CABARAN KEDUA- DI SEBALIK LUKISAN

56 16 13
                                    

Hari ini adalah hari terakhir untuk menyiasat bukti-bukti yang telah dijumpai Irina. Esok telah tiba masanya untuk dia terangkan semua pada Tuan Hashim.

Penerangan bukti itu perlu kukuh supaya Tuan Hashim tidak memberi kata makian padanya.

Dua hari Irina menghabiskan masa duduk di bilik kerjanya. Kantung mata Irina bertukar hitam sedikit kerana tidak cukup tidur. Ia kelihatan seperti mata panda.

Walau bagaimanapun, tugasnya perlu diselesaikan sebelum esok hari. Dia menguap seketika sebelum memulakan kerjanya.

Ttok! Ttok!

Pintu biliknya diketuk dua kali. Irina bangkit dari tempat duduknya lalu mengeliat sebentar untuk merenggangkan otot.

Tombol pintu dipulas perlahan. Kelihatan Imani sedang menunggu kehadirannya di depan pintu sambil membawa sarapan pagi.

"Ada apa ini, sayang?" soal Irina dengan nada lembut.

"Selamat pagi, mama! Imani ada bawa sarapan untuk mama." ucap Imani.

"Sarapan untuk mama? Kenapa susahkan diri buat macam ini? Mama okaylah." kata Irina.

"Itu bagi mama. Bagi Imani, tak." Imani membawa masuk sarapan tersebut di dalam bilik kerja Irina.

"Wah, ini ke bilik mama?" kagum Imani.

"Dah. Jangan lama-lama." Irina menarik tangan Imani keluar daripada bilik itu.

"Kenapa ma--"

"Hari itu kamu kata nak pergi beli barang, kan? Pergilah dengan Mak B." Irina memotong percakapan Imani.

"Tapi Imani nak pergi dengan mama." kata Imani.

"Mama tak ada masa, nak. Projek mama hari ini kena siapkan. Esok dah kena hantar." pujuk Irina.

"Hmph! Mama selalu macam ini. Asyik tak ada masa saja. Kalau macam ini, baik Imani jadi anak Mak B saja." bentak Imani sebelum meninggalkan Irina.

Irina tersentak mendengar bentakan anaknya. Dia seolah tidak faham akan tugas kerjanya.

Pintu bilik ditutup perlahan. Rasa sedih tertimbul di perasaan Irina selepas anaknya berkata begitu.

"Tak apalah."

Sewaktu Irina hendak melabuhkan punggung semula, tiba-tiba satu idea terpacul di otaknya.

'Kalau betullah lukisan ini biasa, kenapa ia terletak di belakang pintu tandas?'

Irina mengambil fail yang terletak kemas di sebelah almari. Fail tersebut adalah maklumat peribadi Zack Farhan serta gambar kematiannya.

'Menurut gambar ini semua, Zack Farhan dalam keadaan berbogel? Tapi kenapa dia bunuh diri tak nak pakai baju? Disgusting, doh!'

Irina menggelengkan kepalanya. Otaknya mula buntu untuk sambung berfikir tentang klu ini semua. Makin dirungkai, makin misteri jadinya.

'Mungkin ia tulisan yang terbalik.'

Irina memusingkan lukisan tersebut. Hairan pula dibuatnya. Tulisan tersebut seperti menunjukan satu klu juga, namun Irina malas untuk memikirkan tentang itu; -1WH1.

Sedang dia berfikir, dia teringat akan air yang terisi di tab mandi Zack Farhan semasa dia menyiasat di hotel dua hari lalu. Langsung Irina tersedar akan benda itu.

'Tak logik pakai akal! Lepas dia mandi, dia bunuh diri? Kain tuala tak ada pula nampak dekat lantai. Hm... Kenapa insting aku mengatakan dia dibunuh? Ataupun masa dia mandi, dia kena bunuh. Dan pembunuh itu nak tutup kes pembunuhan, dia tukar kepada kes bunuh diri.'

Irina tersenyum sinis.

"Siapalah berani buat hal ini." gumam Irina.

∅∅∅

Keim menulis apa yang seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an sedang memberi penerangan. Seorang wanita sedang memujuk ibunya yang sedang menangis teresak-esak.

"Last question, Zack Farhan jenis darah apa?" soal Keim bersama riak muka serius.

"Kami sekeluarga AB+ saja." jawabnya.

"Okay. Itu saja dari saya. Terima kasih kerana beri kerjasama." Keim berjabat tangan dengan lelaki tersebut.

Krong-tong!

Bunyi pesanan masuk kedengaran di telefon Keim, namun tidak diendahkannya. Mesej yang baru diterima tiada kaitan dengan kes yang dia laksanakan sekarang.

Tiga orang tadi adalah keluarga Zack Farhan yang menetap jauh daripada hotel kematiannya. Oleh disebabkan itu, mereka tidak dapat berada di sana ketika Zack Farhan ditemui mati.

Keim's POV

Mustahil Zack stress sebab kerja. Dia baru dapat anugerah dua hari yang lalu sebelum dia mati. Apahal dia nak bunuh diri? Kenapa?

Sial! Satu klu aku tak jumpa langsung. Jawapan bapa Zack ini berguna sangat ke sampai boleh jadikan satu bukti kukuh?

Tak akan kena bunuh? Lagi mustahil.

Kalau kena bunuh, dah lama aku dengan betina itu dapat klu macam-macam. Lagi mencabar dari benda ini semua.

Suara duet nyanyian Señorita daripada Shawn Mendes dan Camila Cabello kedengaran di telinga Keim. Tiba-tiba saja satu idea tentang tajuk lagu itu terpacul.

Senorita. Cerita terakhir Zack berlakon sebelum dia dapat anugerah itu. Sebab cerita itu juga dia dapat anugerah. Brilliant!

"Masa untuk kalah, Irina." kata Keim bersama senyuman sinis.

Bersambung...

Agent Of P.A.O.F.I [✓]Where stories live. Discover now