Troli yang dipenuhi barangan kebutuhan harian, ditolak perlahan oleh Gempa.
Anak matanya, memerhati rak-rak yang menyimpan makanan ringan serta susu.
Dia tersenyum apabila mendapati ada susu kegemarannya, kerana ralit dia tidak sengaja terlanggar seseorang yang berdiri dihadapannya dengan troli miliknya.
"Auch!"
Gempa terperanjat, secara automatik dia berhenti daripada mendorong troli. Dengan perasaan bersalah dan panik dia meminta maaf, sampaikan terbongkok-bongkok tubuhnya.
"Maaf, saya tak sengaja."
Kekehan pelan itu, membuatkan dahi Gempa berkerut. Dia menegakkan tubuhnya.
"Maaf sekali la.. Taufan?"
Bulat mata Gempa tatkala mendapati orang yang dia langgar sebentar tadi adalah Taufan, rakan karib suaminya.
Taufan senyum. "Lain kali, jangan leka. Kan dah langgar orang."
"Maafkan aku, aku tak sengaja langgar kau sebab terlalu ralit tengok rak susu tadi."
"It's okay. Belanja barang dapur ke?" soal Taufan, anak matanya mengerling troli Gempa.
"Ya. Barang dapur dah habis. Kau pula?"
Taufan menggoyangkan sekotak susu berjenama Goodday yang berperisa coklat.
"Beli susu kegemaran aku." kata Taufan dengan senyum manis. Gempa mengangguk seraya membalas senyuman Taufan.
"Kau dah habis belanja?" sambung Taufan.
"Belum lagi, ada satu lagi aku nak beli."
"Apa?"
"Tu?" Gempa menunjuk ke arah susu kegemarannya. Susu pisang.
Taufan mengikut arah pandang Gempa.
"Boleh tolong ambilkan? Aku tak sampai." pinta Gempa dengan wajah segan.
"Sure."
Taufan tersenyum seraya mengusap kepala Gempa, lantas dengan senang hatinya, dia mengambil susu yang menjadi pilihan Gempa yang berada di rak paling atas.
Susu kotak itu dia letak ke dalam troli termasuk dengan susu miliknya.
"Terima kasih."
"No hal. Kau dah nak pergi bayar kan?"
Gempa mengangguk.
"Jom."
Taufan mengambil alih, mendorong troli Gempa.
"Eh? Biar ak.."
"Tak apa, dah jom."
Tanpa menghiraukan Gempa, Taufan terus mendorong troli pergi dari situ. Meninggalkan Gempa yang terpinga-pinga.
"Eh! Tunggu Fan!"
Tanpa mereka berdua sedar, ada satu pasang mata sedang memerhatikan mereka berdua. Dia tersenyum sinis lalu menatap ke skrin telefon miliknya yang memaparkan gambar Taufan yang sedang mengusap kepala Gempa. Gambar yang dia tangkap secara senyap.
"Well, kalau aku tunjuk gambar ni pada Hali mesti mamat sundal tu kena dengan Hali nanti. Aku dah tak sabar.."
Tbc...
YOU ARE READING
Durjana (HaliGem) [C]√
Romance"Aku tak sangka, kata-kata manis yang dia bagi kini bertukar pedas. Aku hanya di anggap boneka dan mainan sahaja bagi dia.." Warning! Yaoi! Uke!Pregnant Don't like, don't read! Start : 3/6/2020 End : 17/8/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIA...