Part 14

762 67 13
                                    

Suasana di dalam kereta, hanya kedengaran suara radio sahaja yang menjadi latar belakang di antara Taufan dan Gempa.

Hari sudah menuju ke senja.

Taufan memberhentikan kereta, apabila lampu isyarat bertukar warna iaitu merah.

Dia mengerling ke arah sebelah. Terlihat Gempa yang sedang melamun sambil menatap keluar tingkap kereta.

Anak matanya jatuh pada leher Gempa yang sedikit terdedah. Dia perasan akan kesan lebam yang melingkari leher Gempa walaupun warnanya tampak sudah memudar. Seperti kesan dicekik sahaja.

"Hali, apa kau buat kat Gempa?" bisik Taufan. Sedikit kecewa dengan perbuatan kawannya itu. Dia pasti dan sangat yakin yang kesan lebam itu, Gempa dapat daripada Halilintar.

"Gem.."

Gempa menoleh di saat namanya dipanggil, dia membalas pandangan mata Taufan.

"Apa?"

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Boleh, apa dia?"

Taufan berdeham.

"Kau.. Apa kau masih mempunyai rasa pada Halilintar?"

Terdiam Gempa, apabila mendengar pertanyaan yang tidak terjangka itu. Dia kembali membuang pandangan mata ke luar tingkap kereta.

"Ya. Aku masih sayang dan cintakan dia. Baru aku tahu cinta ni boleh membutakan kita. Walaupun dia buat aku macam tu, aku maafkan segala kekasarannya itu. Cinta memang buta, aku dibutakan oleh cinta."

Taufan memandang Gempa, dia perasan ada air jernih mengalir ke pipi mulus itu.

Helaan nafas terhembus berat. Taufan kembali menjalankan keretanya, tatkala lampu isyarat sudah bertukar ke hijau.

"Aku harap kau sentiasa tabah dan sabar Gem."

"Sabar seorang manusia ada bantasnya juga Taufan. Tak selamanya dia akan bersabar."









Tbc..

Maaf jikalau pendek.. Q

Durjana (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now