak sangka bahawa Zack Farhan dibunuh oleh orang lain atas arahan kawan baiknya sendiri. Perbuatan yang tidak boleh diucap dengan kata-kata adalah keluarga juga berkomplot sekali.

"Sabar, Irina. Jangan biarkan ego menguasai diri kamu." pesan Tuan Hashim di hadapan.

Tidak sampai beberapa minit selepas itu, kenderaan dihentikan di sebuah rumah usang. Tempat itu adalah tempat pertama kali Zikri berjumpa Haziq untuk misi khianat rakan baik sendiri.

"Irina, Tuan biar saya saja masuk ke dalam dahulu. Kalau jadi apa-apa nanti, mesti saya yang kena dulu." kata Keim setelah keluar daripada kereta.

Mereka berdua mengangguk. Mereka tidak pernah rasa gementar atau takut dari awal menyertai agensi ini. Mereka semua juga pernah bersumpah agar tidak pernah rasa takut apabila berhadapan dengan misi.

Keim mengira angka menggunakan jarinya tanda isyarat untuk menendang pintu masuk.

Powh!

Pintu ditendang dengan kuat. Kemudian Keim memeriksa keadaan di dalam rumah dahulu sebelum memberi arahan agar Irina dan Tuan Hashim masuk ke dalam pula.

Keim bergerak perlahan memeriksa seluruh tempat. Pistol di tangannya tidak terlepas dari genggaman.

Keim menaikan ibu jarinya tanda selamat di dalam rumah. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam.

Di dalam rumah tersebut tiada siapa yang ada kecuali tiga orang ejen itu. Tuan Hashim berjalan ke dapur.

Di sana ada suatu peti berwarna putih kelam. Dengan perlahan Tuan Hashim melangkah ke sana.

Tanpa berlenggah, Tuan Hashim membuka peti tersebut. Mengucap Tuan Hashim setelah melihat sesuatu di dalam peti itu.

Di dalam peti itu mempunyai tengkorak yang telah lama tersimpan. Hanya rambut dan rantai bertulisan -WH- saja yang ada. Kulit tubuh badan mayat, telah habis diurai oleh pengurai.

Tuan Hashim mengambil tiga helai rambut serta rantainya sekali masuk ke dalam poket. Kemudian peti itu ditutup kembali.

"Irina, kau dah check betul ke alamat ini?" soal Keim.

"Dah. Ini memang betul alamat Haziq bagi." jawab Irina.

"Masalahnya--"

Percakapan Keim terhenti kerana terhidu sesuatu yang tidak enak. Bau itu seperti minyak tanah!

Di luar rumah pula kedengaran seperti ada orang sedang tuang sesuatu. Mereka bertiga menutup mulut kerana tidak tahan akan bau itu. Sesak nafas dibuatnya.

Irina sudah tidak tahan. Dia berlari keluar daripada rumah mencari punca dari mana datangnya bau itu.

Apabila sudah keluar, Irina terkejut kerana ada Zikri di hadapan rumah. Raut wajahnya begitu cuak setelah bertembung dengan Irina.

"Kau buat kerja cepat!" arah Zikri pada pekerjanya sementara dia berlari meninggalkan tempat itu.

Irina hendak mengejar Zikri, tetapi pekerjanya yang sedang menuang minyak tanah di hadapan rumah mengganggu sasarannya.

Ppang!

Satu das tembakan dilepaskan Irina tepat pada dada orang tersebut. Tetapi dia terlambat kerana orang Zikri sempat mencampak mancis pada minyak tanah.

Irina tiada masa untuk memberitahu mereka berdua kerana api sedang membarak mengelilingi rumah. Jadi Irina mengambil keputusan untuk lari mengejar Zikri.

Sementara itu, Keim dan Tuan Hashim terbatuk-batuk kerana terhidu asap yang mula berkumpul di dalam rumah. Tidak lama kemudian, seorang lelaki berbadan sasa turun daripada tingkat atas.

Keim tersedar akan kehadiran lelaki tersebut walaupun penglihatannya kabur. Tuan Hashim menyedarkan Keim.

"Keim, hati-hati!"

Lelaki tersebut mula menyerang mereka berdua, namun Tuan Hashim sempat menolak Keim daripada terkena serangan. Penglihatan Keim semakin pulih selepas tersedar.

"Tuan, pergi minta bantuan. Saya boleh handle gemuk ini." kata Keim.

"Kamu biar betul?" soal Tuan Hashim seolah kurang percaya akan diri Keim.

"Pergi minta bantuan. Cepat!" arah Keim.

Tuan Hashim berlari keluar daripada rumah selepas menerima arahan daripada Keim.

Baju cardigal milik Tuan Hashim terkena api semasa dia melompat keluar. Pantas dia membuka bajunya itu.

Tuan Hashim sambung langkah menuju ke kereta. Trunk Radio di dalam kereta itu diambil olehnya.

Bersambung...

Agent Of P.A.O.F.I [✓]Where stories live. Discover now