Suasana pada malam itu sungguh dingin. Namun tidak bagi Irina. Dia sungguh panas kerana berlari sejauh 2.1km.
Irina berhenti sebentar untuk merehatkan kaki yang sakit. Nafasnya tidak teratur setelah berlari jauh daripada rumah usang tadi. Kini dia berada di kawasan lapang tidak tahu di mana lokasinya.
Ppang!
Satu tembakan terlepas. Pantas Irina berdiri tegak seperti biasa. Dia bernafas dengan perlahan untuk mencari di mana orang yang tembak tadi itu berada.
Pang! Pang!
Irina menoleh ke belakang. Mungkin orang tersebut rasa dirinya sempat menyorokan diri, tetapi Irina tahu di mana dia berada.
Irina mendekati orang tersebut. Ternyata dia ialah Zikri yang sedang mengisi peluru untuk menembak Irina sekali lagi.
Zikri mengacukan pistol ke tempat tadi sekali lagi, tetapi Irina menyepak senjata tersebut ke atas.
Terlepas pistol itu daripada genggaman Zikri. Dia memandang Irina bersama raut wajah benci.
"Kau ini, berani betul buat kacau!"
Zikri menumbuk Irina, namun tidak kena. Irina sempat mengelak. Sebuah senyuman riak terukir di bibir Irina.
Zikri berlari pantas menuju ke arah Irina. Satu tumbukan dihayun, tetapi Irina sempat memegang genggaman penumbuk Zikri sebelum terkena pada mukanya.
Jejaka tersebut menumbuk perut Irina menggunakan tangan kiri. Irina berundur sedikit ke belakang akibat dipukul curi.
Kini, Irina telah bersedia untuk bertinju bersama Zikri. Sebelum itu, dia mengikat rambutnya terdahulu. Kemudian balik ke posisinya tadi.
Zikri memberi serangan pertama, flying kick ke arah Irina. Tetapi wanita itu menempis tendangan Zikri.
Bukan mudah untuk mengalahkan Zikri, dia tidak berputus asa untuk menyerang Irina. Kali ini dia mulakan dengan menumbuk bertubi walaupun hanya kena angin sahaja.
Dalam waktu itu, Irina mengambil kesempatan untuk menyepak muka Zikri menggunakan teknik side kick. Zikri mengesat darahnya yang terkeluar daripada mulut.
Irina menendangnya ke belakang, tetapi Zikri sempat memegang kakinya. Kemudian Zikri berpusing bersama kaki Irina lalu menyepak sebelah lagi kaki Irina.
Irina jatuh terduduk. Punggungnya terhentak kuat di lantai simen. Zikri menghampiri Irina semasa dia mengadu sakit di dalam hati.
"Kau awesome! Apa kata kau ikut saja aku?" ajak Zikri sambil menghulurkan tangan kepada Irina.
Wanita tersebut memandang tangan Zikri yang terhulur untuknya. Selepas itu, dia menyambut tangan Zikri seolah dia bersetuju untuk ikuti Zikri.
"Kan, bagus. Berbaik lebih better, kan?" soal Zikri.
Bukkk!
Hidung Zikri ditumbuk Irina sehingga ia menghasilkan darah. Kemudian Irina memberikan penampar padu kepada Zikri sehingga dia terjatuh di lantai simen.
Zikri mengelap hidungnya yang berdarah. Dalam masa yang sama, dia tersenyum. Kemudian ketawa yang besar kedengaran daripadanya.
Irina hairan melihat Zikri begitu. Adakah terlalu sedap selepas ditampar?
"Habislah kau perempuan! Orang-orang aku dah sampai untuk hapuskan kau!" kata Zikri.
Orang yang dimaksudkan Zikri juga berjalan perlahan mengepung Irina. Semuanya membawa peralatan dan senjata haram.
Tidak sampai beberapa saat, sebuah helipkoter menghampiri mereka semua. Raut wajah Zikri terus berubah kepada gembira.
"Ha! Ha! Habis kau, perempuan! Helipkoter dah sampai and bawa aku pergi airport. Tinggalkan kau kena bunuh!" jerit Zikri semasa helipkoter mendarat di belakangnya.
Beberapa orang berpakaian hitam turun daripada helipkoter sambil mengacukan senjata ke arah orang-orang Zikri.
Don't move! Don't move!
