Bab 1

1.5K 58 13
                                    

SEORANG gadis cantik dan bertubuh tinggi lampai persis bak model itu adalah Erika Sandra Dato' Iskandar sedang berjalan dengan penuh gayanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEORANG gadis cantik dan bertubuh tinggi lampai persis bak model itu adalah Erika Sandra Dato' Iskandar sedang berjalan dengan penuh gayanya.

Dress singkat berwarna baby blue dan skirt pendek berwarna putih yang tersarung di tubuhnya membuatkan Erika menjadi tumpuan orang ramai di dalam shopping mall itu.

Terdengar bunyi siulan-siulan nakal yang mengusiknya namun tanpa menghiraukan semua itu, Erika terus berjalan untuk keluar dari situ.

Setelah berjam-jam Faiz Khalis menunggu di kereta Mercedes milik Dato' Iskandar. Akhirnya, keluar juga anak majikannya itu. Sudah lenguh dia menunggu daripada tadi. Entah apa yang diborongnya di dalam shopping mall itu pun tak tahulah. Keluh Faiz sendirian.

Sampai saja Erika di pintu kereta, seperti kebiasaannya. Faiz lantas membuka pintu kereta tersebut dan mempelawa masuk. Begitulah dirinya yang bekerja sebagai driver Dato' Iskandar dan anak gadisnya.

Di dalam kereta, suasana dalam kereta terasa sepi. Sempat Faiz mengerling wajah Erika di belakang melalui cermin kereta. Erika terlihat asyik bermain telefon bimbitnya.

Tiba-tiba suara Erika mengejutkan Faiz yang sedang memandu.

"Faiz... You boleh tak bawak kereta tu laju sikit. Hesy, lembap betullah... Dah macam kura-kura!" Kata Erika tanpa berlapik mulutnya.

"Sorry Cik Erika, tapi memang standard saya bawak kereta macam ni. Tak laju sangat dan tak slow sangat, lagipun bahaya kalau saya bawak terlebih laju nanti, kan membahayakan keselamatan saya dan cik Erika. Tak gitu cik Erika?" Sengaja Faiz membalas dengan sindiran.

Dia sudah terbiasa berhadapan dengan tingkah laku Erika yang kadangkala berlagak diva itu.

"Hello... Excuse me?! You ingat I bodoh ke sampai tak tahu semua tu, tak payah nak ceramahkan I okey!" Dengus Erika lalu menjeling kasar.

Memang begitulah sikapnya. Pantang orang menegur cakapnya, ada sahaja mulutnya hendak berbalah kata.

"Iyalah Cik Erika... Cik Erika je lah yang betul." Kata Faiz dengan tenang.

Erika sudah mengunci mulutnya. Terasa panas pula dengan sindiran Faiz yang digelar driver kampung itu. Berani betul lelaki itu bermain kata dengannya.

Sampai sahaja di rumah. Erika lantas keluar tanpa menunggu Faiz membukakan pintu untuknya. Malas dia mahu berhadapan lama-lama dengan lelaki itu.

Rumah banglo yang tersergam indah di kawasan laman yang luas itu ditatap Faiz seketika sebelum melihat Erika yang sudah berjalan masuk dengan terburu-buru.

  🌿🌿🌿

"Papa!!!" Suara nyaring milik Erika memanggil Dato' Iskandar. Lantas dia mendekati papanya. Dengan riak wajah yang ceria. Erika duduk bersebelahan Dato' Iskandar.

"Hah Rika. Berapa habis belanja duit papa harini?" Langsung Dato' Iskandar bertanya kepada anaknya.

Erika memuncungkan mulutnya apabila papanya bertanya begitu.

"Alah papa ni... Rika baru je balik. Dah tanya macam tu pulak." Erika berpura-pura merajuk.

"Iye la. Macam la papa tak tahu. Kamu tu hari-hari shopping aje kerjanya." Dato' Iskandar berkata sambil duduk di atas sofa empuk di ruang tamu.

Runsing pula hatinya apabila anak gadisnya itu gemar sekali boros berbelanja.

"Ala... Sikit je papa. Harini Rika beli handbag je. Dalam 10k macam tu..." Kata Erika tersengih menayangkan giginya.

