Keesokan harinya...
Irina tidak pergi ke pejabat kerana gilirannya pula untuk bercuti pada minggu ini. Dia masih dibuai mimpi walaupun matahari telah naik di atas kepala.
Tidak lama kemudian selimut ditolak dengan kasar. Rupanya Irina tidak tidur pun. Otaknya tidak henti berfungsi dari malam tadi.
Sudah dua hari kes ini berlalu, tetapi satu klu pun tidak dijumpainya walaupun telah pergi pelbagai tempat. Dia perlukan masa yang lama untuk siasat kes ini seorang diri.
Dia bangkit dari katil. Rambutnya diikat semasa berjalan keluar daripada bilik tidur.
Sebuah bilik berkunci dituju olehnya. Pintu bilik tersebut dibuka dengan perlahan supaya tiada bunyi yang dihasilkan.
Di dalam bilik tersebut dipenuhi dengan tampalan gambar, surat khabar yang telah dikoyakan, peta dan pelbagai lagi. Bilik itu seperti bilik kerja Irina di mana tersimpannya maklumat tentang semua kes yang dia ambil.
Buku cerita dongeng milik Zack Farhan direnung Irina. Selepas itu, dia melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi.
"Kerbau Dan Burung Gagak." bacanya. "Pelik betul. Dah besar pun baca cerita macam ini lagi."
Setiap muka surat buku dibacanya. Lama-kelamaan, dirinya jadi hairan. Buku yang dibacanya itu tidak seperti nama tajuk di muka buku hadapan.
"Ini buku cerita ke buku luahan dia?" soal Irina sendiri.
Cita rasa Zack Farhan agak aneh. Tidak pernah dibuat orang lagi muka buku hadapan cerita dongeng tetapi isinya luahan hati. Pelik betul!
Irina menghentikan tangannya daripada membuka muka surat lain. Muka surat itu menarik perhatian Irina untuk membacanya. Dan itu adalah muka surat terakhir yang ditulis oleh Zack Farhan.
13/12/2019
Aku sangat gembira apabila memenangi Anugerah Bintang Popular. Rasa seoronok tak terkata lepas menang. Mesej positif sangat banyak. Aku tak dapat mesej yang pelik pun. Akhir sekali, aku keluar dengan kawan-kawan aku. Aku rasa sangat selesa dan tenang bila ada dengan dia orang. Terima kasih kau orang!
Sign,
53ñ0r1t4Luahan hati Zack Farhan di muka surat itu agak pelik di mata Irina. Entah mengapa dia rasa ada sesuatu di sebalik ayat itu.
Jika dibandingkan dengan muka surat lain, ia agak berbeza dengan muka surat ini. Selalunya artis tersebut akan menulis dengan pen yang pelbagai warna. Tetapi ini hanya sekadar pen berwarna hitam sahaja.
Pen yang dibawa sekali itu, penutupnya dibuka Irina. Tangannya bersedia untuk gariskan isi yang dirasakan aneh.
Rasa seronok tak terkata lepas menang.
Aku tak dapat mesej yang pelik pun.
Aku rasa sangat selesa dan tenang bila ada dengan dia orang.
Tiga ayat itu dirasakan aneh olehnya. Tidak tahu mengapa begitu, tetapi dia cuba meneliti ayat tersebut sehingga jawapan disebalik ayat itu terlerai rahsianya.
Irina terbeliak seolah sudah tahu akan jawapannya. Raut wajahnya seolah tidak percaya akan ayat itu.
Lantas telefon diambil. Orang pertama yang dia dail ialah Zeeyad. Walaupun mereka berdua bukan satu kumpulan, tetapi Irina lebih mempercayai Zeeyad berbanding Keim.
"Hello, Irina." -Zeeyad
"Zeeyad, datang rumah aku sekarang." -Irina
"Buat apa pula?" -Zeeyad
"Datang saja. Urgent ini." -Irina
"Okay! Demi kau, aku datang sekarang." -Zeeyad
Panggilan telefon diputuskan.
