LARI DARI MASA

51 15 8
                                    

Mereka berdua balik ke bilik pejabat Irina semula. Perkara yang dibincangkan tadi, masih belum tamat.

Irina terus duduk di atas kerusinya sambil menaip sesuatu. Manakala Keim, melabuhkan punggungnya di hadapan meja Irina.

"So, Irina boleh kita sambung?" soal Keim.

"Sambung apa?" soal Irina semula sedang matanya tertumpu di skrin komputer.

"Aku nak min--"

"Ini bukan waktunya, Keim. Sekarang kita ada hal lagi serius daripada ini semua. Aku cuma minta kau fokus kali ini. Bekerjasama sebagai teammate even aku tak kenal kau siapa.

Misi ini hampir selesai. Jadi, tolonglah buat betul-betul. Kita berdua ada nama. Dan orang bawah ramai respect kita. Apa salah kita banggakan dia orang tanpa ego?" Irina memotong percakapan Keim dengan memberi kata-kata serius.

Keim menghela nafas pendek.

"Betul juga kau kata. Aku lebih pentingkan ego aku daripada bekerjasama dengan kau." kata Keim.

"Macam ini lah, apa kata kita lupakan semua benda kecuali kes ini." Irina memanddang Keim Bersama raut wajah serius.

Keim tersenyum lebar.

"Sekarang ini aku nak tanya kau. Cuba kau perhatikan ayat ini dengan pen ini betul-betul sebelum itu." suruh Irina.

Keim mengambil dua barang tersebut di tangan Irina. Dia lakukan seperti mana Irina suruh tadi. Sebelah kening dijongketkan tanda hairan.

"Sebab ini ke kes kita ditukar kes pembunuhan?" soal Keim.

Irina mengangguk.

"Ada point." kata Keim.

"Pen itu Zack Farhan dapat daripada cerita Señorita, kan?" soal Irina.

"Ha'ah. Pandai kau teka." jawab Keim.

"Boleh alu tahu siapa bagi?" soal Irina lagi.

"Kau ini dah kenapa? Soal aku macam aku yang bunuh Zack." kata Keim, tidak puas hati.

"Iyalah. Kau sorang saja jumpa ibubapa Zack Farhan. Aku tak ikut." balas Irina.

"Soalan kau tadi, aku tak tahu siapa bagi. Tapi yang aku tahu, jom pergi jumpa orang yang Sarah dah bagi location itu." ajak Keim.

"Jom!"

∅∅∅

Suasana di waktu malam sungguh sepi melainkan bunyi cengkerik di sebalik semak-samun. Bintang berkelip di atas sana meriahkan suasana yang kelam. Bulan mengambang dijadikan sebagai objek yang bercahaya menerangi langit malam.

Sebuah kereta berjenama Mitsubishi Triton VGT diparkir kemas di atas bukit tinggi. Ternyata di belakang bonet kereta itu ada pasangan kekasih yang sedang berbaring sambil menikmati keindahan suasana waktu malam.

Tiba-tiba sebuah kereta parkir di sebelah kereta mereka. Kehadiran kereta tersebut menyedarkan dua pasangan kekasih itu yang sedang menikmati alam sekitar. Pantas mereka berdua turun daripada kereta.

"Kenapa parking sini? Tempat lain ada, kan." kata lelaki itu.

Orang yang parkir di sebelah kereta mereka itu keluar daripada sarangnya. Ternyata Irina dan Keim yang parkir di sana.

"Kau pahal?" soal lelaki itu lagi.

Tanpa melenggahkan masa, Keim memegang tangan lelaki tersebut lalu menggari kedua belah tangannya. Perbuatan Keim itu, membuatkan lagi sepasang kekasih itu berang.

"Apahal kau gari tangan boyfriend aku?" soal kekasihnya.

"Ikut saya kalau nak tahu kenapa." jawab Irina sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Keim memasukan lelaki tersebut di dalam keretanya. Kemudian, berlari masuk ke dalam kereta. Manakala perempuan itu pula, menaiki keretanya sendiri lalu mengikuti Keim dari belakang.

