SETELAH berjam-jam, Faiz memandu kereta dari Kedah ke Kuala Lumpur. Akhirnya, mereka tiba kembali di rumah banglo Dato' Iskandar. Faiz memandu masuk ke dalam perkarangan rumah tersebut. Waktu pun sudah malam ketika mereka sampai di situ.
Faiz melihat Erika yang ketiduran di sebelahnya. Dia mengejutkan Erika untuk bangun dan masuk ke dalam rumahnya.
"Cik Erika. Kita dah sampai." Kata Faiz lalu mengubah panggilannya kepada Erika dengan formal kembali.
Erika terjaga dari tidurnya, dia menggosok-gosokkan matanya.
"Dah sampai?" Soal Erika dalam keadaan mamai.
"Iya Cik Erika." Faiz mengiyakan sambil menyebut perkataan 'Cik' itu.
Erika membetulkan rambutnya sebelum menoleh menghadap Faiz sebentar.
"No need! Just call me Erika." Kata-kata Erika membuatkan Faiz terpaku. Dia akui sikap Erika akhir-akhir ini sudah berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih baik. Faiz tersenyum manis.
Erika yang melihatkan senyuman Faiz mulai menjadi tidak keruan. Dia tidak boleh lama-lama lagi berada di dalam kereta dengan Faiz. Terus Erika membuka pintu dan melangkah keluar dari kereta itu.
"Erika! Sekejap." Panggil Faiz dari dalam kereta.
Baru saja Erika hendak berjalan masuk ke dalam rumahnya. Erika menoleh kembali dengan riak wajah yang menyoalnya.
"Saya ada something nak bagi dekat awak." Kata Faiz. Dia keluar dari kereta dan menuju ke bonet. Diambil keluar beg bagasi Erika dan sebuah kotak hadiah berbalut kemas sederhana besar dihulurkan kepada Erika.
Erika menyambutnya. Hampir terlupa pula dia dengan beg bagasinya. Mujur Faiz mengambilkan, tetapi yang difikirkan sekarang ini tentang hadiah itu? Untuk apa diberikan kepadanya.
"Hadiah apa ni Faiz?"
"Terimalah hadiah saya yang tak seberapa ni." Ujar Faiz sambil tersenyum lagi.
"For what?" Sengaja Erika bertanya. Dia inginkan kepastian tentang hadiah itu.
Faiz tidak menjawab. Dia hanya memberikan isyarat tangan menyuruh Erika menerima hadiahnya.
"Okey, thanks." Jawab Erika mengalah sebelum berpaling semula lalu masuk ke dalam rumahnya.
Faiz senang apabila Erika menerima pemberiannya.
Kelihatan Dato' Iskandar menunggu di pintu depan. Dato' Iskandar menyuruh Erika masuk dan berehat lalu berjalan menghampiri Faiz.
"Terima kasih Faiz sebab dah hantar Erika balik sini dengan selamat." Ujar Dato' Iskandar.
"Sama-sama Dato', saya mintak diri dulu nak balik ke rumah sewa." Kata Faiz.
"Iyalah. Baliklah berehat dulu." Dato' Iskandar membenarkannya.
Faiz masuk ke dalam kereta kembali lalu memandu keluar dari kawasan rumah banglo itu.
🌿🌿🌿
Keesokannya, Erika keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.
"So how about kampung. Seronok tinggal dekat sana?" Tanya Dato' Iskandar sebaik saja melihat Erika.
Erika tersenyum lalu menghampiri Dato' Iskandar, dia mengambil lengan papanya dan memaut perlahan.
"Papa, jujur pada mulanya Rika tak suka tinggal dekat sana. Tapi lepastu, bila Rika tinggal dekat kampung Faiz. Rika rasa tenang... Rika rasa happy sangat." Erika berterus-terang.
Erika pun mulai bercerita semua yang dia alami ketika berada di kampung kepada papanya. Dato' Iskandar mendengar dengan senang hati. Mereka berdua berbual-bual panjang.
Di mata Dato' Iskandar, Erika sudah benar-benar berubah sikap. Dia gembira melihat perubahan anak gadisnya. Dato' Iskandar mengucapkan rasa syukur di dalam hatinya.
🌿🌿🌿
Ketika Erika masuk ke dalam biliknya, dia teringatkan tentang hadiah yang diberikan Faiz kepadanya semalam. Erika masih belum membukanya. Erika mencapai kotak hadiah tersebut dan meneliti seketika.
Erika membuka bungkusan hadiah itu sebelum membuka kotaknya. Sebaik saja membuka kotaknya, Erika terpaku.
Sepasang baju kurung berwarna ungu lembut dan tudung bawal berwarna senada. Diambil keluar baju dan tudung itu lalu dipeluknya. Ada sebuah nota kecil yang ditinggalkan Faiz.
Awak lebih cantik bila pakai baju kurung dan pakai tudung.
Kata-kata itu mungkin nampak simple tetapi ianya cukup untuk menyentuh hati Erika.
Setelah itu, matanya tertancap pula ke arah sebuah buku yang masih berada di dalam kotak. Erika mengambilnya.
Buku 'Auratku Maruahku' karya Siti Nur Fatimah Hassan itu pula mencuri perhatian Erika. Erika membaca sehelai demi sehelai sebelum terhenti di situ. Tanpa dia sedari, air matanya menitis saat membaca buku tersebut.
Buku itu mengisahkan persoalan aurat di kalangan Muslimah terutamanya sering menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita dalam berpakaian mengikut syariat Islam. Kaedah dan keperluan menutup aurat sempurna semakin dikaburi oleh arus fesyen dan gaya.
Erika sedar tentang dirinya selama ini. Dia tidak menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, dia selalu berpenampilan yang mencolok mata. Bagi Erika hadiah Faiz ini bukanlah sebuah tamparan untuknya tetapi benar-benar membuka matanya untuk sedar dari kesilapan.
🌿🌿🌿
Faiz mencuci kereta milik Dato' Iskandar di halaman rumah itu. Sedang ralit melakukan kerjanya, telefon bimbitnya berbunyi. Segera Faiz mengangkat panggilan tersebut.
"Hello." Jawab Faiz.
Riak wajahnya yang tadi jernih berubah menjadi keruh.
"Apa? Mak jatuh pengsan?!" Faiz bersuara lantang. Terkejutnya bukan kepalang apabila diberitahu Iman tentang perkara itu.
"Abang balik sekarang!" Kata Faiz sebelum mematikan talian.
Faiz berjumpa Dato' Iskandar untuk meminta kebenaran balik ke kampungnya di Kedah. Dato' Iskandar memahami situasi itu dan membenarkan Faiz ke sana.
YOU ARE READING
Cik Diva dan Driver Kampung
Romance{ COMPLETE } Erika Sandra seorang gadis yang sombong, mengada-ngada dan si mulut celopar. Erika yang sudah terbiasa dengan hidup mewah selalu memandang rendah terhadap orang yang bukan setaraf dengannya. Dek kerana sikap Erika yang semakin lama, sem...