Part 11

938 81 273
                                    

"Hiks.. Hentikan Halilintar! Sakit!!"

Gempa meraung dan memohon pada Halilintar agar lelaki itu berhenti dari terus melibas tali pinggang pada sekujur tubuhnya. Rasa sakit, pedih dan panas dari tali pinggang membuatkan tubuhnya tidak dapat menahan rasa yang di terima itu. Bahkan tubuhnya seperti mati rasa.

Habis berbirat tubuhnya, sampaikan ada lukanya mengeluarkan darah. Tidak di tubuh, wajahnya turut menjadi tumbukan dari Halilintar.

Dia di belasah teruk oleh suaminya pada hari itu.

"Diamlah!!" jerkah Halilintar dan buk! Perut Gempa menjadi mangsa sepakkan Halilintar, tidak hanya itu libasan tali pinggang turut disertakan. Kuat. Dan itu membuat Gempa merintih kesakitan.

"Hentikan Hali, cukup.. Saya mohon.." pohon Gempa, dia mencengkam lantai rumah. Menahan rasa sakit yang dia terima.

Tubuhnya rasa remuk sahaja. Bahkan untuk dia bangun pun, sudah tidak berdaya.

Halilintar berdecit kesat, dia mencampak tali pinggangnya dan leher Gempa dicekiknya. Kuat.

Gempa meronta.

"Lepaskan Hali, sa..saya tak boleh bernafas... Saya mohon lepaskan saya..."

Bukannya berhenti malah Halilintar makin kuat pula mencekik Gempa.

"Kau memang manusia yang tak berguna!! Dasar sampah!! Kalau boleh aku nak aje kau mati! Biar tak susahkan hidup aku! Ada kau pun, hanya bawa sial aje!!"

Wajah Gempa tampak memucat kerana tidak dapat bernafas dengan teratur disebabkan Halilintar masih mencekik lehernya. Nafasnya terasa tersekat-sekat. Jantungnya pula memompa dengan begitu laju. Tubir matanya berair.

"Hali.. Saya minta m..maaf.. Saya mo..mohon le...lepaskan saya.."

Dengan kasar Halilintar melepaskan tangannya dari terus mencekik leher Gempa yang tampak sudah bertukar warna iaitu biru, lalu kepala isterinya dihentaknya pada lantai rumah yang keras itu.

"Bodoh."

Tanpa menghiraukan tangisan dan rintihan memilukan dari Gempa, dia terus mengorak langkah pergi dari situ. Hatinya masih panas dan dia belum puas lagi mendera isterinya, namun dia menahan diri dari terus membuat hal yang lebih teruk. Lebih baik dia pergi terlebih dahulu, sebelum dia makin hilang kawalan kerana terus berada di situ.

"Kau memang manusia yang terbodoh dan tersial kat muka bumi ni, yang pernah aku jumpa."



.















Tbc....

Durjana (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now