Bab 7

747 41 8
                                    

ERIKA sedikit bengang apabila melihat Faiz yang jalan menonong tanpa mempedulikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERIKA sedikit bengang apabila melihat Faiz yang jalan menonong tanpa mempedulikannya. Erika memberhentikan langkahnya lalu berpeluk tubuh. Wajahnya dimasamkan.

Faiz yang terasa tiada sesiapa di belakangnya menoleh. Ternyata benar, dia melihat Erika memberhentikan langkahnya dengan wajah yang sedang tajam merenungnya itu. Faiz tergelak kecil. Lucu pula dia dengan gelagat Erika.

"Cik diva oi! Dah kenapa tercegat dekat situ? Jomlah..." Ujar Faiz.

Erika menjeling ke arah Faiz. "Boleh pulak dia ketawakan aku..." Erika bersuara di dalam hati.

"You pergilah... I nak patah balik." Kata Erika. Nada suaranya kedengaran seperti rajuk. Namun dia masih berdiri di situ.

Faiz berjalan mendekati Erika di belakang. Dia tahu Erika marahkannya kerana berjalan tanpa mempedulikan gadis itu. Sebenarnya dia sengaja berbuat begitu kerana hendak menguji Erika.

"Tak payahlah awak buat muka monyok macam tu, awak ingat saya akan pujuk awak ke? Cepatlah tadi beria-ia sangat." Kata Faiz sebelum melangkah semula ke depan.

Erika mengetap bibirnya menahan rasa geram. "Grr... Faiz ni memang cari pasal lah. Siap kau." Erika berlari lalu berdiri di depan Faiz. Tercengang Faiz apabila memandang Erika.

"Hey..  Driver kampung! You ingat I nak sangat ke you pujuk I. Kalau you taknak, I seribu kali lagi tak inginlah!" Balas Erika lalu memusingkan badannya.

"Eleh... Siapa yang nak pujuk dia tu entah." Faiz berkata perlahan.

Erika berpaling dan memberi sekilas jelingan maut sebelum berjalan membelakangi Faiz pula.

Faiz menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Entah apa-apa saja.

"Yang awak jalan depan saya ni, awak tahu ke jalan mana nak pergi ke kedai tu?" Tanya Faiz.

Langkah Erika terus terhenti apabila mendengar kata-kata Faiz. Betul jugak.

"Fine!" Erika terpaksa mengalah. Dia berjalan di belakang Faiz tetapi tidak begitu jauh.

Faiz tersenyum tipis selepas Erika berada di belakangnya kembali.

🌿🌿🌿

FAIZ menunggu Erika di luar kedai runcit kampungnya itu. Kata Erika, dia mahu membeli barang peribadinya. Jadi, disuruh Faiz untuk keluar dulu dan menunggu di luar. Faiz menurut saja.

Sedang asyik menunggu, tiba-tiba Faiz terpandangkan seseorang yang pernah dikenalinya berjalan di depannya.

"Eh, Wan! Hang apa khabaq? Lama tak nampak hang!" Tegur Faiz.

Safwan atau dikenali sebagai Wan merupakan teman lama Faiz semenjak di sekolah menengah lagi. Mereka berdua sudah lama tidak bertemu sejak mereka mempunyai kerjaya masing-masing.

"Alhamdulillah Iz... Sihat ja. Hang pulak macam mana? Aku dengaq hang kerja dekat KL tu. Ok dak kerja sana?" Safwan menyoal kembali setelah bersalaman dengan Faiz.

"Alhamdulillah, Ok ja... Bolehlah Wan, setakat nak tanggung mak dengan adik aku..." Ujar Faiz sambil tergelak kecil.

Sedang asyik mereka berdua berborak, Erika keluar dan menegur Faiz.

"Faiz, jom... I dah beli barang." Erika mengajak Faiz.

Safwan pantas melihat gadis yang menegur Faiz itu. Seorang gadis tinggi lampai, rambut panjang, berkulit putih dan hidungnya mancung.

