PENERANGAN

46 16 4
                                    

Hari yang dinantikan dua orang ejen itu telah berakhir. Tuan Hashim sudah kelihatan di bangunan tempat kerja mereka.

Di bilik perbincangan, suasana sungguh sunyi. Tiada sepatah perkataan pun kedengaran di bilik tersebut.

Keim dan Irina menunggu kehadiran Tuan Hashim untuk berbincang tentang kes mereka ambil itu. Irina tampak bersedia. Manakala Keim kelihatan risau dari tadi.

"Apahal kau tak bagi aku maklumat yang betul?" pembuka bicara Keim setelah lama berdiam.

"Maklumat apa?" soal Irina seolah tidak faham.

"Shit! Entah kes ke berapa yang kau selesaikan ini, lepas itu kau share dekat aku. Aku dapat beza kes orang lain dengan kes Zack." kata Keim tidak puas hati.

"Dah itu. Kau nak aku buat apa sekarang?" soal Irina dengan selamba.

"Bagitahu aku apa kau dapat selama dua hari Tuan Hashim tak ada." Keim menunding jari.

"Kalau aku tak nak?" tolak Irina bersama nada mencabar.

"Kalau kau tak nak, aku boleh--"

"Dengar ini eh! Mungkin aku diam masa pertama kali kita jumpa. Tapi sekarang aku tak akan biarkan kau rosakan kerja aku. Biar Tuan Hashim itu tahu apa kerja sebenar kau dalam agensi ini." potong Irina sebelum Keim menghabiskan ayatnya.

Keim terdiam sejenak. Dia membetulkan pakaian yang dipakainya untuk kelihatan kemas sebelum Tuan Hashim masuk.

Tidak sampai beberapa minit, Tuan Hashim tergesa masuk ke dalam. Pantas Irina dan Keim bangkit daripada kerusi untuk menunduk hormat.

"Tuan Hashim!"

"Kita teruskan perbincangan kita. Saya mahu Keim mulakan dahulu." kata Tuan Hashim.

"Saya? Kenapa pula?" soal Keim seolah mempertikaikan arahan Tuan Hashim.

"Kamu report hari itu, kan? Kamu mulalah dulu. Irina kata dia dah ada bukti tapi tinggal di rumah. Jadi saya nak dengar penjelasan daripada kamu dahulu." jawab Tuan Hashim.

"Okay." Keim memandang Irina bersama raut wajah tidak puas hati.

Irina seorang sahaja dibenarkan untuk duduk. Manakala Keim perlu menerangkan apa dia siasat selama Tuan Hashim tiada di sana.

"Saya yakin yang Zack Farhan ini membunuh dirinya sendiri." kata Keim.

"Kenapa kamu kata begitu?" soal Tuan Hashim.

"Sebab keluarga dia nampak tak ambil tahu pasal kematian anak dia sendiri. Kes ini tengah besar. Mana boleh dia orang lepas tangan macam itu saja. Lagipun Zack ini artis popular. Nama dia tengah naik dekat luar negara sekarang ini. Tapi sayangnya, dia mati. Kalau saya jadi ibubapa Zack. Dah lama--"

"Kamu interview keluarga dia, ya?" soal Tuan Hashim memotong percakapan Keim. Malas mahu layan merapu Keim.

"Ha'ah, sebab itu saya tahu semua itu." jawab Keim bersama nada riak.

"Not bad. Apa filem terakhir arwah Zack Farhan?" soal Tuan Hashim.

"Señorita." jawab Keim.

Irina tersentak mendengar jawapan Keim itu. Tajuk cerita itu seperti sign yang ditulis Zack Farhan di dalam bukunya.

"Alright, sit. Irina pula." suruh Tuan Hashim.

Keim melabuhkan punggung di kerusinya tadi semula. Irina pula berdiri untuk menerangkannya.

"Saya ada jumpa beberapa klu di hotel kematian Zack Farhan." kata Irina.

"Hmph! Mustahil. Mana ada kita jumpa apa-apa klu di sana." celah Keim.

Irina mengukirkan sebuah senyuman pada Keim.

"Tapi, tuan saya minta maaf sebab saya baru jumpa sikit. Saya belum habis menyelidik yang selebihnya." terang Irina.

"Tak apa. Teruskan." arah Tuan Hashim.

