Bab 2

812 50 21
                                    

"WHAT?!" Erika bersuara terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"WHAT?!" Erika bersuara terkejut. Tidak sesekali dia menyangka bahawa papanya akan meminta dia untuk pergi ke kampung.

"Oh no papa... No way! Rika takkan pergi ke kampung Faiz. This is impossible!" Bantah Erika. Dia memang tidak akan sesekali menyetujuinya. Selama hidupnya tidak pernah sekalipun dia menjejakkan kakinya ke kampung. Erika hanya selalu pergi ke luar negara saja.

"Why don't you try... Erika. Papa nak Rika cuba merasa suasana di kampung. Lagipun bukan lama pun papa mintak Rika tinggal dekat sana. Seminggu saja..." Dato' Iskandar berusaha memujuk Erika.

"But papa... Rika tak pernah duduk kampung. Walaupun cuma seminggu, Rika tak nak." Erika masih berkeras tidak mahu ke kampung. Dia berpeluk tubuh.

Dato' Iskandar menarik nafas sebentar sebelum menghelanya.

"Erika... Apa yang Rika nak selama ni semua papa tunaikan. Tak boleh ke kali ni saja, Rika ikutkan kemahuan papa... Cuma tinggal dekat kampung selama seminggu saja. Please... Rika ikut Faiz ke kampung ya." Pujuk Dato' Iskandar lagi.

Erika mula berasa serba tidak kena apabila melihat wajah papanya itu. Akhirnya, dia mengangguk setuju. Walaupun dalam hatinya tidak sudi, namun demi papanya. Dia turuti jua.

🌿🌿🌿

Faiz duduk di halaman rumah sementara Erika keluar. Dia sudah bersetuju dengan Dato' Iskandar untuk membawa Erika pulang ke kampung bersamanya. Dengan itu, dia akan menjaga amanah yang diberikan sebaik mungkin.

Erika keluar dengan riak wajah yang serius. Dengan berpakaian dress yang sendat berlengan pendek dan labuh sehingga lutut saja membuatkan Faiz menepuk dahinya sendiri saat melihat penampilan gadis itu.

"Kita ni nak pergi kampung cik Erika... Bukan nak pergi shopping mall. Rasanya tak manis kalau cik Erika pakai baju macam ni..." Perli Faiz secara halus sambil mengukirkan senyuman.

Erika mulai mengerutkan dahinya. Tidak suka apabila Faiz menegurnya begitu.

"Suka hati I la nak pakai baju apa pun, yang you sibuk ni kenapa? Ni baju I, bukan you yang belikan okey!" Jawab Erika dengan sombong. Matanya menjeling tajam ke arah Faiz.

"Ya saya tahu... Tapi saya takkan bawak cik Erika balik ke kampung saya kalau cik Erika berpakaian macam ni. So, saya harap cik Erika pergi masuk ke dalam dan tukar pakaian yang lebih sopan sikit." Faiz menegur Erika lagi. Riak wajahnya selamba dan tenang seperti kebiasaan. Langsung tidak gentar dengan gadis itu.

Erika memandang Faiz dengan muka yang tidak puas hati. Dia ingat dia siapa untuk halang dirinya.

"Hey! You ingat you siapa nak arah-arah I, you tu cuma driver je... Tak layak nak complain banyak pasal I. Kalau you tak nak bawak I balik kampung you tu, you ingat I kisah. I pun tak ingin la!!!" Ujar Erika dengan pandangan sinis.

Faiz sedikit terkilan mendengar kata-kata Erika. Namun, ditahan dirinya supaya bersabar kerana janjinya kepada Dato' Iskandar harus ditunaikan.

"Erika!" Suara garau yang menyebabkan Erika dan Faiz memandang serentak ke belakang.

"Betul cakap Faiz tu, Rika... Tak elok Rika pakai macam ni, Rika nak masuk kampung, pakailah pakaian yang sopan sikit. Sudah! Pergi naik atas. Tukar baju tu sekarang!" Dato' Iskandar bersuara.

"Tapi pa..." Belum sempat Erika menghabiskan katanya, Dato' Iskandar bersuara lagi.

