Ting!
Seorang jejaka menjejakkan kakinya keluar daripada lif untuk menuju ke bilik hotel yang telah ditempah tadi.
Dia berjalan seorang diri ke bilik hotel. Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya dari belakang.
"Zack!"
Jejaka bernama Zack itu memaling arah ke suara tersebut. Kelihatan seorang perempuan sedang berlari menghampirinya.
"Finally, dapat pun jumpa awak. Tadi saya tak sempat nak cakap sesuatu dekat awak." Kata perempuan itu, termengah-mengah.
"Hm. Nak cakap apa tu?" Soal Zack.
"Saya nak ucapkan tahniah pada awak atas kerjayaan awak sekarang." Ucap perempuan itu selepas menghembuskan keluhan.
"Ohh! Terima kasih. Susah-susah je datang sini untuk ucapkan tahniah pada saya." Kata Zack tersipu malu dengan ucapan perempuan itu.
"Eh! Tiada apalah. Nah. Hadiah untuk awak." Perempuan itu menghulurkan sebuah kotak hadiah pada Zack.
"Terima kasih sekali lagi." Zack mengambil kotak itu bersama sebuah senyuman manis yang bikin cairkan hati para wanita.
Perempuan tersebut tersenyum malu akan senyuman manis Zack itu.
"Ha! Oleh disebabkan awak bersusah payah datang ke sini, dan beri sebuah kotak hadiah ini, apa kata saya bagi awak tandatangan saya?" Kata Zack.
Perempuan itu tersenyum lebar selepas jejaka berambut kemas itu berkata begitu.
"Betul ke?" Soal perempuan itu untuk kepastian.
Zack mengangguk tanda kepastian perempuan itu benar.
"Bagi saya kertas."
"Oh! Kertas." Pantas perempuan itu mencari kertas di dalam bag tangannya.
"Nah." Beri perempuan itu.
Zack tandatangani di kertas tersebut.
"Terima kasih." ucap perempuan tersebut.
"Sama-sama. Dah. Pergi pulang. Nanti lambat, keluarga awak marah." Arah Zack, risau apa kata keluarganya nanti.
"Baik." Jawab perempuan itu. Kemudian, perempuan itu berlalu pergi dari situ bersama senyuman riang.
"Tuan." panggil seseorang.
"Ya, Kamil." sahut Zack seraya menoleh ke belakang.
"Saya sudah check semua tempat. Keadaan semua baik." beritahu lelaki bernama Kamil, salah seorang pengawal peribadi Zack.
"Oh yeah! Saya terlupa pasal tu. Lama sangat borak tadi. Hehe. Ha! Terima kasihlah tolong tengok." Ucap Zack.
"Sama-sama."
"Awak pulanglah." kata Zack tiba-tiba. Terkejut Kamil dibuatnya.
"Eh! Tak boleh, Tuan. Saya dibayar untuk pastikan keselamatan tuan dalam keadaan yang baik." tolak Kamil.
"Sebab saya bayar awaklah saya suruh awak balik. Sudah. Awak telah bekerja keras hari ni. Tentu awak penat. Pergilah pulang. Isteri dan anak awak mesti sedang menunggu kepulangan awak." pujuk Zack.
"Baiklah. Jika itu yang Tuan mahukan, saya ikut saja." kalah juga Kamil dengan pujukkan Zack itu.
Tidak lama kemudian, Kamil berlalu pergi.
"Erm, Kamil. Tunggu." panggil Zack semula.
"Ya, Tuan." sahut Kamil.
"Nah. Buat bayar kos anak awak. Saya tahu anak awak ada cancer, kan." kata Zack sambil menghulurkan sehelai cek yang bernilai.
YOU ARE READING
Agent Of P.A.O.F.I [✓]
Misteri / Thriller{ 2ND STORY } [ C O M P L E T E ] Beautiful Cover By: Nooroo_Edayu03 Seorang artis terkenal ditemui mati membunuh diri di sebuah hotel. Artis tersebut tergantung di siling kipas tanpa seurat benang di tubuh. Beberapa ejen daripada agensi F.I.A (Fede...