Penampilannya pula berbaju blouse hitam bercorak flora kecil serta dipadankan dengan seluar slack berwarna sedondon. Tidak berkelip Safwan memandangnya.

"Hoi!" Sergah Faiz apabila melihat Safwan yang tidak berkelip mata memandang Erika.

"Oi mak kau!" Telatah Safwan.

Faiz tergelak lagi. Erika hanya memandang mereka berdua dengan pandangan yang menjengkelkan. "Apa ke benda la diorang ni... Mamat ni siapa pulak, tengok aku macam nak telan je." Desis hati Erika.

Safwan yang baru saja tersedar kembali berbicara seperti biasa.

"Amboi... Iz, hang balik sini siap bawak balik awek cun noh!" Kata Safwan sambil menyiku perlahan Faiz. Matanya juga masih melirik-lirik ke arah Erika. Rasa tidak mahu lepas saja melihat wajah Erika yang begitu cantik pada pandangan matanya.

"Ish, dak aih. Ni anak boss aku dekat KL tu. Dia balik dengan aku dok sini seminggu." Balas Faiz sejujurnya.

"Oh, kalau macam tu aku ada chance la nak mengorat kan." Ujar Safwan sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

Faiz mengerutkan dahinya. Dia tidak berasa pelik, Bukan dia tidak tahu pandangan Safwan itu. Lelaki pantang nampak perempuan cantik. Namun tidak dirinya, bagi Faiz kecantikan luaran bukanlah segala-galanya.

Memang dia akui kecantikan Erika. Tetapi bagi Faiz jika kecantikan luaran tidak seiring dengan di dalam. Tiada maknanya semua itu.

Erika sudah terasa hendak termuntah mendengar perkataan kawan si Faiz itu."Huh... Tak sedar diri. Ada hati nak mengorat aku!"

Erika yang sudah malas menghadap Safwan lama-lama di situ mengambil keputusan untuk pergi dari situ saja. Dia terus melangkah tanpa menghiraukan mereka berdua.

"Eh, Wan... Aku balik dulu nah. Kirim salam dekat keluarga hang. Assalamualaikum." Ucap Faiz sebelum mengekori Erika yang berjalan sendirian.

"Err... Waalaikumussalam." Jawab Safwan lalu terpinga-pinga sendiri di situ.

"Erika... Amboi lajunya jalan." Panggil Faiz.

Erika lantas memusingkan badannya dan menghadap Faiz.

"I tak sukalah dengan kawan you tu, sepatutnya dia tu cerminkan diri dia tu dulu sebelum cakap nak mengorat I!" Kata Erika.

"Kenapa awak kisah sangat pasal tu... Dia main-main sajalah. Janganlah serious sangat." Balas Faiz.

"Main-main atau tak, I tak peduli. I cuma nak pertahankan diri I. Orang kampung macam dia tak layaklah untuk I!" Jawab Erika dengan angkuh.

Faiz menggeleng-gelengkan kepalanya. Kesal dengan kata-kata Erika yang menghina orang lain. Dia juga terasa sekali kerana perkataan 'orang kampung' yang disebut Erika.

"Awak mungkin ada hak untuk mempertahankan diri awak, tapi awak tak ada hak untuk menghina orang lain. Semua manusia tak sempurna, Erika. Jangan awak rasa diri awak tu bagus sangat. Kita semua hanya menumpang dekat dunia yang sementara ni. Ingat tu!" Pedas balasan Faiz membuatkan Erika tersentap sendiri.

Setelah itu, Faiz pun meninggalkan Erika sendirian di belakang. Dia berjalan tanpa menoleh lagi melihat Erika.

Erika termenung seketika memandang Faiz dari jauh. Kata-kata Faiz tadi itu benar-benar menusuk hatinya kali ini. Tanpa diduga hatinya berasa menyesal dengan kelancangan mulutnya berbicara.

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now