"Now!" Tegas Dato' Iskandar.

Wajah Erika berubah masam, lantas dia menghentak kakinya tanda protes sebelum  melangkah dengan terpaksa dia masuk semula ke dalam rumah.

Dato' Iskandar memandang Faiz semula setelah Erika masuk ke dalam rumah.

"Faiz... Maafkan saya atas sikap Erika tu. Sikap sombong dan keras kepala dia tu semakin lama, semakin menjadi-jadi. Saya harap dengan perginya dia ke kampung. Erika boleh belajar menghormati orang lain. Faiz tolong ya." Kata Dato' Iskandar dengan penuh harapan.

"Insha'allah Dato'." Faiz tersenyum tipis. Dia tidak pasti berjaya atau tidak untuk membentuk Erika menjadi lebih baik namun Faiz akan cuba sedaya-upaya untuk memenuhi harapan Dato' Iskandar kerana Dato' Iskandar lah yang telah banyak membantunya selama ini. Faiz terhutang budi dengan kebaikan Dato' Iskandar.

🌿🌿🌿

Erika sampai tertidur sepanjang perjalanannya dengan Faiz untuk ke kampung Faiz di Kedah. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kedah mengambil masa yang agak lama untuk sampai.

Faiz mengerling Erika di belakang. Mujur gadis itu sudah menukar pakaian dengan memakai T-shirt dan seluar panjang. Tidaklah terlalu mencolok mata. Kalau tidak sudah terbeliak biji mata orang kampung di sini nanti agaknya jika melihat Erika.

Setelah berjam-jam dalam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga di Kedah.

Faiz memberhentikan kereta di sebuah kedai makan untuk singgah makan sebentar. Perutnya pun sudah terasa pedih kerana dari tadi lagi tidak diisi. Keluar dari kereta, Faiz menuju ke pintu belakang kereta untuk mengejutkan Erika bangun.

"Awak, bangun!" Panggil Faiz lalu mengetuk cermin tingkap kereta.

Erika tersentak dan segera terjaga apabila mendengar ketuka di cermin tingkap kereta. Rambutnya sedikit kusut dan mukanya masih mamai memandangkan dia tertidur agak lama.

Saat matanya terbuka luas, dia melihat wajah yang selalu menjengkelkan hatinya itu. Faiz si driver kampung.

"Huh! Kita dah sampai ke?" Mahu atau tak terpaksalah Erika bertanya juga.

"Belum... Sekarang saya nak singgah makan sekejap. Awak lapar tak? Kalau lapar, turunlah dari kereta. Kita pergi makan dekat kedai depan ni..." Kata Faiz.

Erika memandang kedai makan yang di sebut Faiz di depannya. Pantas bibirnya mencebik.

"Eew.. Kedai makan macam ni? Taknaklah!" Tolak Erika. Sebenarnya perutnya juga sudah berkeroncong namun dek sikapnya yang degil. Dia menolak ajakan Faiz.

"Hmm... Taknak sudah! Tapi nanti kalau kebulur, jangan mengamuk macam singa pulak ya." Faiz tergelak kecil lalu meninggalkan Erika sendirian di dalam kereta.

Melopong mulut Erika apabila dikatakan begitu. Semakin hari dia mengenali lelaki, semakin pandai berbicara pulak dengannya. Geram sungguh Erika.

Kriuk! Kriuk!

Perutnya berbunyi lagi. Erika memegang perutnya. "Itulah tadi bila driver kampung tu ajak makan, kau tolak... Sekarang kan dah memang betul kebulur." Erika berbicara sendirian.

Erika memandang Faiz dari dalam kereta yang sedang makan sendirian dan ditemani seorang pakcik tua. Mereka kelihatan seperti bersembang.

Erika mengetap bibirnya. "Nak keluar ke taknak eh? Ergh... Driver kampung ni pun satu la, kenapa la dia tak bawak aku pergi makan dekat hotel ke. Ni pergi bawak aku dekat kedai makan macam ni..." Rungut Erika pula. Mulutnya tidak habis-habis berceloteh sendiri.

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now