Bab 3

755 45 4
                                    

FAIZ yang sedang ralit bersembang dengan Pak Meon pemilik kedai makan itu tersentak sekejap apabila melihat Erika yang meluru ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FAIZ yang sedang ralit bersembang dengan Pak Meon pemilik kedai makan itu tersentak sekejap apabila melihat Erika yang meluru ke arahnya.

Erika berjalan dengan pandangan yang tajam lantas mendekati Faiz.

Pak Meon segera meminta diri untuk ke dapur. Faiz tersenyum membalasnya sebelum mendongak melihat Erika di depannya sekarang ini.

"Eh dah lapar pulak ke? Tadi bukan main lagi cakap taknak makan kat sini." Ujar Faiz selamba.

Erika tidak mempedulikan pertanyaan Faiz. Dia lantas menarik kerusi dan duduk di depan lelaki itu.

"You boleh tak jangan banyak tanya, order kan I makan sekarang!" Arah Erika.

"Awak nak makan apa?" Tanya Faiz.

"You rasa dekat sini ada tak western food? Kalau tak ada, order je lah apa-apa. Mana la I tahu, you ingat I pernah makan dekat sini ke?!" Erika bersuara sedikit keras.

"Memang la dekat sini tak ada western food, tapi kang nanti kalau saya order makan tak kena dengan citarasa awak tu, awak meroyan pulak!" Balas Faiz. Sedikit geram dia dengan sikap Erika itu.

"Hey... Kalau tak disebabkan perut I yang kelaparan ni. I pun tak nak lah makan dekat tempat macam ni. Not my taste! " Erika berkata sambil memeluk tubuhnya. Lantas wajahnya dipalingkan ke arah lain.

"Huh! Dah kebulur pun masih nak berlagak diva lagi!" Spontan kata-kata itu keluar dari mulut Faiz terdengar di telinga Erika.

Erika kembali menghadap wajah Faiz dan mencerlung tajam.

"Apa you cakap tadi?!" Suara Erika sedikit keras.

"Haih... Tak ada apa-apa lah. Sekejap saya  order kan makan untuk awak."

Faiz mengeluh kecil. Susah betullah perempuan ni, pantang dia berkata sedikit. Mulalah nak sentap.

Malas dia mahu berdebat panjang dengan Erika. Kalau asyik berbalah kata dengan anak majikannya itu, sampai ke sudah tak habis. Dia memanggil Pak Meon dan memesan nasi goreng kepada Erika.

Erika menjamah nasi goreng tanpa banyak bicara lagi. Baru setengah hari dia tidak makan lagaknya seperti sudah seminggu pula tak jumpa makanan.

Dalam diam Faiz berasa lucu dengan tingkah laku Erika. "Boleh tahan kebulur jugak si diva ni, nasib la boleh telan jugak nasi goreng tu... Ingatkan tekak omputih sangat." Kata Faiz di dalam hati.

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now