"10k macam tu Rika cakap sikit. Haih... Rika kan dah ada banyak handbag. Buat apa beli handbag lagi." Ujar Dato' Iskandar.

"Memang la Rika ada banyak handbag, tapi Rika kan suka buat koleksi... Lagipun handbag yang Rika beli ni koleksi yang terbaru." Erika mulai berasa bosan apabila papanya mula membebel.

"Hmm... Sudah. Ni kamu bila nak start masuk office. Dah 2 minggu Rika balik dari oversea kan. Sepatutnya Rika dah boleh tolong papa handle syarikat papa." Dato' Iskandar berbincang soal kerja pula kepadanya. Lagilah Erika berasa malas mahu mendengar.

"Haih papa ni... Rika belum bersedia lagilah. Biarlah Rika enjoy puas-puas dulu. Nanti bila Rika dah ready nak kerja. Rika pergilah office papa..." Erika memberi alasan sedangkan dia memang malas hendak bekerja.

"Tu je lah alasan kamu. Rika... Rika sorang je anak papa... Sejak arwah mama dah tak ada. Papa cuma ada Erika je. Lagipun Rika dah besar kan. Sampai bila Rika nak terus macam ni..." Nasihat Dato' Iskandar.

Sesekali terbayang arwah isterinya, Datin Ezaty. Mama kepada Erika sudah lama meninggal dunia sejak 5 tahun lepas. Ketika itu, Erika baru saja tamat persekolahan.

Erika terkedu apabila papanya berbicara sedemikian. Langsung kelu lidahnya untuk menjawab kata-kata papanya. Apabila papanya menyebut tentang arwah mamanya. Erika menjadi rindu. Kalaulah mamanya masih ada ketika ini.

"Er... Papa, Rika penat la... Rika naik atas dulu eh." Erika mengubah topiknya. Setelah itu, dia pun menaiki tangga untuk ke biliknya.

Dato' Iskandar hanya memerhati anak gadisnya itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Kenal benar dengan perangai Erika yang keras kepala. Susah menerima teguran.

🌿🌿🌿

Faiz yang sudah habis waktu kerjanya berjalan perlahan ke kereta miliknya untuk pulang ke rumah sewa. Namun kemunculan Dato' Iskandar mematikan langkahnya.

"Faiz... Dah nak balik dah." Tegur Dato' Iskandar ramah.

"Iya Dato'. Dato ada apa-apa nak mintak tolong ke?" Tanya Faiz sopan. Dia mengukirkan senyuman.

Dalam diam Dato' Iskandar memuji Faiz. Sikap Faiz yang ramah dan sopan membuatkan dia menyenangi anak muda itu. Bukan sahaja sikapnya yang bagus namun segak juga orangnya.

"Sebenarnya, saya ada perkara sikit nak cakap dengan kamu..." Dato' Iskandar berkata.

Musykil juga di dalam hati Faiz apabila Dato' Iskandar tiba-tiba saja seperti ada hal penting yang mahu dikatakan.

"Boleh Dato', Tak ada masalah." Balas Faiz.

"Baiklah... Marilah masuk. Kita berbincang di dalam." Pelawa Dato' Iskandar. Faiz menuruti lalu mengikuti langkah Dato' Iskandar.

Setelah mereka duduk di ruang tamu, Dato' Iskandar pun terus berkata sesuatu kepada Faiz.

"Saya nak bagi kamu cuti selama seminggu untuk pulang ke kampung..."

Terkejut Faiz apabila Dato' Iskandar berkata begitu. Biar betul Dato' Iskandar ni. Tak ada angin, tak ada ribut. Tup, tup mahu beri dia cuti seminggu.

"Cuti seminggu? Boleh sangat tu Dato'. Saya pun dah lama tak balik kampung jenguk mak dengan adik saya. Tapi kenapa tiba-tiba saja Dato' nak bagi cuti seminggu ni?"

"Sebab saya nak mintak kamu bawak Erika sekali untuk balik ke kampung."

Terbuntang mata Faiz apabila Dato' Iskandar berterus-terang kepadanya. Balik ke kampung bersama-sama si gadis berlagak diva itu?!

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now