"Ini bukan kes membunuh diri, tapi ini kes pembunuhan. Yang menyebabkan ini dijadikan kes bunuh diri kerana Zack Farhan ditemui tergantung di siling kipas. Ramai orang mempercayai yang arwah membunuh diri." terang Irina.

"Apa sebab kamu kata dia dibunuh?" soal Tuan Hashim.

"Macam tak confident saja." sampuk Keim. Irina menjelingnya.

"Ini nota terakhir Zack Farhan yang ditulis sebelum dia meninggal dunia. Nota tersebut agak aneh apabila dibaca menggunakan akal di luar kotak." Irina memberikan nota serta pen yang disiasatnya pada Tuan Hashim.

Tuan Hashim membacanya dengan teliti. Ayat yang tergaris itu membuatkan Tuan Hashim tertanya-tanya di dalam kotak fikirannya.

"Kenapa kamu garis?" soal Tuan Hashim.

"Pertama, rasa seronok tak terkata selepas menang. Ayat yang saya baca itu, tak rasa langsung perasaan keterujaan.

Kedua, Aku tak dapat mesej yang pelik pun. Dia dapat mesej ugutan. Tak ada artis yang tak dapat mesej macam itu.

Ketiga, aku rasa sangat selesa dan tenang bila ada dengan dia orang. Apa maksud dia? Mesti ada orang memerhatikan dia sampai dia rasa tak selamat duduk sorang-sorang." terang Irina panjang lebar.

Tuan Hashim memandang Irina bersama raut wajah serius.

"Pen ini pula." Irina mengambil pen yang dipegang Tuan Hashim itu.

"Hmph! Kuat betul berimaginasi." kata Keim. Irina tidak mengendahkannya lagi.

Irina membuka balutan di pen tersebut. Tuan Hashim kelihatan hairan akan perbuatan Irina itu.

"UPITAUMESUTI?" Tulisan tersebut dibaca Tuan Hashim.

"Tuan tahu apa maksud ini?" soal Irina.

"Kamu terangkan saja." jawab Tuan Hashim.

"Itu semua tipu. Maksud tulisan itu. Ia ditulis menggunakan ayat yang terbalik seolah kod klu." kata Irina.

Tuan Hashim membaca ayat itu semula. Kemudian Tuan Hashim mengangguk.

"Bagaimana kamu tahu?" soal Tuan Hashim.

"Insting sentiasa benar, tuan." jawab Irina bersama senyuman.

"Perfect. Jadi, apa yang belum kamu habis selidik lagi?" soal Tuan Hashim bersama nada kagum.

Keim menjeling mereka berdua.

"Lukisan berdarah." jawab Irina.

"Really? Lukisan berdarah, eh. Gempak! Ha! Ha!" kata Tuan Hashim. "So, saya dah buat keputusan."

"Apa, tuan?" mereka berdua melihat wajah Tuan Hashim untuk tahu kebenaran.

"Kes ini dilabelkan sebagai kes pembunuhan. Saya minta maaf, Keim. Penerangan Irina lebih kukuh berbanding kamu." kata Tuan Hashim.

"Tak apa." jawab Keim bersama raut wajah tidak puas hati.

"Kamu berdua boleh bersurai."

Irina dan Keim mengemas barang-barangan mereka sebelum keluar daripada bilik perbincangan tersebut. Keim keluar daripada sana terlebih dahulu.

"Tuan." panggil Irina.

"Ya, Irina." sahut Tuan Hashim.

"Saya nak minta izin. Boleh saya pinjam Sarah buat sementara waktu?" minta Irina.

"Untuk apa?" soal Tuan Hashim.

"Searching online, tuan." jawab Irina bersama sengihan.

"Kamu boleh buat sendiri. Mengapa mahu dia lagi?" soal Tuan Hashim lagi.

"Saya busy benda lain, tuan." jawab Irina.

"Baiklah! 24 jam masa yang saya bagi pada dia untuk mencari maklumat yang kamu minta. Tidak termasuk masa rehat." kata putus Tuan Hashim.

"Terima kasih, tuan." ucap Irina.

"Sama-sama." balas Tuan Hashim.

Irina gembira serta bersyukur akan pemberian keizinan daripada Tuan Hashim. Dia berlalu keluar daripada sana selepas menutup suis elektrik yang telah digunakan tadi.

Bersambung...

Agent Of P.A.O.F.I [✓]Where stories live. Discover now