Halilintar memerhatikan Gempa yang sedang menghidangkan makan malam di atas meja.
"Bila kita nak buat anak? Malam ni?"
Hampir terlepas pegangan Gempa pada mangkuk sup yang masih panas, nasib baik sudah selamat mendarat di atas meja jikalau tidak mesti lantai yang makan.
Gempa terbatuk sambil melarikan pandangan matanya daripada Halilintar kerana lelaki itu setia merenung ke arahnya.
Rona merah merebak ke wajah Gempa.
"Saya on aje bila-bila masa."
"Kalau hari-hari? Kau on?"
Bulat mata Gempa mendengar ayat miang yang keluar dari mulut suaminya. Awat gatai sangaq...
Dia pandang wajah bersahaja Halilintar itu, seolah apa yang dia cakap barusan adalah benda yang remeh sahaja. Dia pula yang naik malu.
"Oit! Mati saya kang nanti."
"Kalau mati just tanam dalam tanah, dah ajal kau."
Amboi mulut mamat ni, laser kemain. Tak ada bezanya dengan Ice di ff sebelah. Dua kali lima aje, tetap jawapannya sepuluh. Lol..
Gempa berdecit.
"Sudahlah, jom makan. Makin mengarut aje awak ni." omel Gempa.
"K."
•••••
"Awak dah kenapa? Sudah-sudah lah tu membebelnya, dah malam ni."
Tuan Adam memandang isterinya yang sedari tadi hanya membebel pada benda yang sama. Macam tiada modal aje.
"Tch! Awak jangan nak sibuk! Abang tau, ni mesti anak yatim tu yang hasut Hali untuk pindah keluar dari sini. Mesti dia mengadu kat Hali kan? Dasar yatim!"
Kepala Tuan Adam tergeleng perlahan, sudah lali dengan kebencian wanita itu pada menantunya.
"Awak ni, jangan nak menuduh tanpa sebarang bukti. Itu akan jatuh kepada fitnah. Lagi pun okey juga mereka pindah keluar, bolehlah mereka rasa macam mana hidup sebumbung. Diorang masih banyak kena belajar tentang rumah tangga. Biarlah diorang. Awak tu sampai bila nak benci kat budak tak bersalah tu? Cuba terima dia secara perlahan."
Puan Lisa mendengus kasar, dia menghempas sikat rambut di atas meja solek. Menunjuk protes akan perkataan Tuan Adam barusan.
"Bela lah budak yatim tu! Bela! Saya akan pastikan dia merana kahwin dengan Hali!"
"Lisa! Awak ni dah melampau, saya.."
Ucapan Tuan Adam terputus bila isterinya sudah berlalu begitu sahaja keluar dari bilik tidur mereka.
Helaan nafas berat terhembus dari belah bibir Tuan Adam. Sejak Halilintar dan Gempa pindah keluar, perangai hantu isterinya makin menjadi-jadi.
"Tolonglah, jangan timbulkan masalah lagi."
Tbc...
Awal yang masih manis2, tak semestinya pertengahan and akhir citer akan manis kan?
Tunggukan konflik dan keserabutan serta kesenduan hati akan mendatang...
Heuemeueuehehu.... Mode devil On...
YOU ARE READING
Durjana (HaliGem) [C]√
Romance"Aku tak sangka, kata-kata manis yang dia bagi kini bertukar pedas. Aku hanya di anggap boneka dan mainan sahaja bagi dia.." Warning! Yaoi! Uke!Pregnant Don't like, don't read! Start : 3/6/2020 End : 17/8/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIA...