6 bulan kemudian,
Paluan kompang berbunyi saat pasangan pengantin berjalan beriringan. Erika memaut lembut lengan Faiz yang sudah sah menjadi suaminya. Mereka berdua berjalan bersama maju ke hadapan untuk bersanding di atas pelamin.
Usai akad nikah di kediaman Erika di Kuala Lumpur dan mengadakan resepsi di sana kelmarin. Giliran kenduri kahwin mereka di kampung Faiz pula di Kedah.
Erika mengenakan baju kurung songket dengan sedikit belahan tiered pada hadapan bahagian baju. Kain mermaid yang labuh panjang di bahagian belakang.
Baju kurung songket berwarna baby blue serta dipadankan dengan tudung bawal berwarna ocean blue menambahkan keseriannya. Erika tampak manis dan berseri.
Begitu juga dengan Faiz yang segak mengenakan baju melayu berwarna sedondon dengan isterinya, Erika.
Saat Faiz dan Erika duduk di atas pelamin. Ramai tetamu yang memandang untuk melihat kedua mempelai tersebut. Erika dan Faiz berpandangan sekilas dan tersenyum. Lagu kompang dipalu bergema memeriahkan suasana.
Kompang dipalu..
Pengantin baru
Duduk bersanding..
Tersipu maluKompang dipalu..
Pengantin malu
Moga bahagia
Ke anak cucuKami doakan
Moga berkekalan
Selamat sejahtera
Hingga akhir zaman..Dato' Iskandar dan seluruh keluarga mereka tersenyum menyaksikan pasangan yang sama cantik dan sama padan itu.
Suasana kenduri kahwin mereka pun berlarutan dari pagi hinggalah ke petang. Tak menang tangan melayan rakan taulan sahabat handai dan sanak saudara yang hadir.
🌿🌿🌿
Faiz dan Erika berpegangan tangan sambil melihat suasana di sawah padi. Mesra sungguh pengantin baru itu.
Faiz menoleh melihat isterinya. Erika sungguh ayu dan sopan sekarang ini. Sangat berbeza 6 bulan lepas yang dia kenal. Saat Erika belum berubah dan pertama kalinya isterinya itu jejak di kampung. Tidak pernah Faiz terfikir bahawa dia akan berjodohan dengan Erika. Tetapi siapa sangka.
"Alhamdulillah, akhirnya awak sah menjadi isteri saya Erika." Kata Faiz.
Erika mengukirkan senyuman manis kepada suaminya.
"Terima kasih Faiz, sebab sudi jadikan saya isteri awak. Biarpun saya tak sempurna." Balas Erika.
"Tiada siapa yang sempurna sayang." Panggilan sayang dari mulut Faiz membuatkan hati Erika berbunga-bunga.
"Saya ingat lagi masa mula-mula sampai dekat sini dulu. Kononnnya saya tak suka tinggal dekat kampung ni. Tapi bila lama-lama saya duduk sini, terus fall in love." Ceria Erika bercerita.
"Hmm fall in love dengan kampung ni ke fall in love dengan saya?" Faiz menyakat Erika.
"Hesy awak ni... Mestilah fall in love dengan kampung ni dulu baru awak!" Spontan Erika menjawab.
Faiz terus mencuit pinggang isterinya sehingga kegelian. Erika ketawa kuat. Mereka berlari mengelilingi pokok besar di sawah padi itu. Berbeza dulu ketika Faiz mengusik Erika dengan menghulurkan pacat tetapi sekarang Faiz mengusik Erika yang sudah halal menjadi miliknya.
🌿🌿🌿
Setahun kemudian,
Erika terbaring sambil ditemani suaminya, Faiz di sisi. Kelihatan seorang bayi comel yang baru saja dilahirkannya. Erika dan Faiz memandang saling tersenyum.
Anak perempuan pertama mereka yang diberi nama Erlina Faqihah itu ditatap penuh kasih. Faiz bersyukur dengan kurniaan Tuhan kepadanya. Kini, mereka berdua suami isteri telah dilengkapi dengan kehadiran cahaya mata yang comel dan indah.
Makcik Fizah mengambil Erlina yang terjaga itu lalu digendongnya. Iman turut bermain dengan anak saudaranya.
Bunyi kereta dari halaman rumah mengejutkan mereka.
"Iman hang pi tengok sapadia mai tu?" Ujar Makcik Fizah.
Iman segera membukakan pintu.
"Ayah kak Erika mai la." Jerit Iman dari pintu depan.
Erika tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya apabila melihat papanya datang ke kampung.
Dato' Iskandar menghampiri Erika dan Faiz. Setelah itu, makcik Fizah menyerahkan pula Erlina ke pangkuan Dato' Iskandar pula. Senang hatinya apabila melihat cucunya sekarang ini.
Sementara itu, Faiz yang setia menemani Erika mengucup lembut dahi isterinya.
"Terima kasih sayang sebab lahirkan Erlina Faqihah untuk saya." Kata Faiz.
"Sama-sama, driver kampung." Usik Erika dengan panggilan lama kepada suaminya dulu.
"Eh driver kampung nilah suami awak cik diva." Balas Faiz dengan usikan Erika. Mereka berdua bahagia. Semoga kebahagiaan ini akan kekal menjadi milik mereka.
~ Tamat ~
YOU ARE READING
Cik Diva dan Driver Kampung
Romansa{ COMPLETE } Erika Sandra seorang gadis yang sombong, mengada-ngada dan si mulut celopar. Erika yang sudah terbiasa dengan hidup mewah selalu memandang rendah terhadap orang yang bukan setaraf dengannya. Dek kerana sikap Erika yang semakin lama, sem...