Setelah tiba di bangunan di mana Irina dan Keim berkerja, mereka semua turun daripada kereta. Lelaki tadi masih di dalam genggaman Keim.

"Woi, perempuan boleh tak kau bagitahu aku apasal kau bawa lari boyfriend aku." kata kekasih lelaki tersebut bersama nada sungguh biadab.

Irina tidak menghiraukan apa yang perempuan itu membebel di belakang. Dia hanya terus masuk ke dalam bangunan.

Perempuan tadi dibenarkan masuk kerana Irina mengarahkan sekuriti buka pagar untuknya. Terpaksa wanita itu mengikuti Irina sehingga ke bilik siasatan.

Lampu menerangi suatu bilik. Keim memasuki ke dalam bilik kecil bersama lelaki tadi. Manakala Irina dan wanita tadi memasuki ke bilik CCTV yang bersebelahan dengan bilik siasatan.

Cermin yang besar boleh dilihat dari bilik CCTV, menampakan suasana antara Keim dan lelaki tadi. Jadi tiada apa yang perlu di risaukan.

"Aku ada beberapa soalan untuk kau." kata Keim.

"Apa benda? Tak. Sekarang ini, apahal aku kena--" soal lelaki tadi.

"Kau Haziq, kan. Berumur 26 tahun." potong Keim.

"Macam mana kau tahu benda itu?" soal Haziq.

"I am agent." jawab Keim bersama senyuman sinis. "Apa sebab kau bunuh Zack Farhan?"

Haziq terkejut akan persoalan Keim itu. Dalam masa yang sama, kekasihnya juga terkejut. Tetapi dia cuba positif bahawa itu bukan kerja kekasihnya.

"Huh! Kau merepek apa ini?" soal Haziq.

"Bagitahu aku, kenapa kau bunuh Zack Farhan." soal Keim lagi.

"Kau nak buat apa kalau aku bagitahu?" soal Haziq bersama nada mencabar.

Kekasihnya terbeliak setelah mendengar ayatnya tadi. Jadi dia sudah tahu kebenaran bahawa lelaki yang dia percaya selama ini membunuh artis terkenal.

"Kau tak nak bagitahu aku?" soal Keim.

Haziq tersenyum sinis.

Meja di hadapan mereka berdua itu dicampak ke tepi. Tiba-tiba angin Keim berubah ke agresif.

"Bagitahu aku, kenapa kau bunuh dia!" jerit Keim sambil menarik koler Haziq.

Irina setelah melihat Keim seperti hilang kawalan, terus dia keluar daripada bilik tersebut. Dia berganti tempat dengan Keim.

Selepas diarah, Keim keluar daripada bilik tersebut. Perasaan masih membara di dalam hati. Cuma dia perlu ambil masa untuk tenang.

"Well, aku tak tanya banyak. Kalau kau jujur, habis cerita. Kalau kau tipu, sampai bila-bila duduk sini." kata Irina setelah menutup pintu.

"Kau nak buat apa kalau aku bagitahu?" soal Haziq.

"Maybe lingkup kau dalam penjara." jawab Irina.

"Setakat benda itu. Aku dah lalui selama 3 tahun lah." kata Haziq dengan lagaknya.

"Ha! Ha! Jangan tipu aku. Kau tak pernah ada rekod." kata Irina.

"Dah itu, apasal kau tangkap aku?" soal Haziq.

"Sebab kau bunuh Zack." jawab Irina.

Irina memandang kekasih Haziq yang sedang menahan tangisannya dari tadi. Sebuah senyuman sinis terukir di bibir.

Irina mengacukan pistol ke arah kekasihnya dengan jarak yang jauh. Haziq terbeliak melihat tingkah-laku Irina pada kekasihnya.

"Beritahu aku, apa sebabnya?" soal Irina buat kali terakhir.

Bersambung...

Agent Of P.A.O.F.I [✓]Where stories live. Discover now