Irina kembali melihat ayat yang digariskannya tadi semula. Pen dicampak ke tepi. Tangannya diletakan di kepala sambil memikirkan sesuatu.
Selepas itu, pen hendak dicapai semula. Tetapi niat Irina terhenti setelah melihat sesuatu di pen tersebut.
Balutan di hujung pen itu terbuka seperti pernah dibuka sebelum ini. Lantas pen itu dicapai.
Balutan di pen tersebut dibuka dengan laju oleh Irina. Agak aneh kerana balutan itu amat mudah untuk dibuka.
Setelah itu, Irina membelek pen tersebut mencari sesuatu jika ada yang aneh juga. Bagi Irina, Zack Farhan ialah orang yang aneh pernah dia siasat.
Di sebalik balutan itu juga ada sebuah tulisan. Rasa hairan makin tertambah di dalam diri Irina. Rasa tidak percaya dia menyiasat orang yang aneh seperti Zack Farhan.
Cara dia lakukan ini semua seperti orang ejen yang berkemahiran tinggi di seksyennya. Ataupun dia belajar ini semua dari pengalaman semasa berlakon. Mustahil!
UPITAUMESUTI
"Entah ayat Alien mana dia belajar ini. Jujur aku pening dengan dia ini. Apa dia cuba sampaikan? Aneh betul!" bebel Irina.
Matanya memerhatikan ayat yang dikatan Alien itu. Dia cuba merungkaikan ayat yang tertulis di situ.
Tidak lama kemudian, dia dapat juga jawapannya. Meneliti sesuatu ayat adalah kemahiran Irina di dalam agensi F.I.A. Tidak ramai berkebolehan seperti dirinya.
Dding-Ddong!
Bunyi loceng rumahnya berbunyi tanda ada orang di hadapan rumah. Irina yakin itu ialah Zeeyad. Pantas dia berlari keluar untuk membuka pintu.
"I know you, bro!" tegur Irina setelah pintu terbuka.
"Aku dah biasa jadi orang special ini." kata Zeeyad.
"Masuklah." jemput Irina.
"Alright. Mana Imani?" soal Zeeyad.
"Main dengan kawan dia dekat atas, maybe." jawab Irina.
"Maybe pula kau. Anak sendiri, kan." kata Zeeyad.
"Ketepikan dulu. Jom ikut aku." Irina menarik pergelangan tangan Zeeyad masuk ke dalam bilik kerjanya.
Zeeyad hairan dengan Irina. Tidak pernah pula melihat dia tergesa-gesa seperti itu.
"Wah! Ini bilik kerja kau, eh. Kemas, doh!" kagum Zeeyad. "Apa kau nak tunjuk dari tadi itu?"
"Sini!"
Irina menunjukan ayat yang telah digariskannya tadi serta pen yang bertulisan. Zeeyad mengukirkan senyuman nipis.
"Apa ini?" soal Zeeyad.
"Bacalah!" arah Irina.
Zeeyad membaca apa yang Irina menunjukan itu. Sebelah kening dijongketkan.
"Buku rahsia artis itu ke?" soal Zeeyad.
"Yep! Kau fikir tak apa aku fikir?" Irina memandang wajah Zeeyad dengan teruja.
"Tak." jawab Zeeyad.
Irina mengeluh.
"Haih... Aku dapat jawapan di--"
"Di sebalik ayat yang kau gariskan." potong Zeeyad.
"Good! Bijak pun." puji Irina.
"Biasa. Apa kau dapat?" soal Zeeyad.
Irina tersenyum sinis.
Bersambung...
YOU ARE READING
Agent Of P.A.O.F.I [✓]
Misterio / Suspenso{ 2ND STORY } [ C O M P L E T E ] Beautiful Cover By: Nooroo_Edayu03 Seorang artis terkenal ditemui mati membunuh diri di sebuah hotel. Artis tersebut tergantung di siling kipas tanpa seurat benang di tubuh. Beberapa ejen daripada agensi F.I.A (Fede...