Tanpa diarah, semua orang meletakan senjata lalu mengangkat tangan ke atas. Mereka semua telah menyerah diri pada pihak polis.
"Just save your words." kata Irina menghampiri Zikri yang cuak dari tadi.
"Kau ini!"
Zikri hendak menumbuknya, tetapi Irina sempat memberi renjatan elektrik berkuasa rendah di bahunya. Langsung pengsan Zikri dibuatnya.
Dalam masa yang sama, Keim dicampak oleh lelaki berbadan sasa itu. Keim semakin lemah kerana terlalu asap dia hidu.
Manakala lelaki itu pula memakai penutup mulut semasa berlawan. Jadi ada sebab kerana Keim tewas.
Lelaki tersebut hendak menumbuk Keim, tetapi bunyi siren polis kedengaran di luar rumah. Dia melarikan diri menggunakan pintu belakang sebelum ditangkap oleh pihak polis.
Keim dibiarkan di dalam rumah usang itu dengan api makin membarak masuk ke dalam rumah. Separuh barang habis dimakan api.
Keim tidak bermaya lagi. Dia kehilangan oksigen untuk meneruskan bernafas.
Penglihatannya semakin kabur. Lama-kelamaan dia tidak menyedarkan diri.
Di luar rumah, helipkoter mendarat di tempat semua polis berkumpul. Irina berlari keluar daripada helipkoter.
Orang pertama dia cari ialah Keim. Tetapi Keim tidak kelihatan di sana. Tuan Hashim pula tampak gelisah melihat rumah yang sedang terbakar.
Mereka semua sedang menunggu kehadiran bomba untuk memadamkan api. Sudah 10 minit berlalu, tetapi masih tiada khabar berita.
"Tuan, mana Keim?" soal Irina kepada Tuan Hashim.
"D-Dia masih ada di dalam. Seorang lelaki badan besar sedang belasah Keim di dalam." jawab Tuan Hashim.
"Apa? Keim dengan lelaki lain?" soal Irina terperanjat mendengar berita itu.
Selepas itu, Irina berlari menuju ke pintu masuk. Tuan Hashim terpekik menjerit namanya, tidak diendahkan langsung.
Seorang pegawai polis menghalang Irina untuk masuk ke dalam. Namun begitu, Irina berdegil untuk masuk. Jadi, dia menempis tangan pegawai tersebut untuk lari masuk ke dalam.
Genggaman pegawai tersebut pada baju Irina terlepas. Dia tidak sempat mengejar kerana Irina telah melompat masuk ke dalam.
Irina mencari Keim dengan keadaan kelam-kabut. Di dalam rumah usang tersebut tidak boleh nampak apa-apa selain asap yang tebal bagaikan hutan belentara.
Irina setia mencari Keim walaupun terpaksa menahan kesakitan mata akibat asap yang tebal. Oksigen pula, tidak perlu dikata kerana Irina sedang menahan nafas semampu dirinya.
Mahu merangkak di bawah, tidak boleh kerana ia kayu diikuti terbakar. Irina hanya mampu melompat sahaja.
Apabila sampai di dapur, dia ternampak seseorang sedang terbaring di kabinet dapur. Pantas Irina menghampirinya serta beryakinan bahawa itu ialah Keim.
Tanpa memeriksa, Irina membawa Keim keluar daripada rumah usang itu menggunakan pintu belakang. Mujur pintu keluar tersebut dekat dengan dapur.
Irina menguatkan diri walaupun keadaannya tidak teratur demi mengeluarkan Keim daripada terbakar. Selepas itu, mereka berdua berjaya keluar daripada sana.
Irina membaringkan Keim di atas tanah yang jauh sedikit daripada rumah terbakar itu. Penglihatannya tertumpu pada wajah Keim yang tidak sedarkan diri dari tadi.
Dia cuba mengatur nafasnya semula. Penglihatannya juga semakin kabur. Makin lama, badannya semakin lemah. Kemudian dia tidak sedarkan diri seperti Keim.
Bersambung...
YOU ARE READING
Agent Of P.A.O.F.I [✓]
Mystery / Thriller{ 2ND STORY } [ C O M P L E T E ] Beautiful Cover By: Nooroo_Edayu03 Seorang artis terkenal ditemui mati membunuh diri di sebuah hotel. Artis tersebut tergantung di siling kipas tanpa seurat benang di tubuh. Beberapa ejen daripada agensi F.I.A (Fede...