Part 19

946 74 9
                                    

Bangunan hospital yang tersergam di hadapannya ditatap dengan pandangan kosong. Dia menekan kekunci kereta selepas menutup pintu keretanya.

Kakinya berjalan memasuki bangunan hospital, setiap langkahnya terasa begitu berat dan jantungnya berdebar tidak keruan.

Kaunter pertanyaan menjadi tujuannya.

"Boleh saya bantu?" kata seorang kerani yang menjaga kaunter pertanyaan itu. Seorang kerani perempuan.

"Hmmm, saya jumpa dengan doktor boleh?"

"Boleh tapi encik dah buat temu janji ke?"

"Dah. Ohya boleh tanya sesuatu?"

Kerani perempuan itu mengangguk kepala dengan senyum ramah.

"Boleh, silakan."

"Boleh saya tahu pasal.."

•••••

Gempa duduk di bangku taman, tasik buatan di hadapannya ditatap kosong.

Dia mengambil beberapa biji anak batu, lalu dilempar ke dasar tasik itu.

Aktivitinya berhenti daripada melempar anak batu ke dasar tasik. Kini fokus Gempa teralih pada satu benda.

Gempa mengambil sampul surat berwarna coklat yang dia letak di sampingnya. Sampul surat itu dia buka.

Perkataan yang terangkai di permukaan dada kertas itu dia baca.

"Haa.. Bila lah Linlin nak berubah ke sifat asalnya? Aku tau tu bukanlah sifat asli dia. Aku harap sangat dia sedar dan kembali ke pangkuan aku semula."

•••••

Makan malam di hidangkan ke atas meja.

Apron yang terpasang di tubuhnya dilepaskan lalu di sangkut pada badan kerusi.

Baru sahaja dia mahu keluar dari bahagian dapur untuk pergi memanggil suaminya, terus terbantut apabila Halilintar melangkah masuk ke dapur dan menuju ke peti sejuk.

"Linlin jom makan malam sekali."

Gempa mengajak Halilintar yang sedang menuang air sejuk ke dalam gelas lalu meneguknya perlahan. Gempa hanya memandang sambil menunggu balasan Halilintar. Hatinya sangat mengharapkan yang Halilintar menerima ajakannya.

"Hmmm."

Itu sahaja yang dibalas oleh Halilintar. Tanpa banyak tingkah, Halilintar bergerak ke meja makan dengan tangan memegang gelas air putih yang masih tersisa itu.

Gempa tersenyum gembira, apabila suaminya sudi makan malam bersamanya.

"Harini saya masak makanan kegemaran awak. Awak nak rasa yang mana dulu? Ikan masak asam pedas? Tomyam? Sotong bakar? Ke ud.." ucapan Gempa terputus apabila mendapat kerlingan tajam Halilintar.

"Ma..maaf."

"Tch, duduk dan makan."

"Baik."











Tbc...

Huhuhu chapter terhambar sedunia... Abaikan typo 🤧

Durjana (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now