Pang!
Satu tamparan hinggap dipipi Gempa.
Sakit dan perit. Gempa menahan rasa itu. Dia pegang pipinya yang menjadi mangsa tamparan Halilintar.
Balik sahaja, dia terus mendapat habuan daripada lelaki yang bergelar suaminya itu.
Apa lagi yang lelaki itu nak darinya? Tak puaskah seksa dia?
Dia pun punya perasaan yang harus dijaga. Dia penat disakiti oleh orang yang dia sayang.
"Kenapa awak tampar saya Linlin? Apa salah saya kali ni?"
"Kau anak yatim sundal, dah berani keluar dengan lelaki lain ya? Bahkan tu adalah kawan aku sendiri! Kau dah ada hati kat mamat mata biru tu? Tch! Sungguh jalang. Haritu kau bagi tubuh kau kat dia and now kau nak kasi hati kau kat dia pula? Lepasni apa? Kahwin dengan dia?"
Iris merah Halilintar, mencerlung marah. Tajam menikam seraut wajah isterinya.
"Linlin.. Halilintar.. Awak tau saya dah penat dengan semua ni. Saya nak Halilintar saya balik. Saya rindu dengan Halilintar saya yang dulu. Awak tau? Saya amat kecewa dengan awak Halilintar, sebab awak berubah secara drastik.
Awak nak tau Halilintar? Saya dan papa awak tak ada hubungan apa-apa pun. Dia tu dah macam ayah saya tau. Awak untung sebab awak masih mempunyai mereka tapi saya? Saya tiada sesiapa Halilintar. Saya hanya sebatang kara. Sekarang saya cuma ada awak Halilintar. Cuma awak.."
Gempa berjeda, dia menahan air matanya yang mahu tumpah. Dia tatap wajah suaminya dengan pandangan duka.
"Kalau awak pun buang saya, memang benar saya tidak pernah diharapkan untuk ada di muka bumi ni. Tolong jangan buang saya dari hidup awak Halilintar, saya sayang awak melebihi diri saya. Please jangan hilangkan rasa sayang ni dari saya."
Halilintar ketap bibir, entah kenapa perasaannya terusik saat melihat air jernih yang lelaki itu tahan kini jatuh membasahi pipi.
"Papa awak dan mama saya tak pernah ada hubungan, mereka hanya kawan rapat. Iya, memang papa awak pernah suka pada mama saya tapi dia ditolak sebab mama saya suka pada orang lain. Kebetulan pula, mama awak dari dulu memang tak suka pada mama saya sebab dia suka papa awak Halilintar. Dia aje yang cemburu lebih. Sekarang awak faham? Kalau belum, pergilah tanya papa awak sendiri."
Usai itu, Gempa angkat kaki untuk beredar dari situ. Namun, dia sempat mencium pipi suaminya.
Dia pergi meninggalkan suaminya yang masih terpegun di tengah ruang tamu itu.
Tbc...
YOU ARE READING
Durjana (HaliGem) [C]√
Romance"Aku tak sangka, kata-kata manis yang dia bagi kini bertukar pedas. Aku hanya di anggap boneka dan mainan sahaja bagi dia.." Warning! Yaoi! Uke!Pregnant Don't like, don't read! Start : 3/6/2020 End : 17/8/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIA...