Bab 14

705 37 0
                                    

ERIKA melihat dirinya di cermin dengan penampilan barunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ERIKA melihat dirinya di cermin dengan penampilan barunya. Dia memakai baju kurung berwarna ungu dan tudung bawal berwarna senada pemberian Faiz semalam.

Dengan solekan tipis, Erika kelihatan ayu dan anggun. Kecantikan semulajadinya tidak dapat dinafikan lagi. Kini, Erika benar-benar mahu berubah ke arah yang lebih baik. Semoga dirinya terus beristiqomah. Tekad Erika.

Erika bergegas keluar dari biliknya dan menuju ke tingkat bawah. Dia mendekati papanya yang sedang berada di ruang kerja.

"Papa..." Panggil Erika lembut.

Dato' Iskandar yang khusyuk membuat kerjanya berhenti seketika apabila dipanggil anak gadisnya. Mengejutkan apabila dia melihat Erika yang tampak berbeza dengan penampilannya.

"Wah... Cantiknya anak papa ni. Sejak bila Rika pakai baju kurung dengan tudung?" Tanya Dato' Iskandar untuk menghilangkan rasa ingin tahunya.

"Baju kurung dengan tudung ni, Faiz yang bagi. Papa... Mulai harini, Rika dah taknak pakai macam dulu lagi. Rika nak berubah. Rika nak pakai pakaian yang menutup aurat. Dan Rika akan kekal bertudung." Ujar Erika sambil tersenyum manis.

"Alhamdulillah. Papa gembira untuk Rika. Akhirnya doa papa selama ni untuk tengok Rika berubah, tercapai juga." Dato' Iskandar tersenyum kesenangan dan meluahkan rasa syukurnya dengan perubahan Erika.

Erika lantas mendekati papanya dan memeluk erat. Dato' Iskandar menepuk-nepuk perlahan belakang anak gadisnya. Dia berasa bangga dengan Erika sekarang.

"Papa... Faiz mana?" Erika bertanya sebaik saja melepaskan pelukannya.

Riak wajah Dato' Iskandar berubah seketika.

"Faiz balik kampung." Balas Dato' Iskandar.

"Balik kampung? Kenapa Faiz balik kampung, papa?" Tanya Erika hairan. Baru saja semalam mereka sampai, Faiz sudah ke kampung semula.

"Kata Faiz, mak dia jatuh pengsan. Terus tadi dia minta izin papa untuk balik ke Kedah." Jawab Dato' Iskandar.

"Makcik jatuh pengsan?! Ya Allah. Kenapa dengan Makcik Fizah." Kata Erika dengan nada yang terkejut. Erika benar-benar risaukan keadaan Makcik Fizah tatkala ini memandangkan dia sudah menganggap emak Faiz itu seperti emaknya sendiri.

Dato' Iskandar menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu apa yang berlaku.

"Papa... Izinkan Rika pergi ke kampung Faiz." Ujar Erika membuatkan Dato' Iskandar tersentak.

"Tapi kamu baru saja balik semalam, Rika. Lagipun kampung Faiz tu jauh dekat Kedah sana. Tunggulah Faiz balik ke sini semula." Balas Dato' Iskandar untuk menenangkan Erika.

Namun Erika menggeleng-gelengkan kepalanya.

"No papa, please. I have to go, Rika nak tengok keadaan Makcik Fizah." Erika berusaha memujuk Dato' Iskandar.

Dato' Iskandar berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. Dia memandang wajah anaknya yang tampak cemas itu.

"Baiklah. Papa Izinkan Rika pergi." Balasan Dato' Iskandar membuatkan Erika tersenyum.

"Thanks papa. Rika kena pergi sekarang. Papa take care." Erika menyalam papanya lalu dengan tergesa-gesa dia menuju ke kereta miliknya yang sudah lama tidak dipandu.

"Rika, hati-hati drive kereta. Papa doakan Rika selamat sampai di sana nanti." Pesan Dato' Iskandar.

"Insha'allah papa." Sahut Erika lalu meluncur laju dengan keretanya berlalu keluar dari perkarangan rumahnya.

🌿🌿🌿

Faiz bergegas keluar dari keretanya lalu mengetuk pintu rumahnya.

"Assalamualaikum, Iman! Abang dah balik ni." Faiz mengetuk pintu berulang kali setelah memberi salam. Jelas terlihat di wajahnya tanda kerisauan.

Iman membuka pintu apabila abangnya, Faiz sudah sampai di rumah. Tanpa banyak soal, Faiz terus meluru masuk dan mencari emaknya.

Kelihatan Makcik Fizah yang berbaring di atas katil tetapi  sudah tersedar.

"Mak, Mak ok dak ni? Adik habaq kat Iz yang mak pengsan. Betul ka?" Tanya Faiz yang sudah berada di sisi Makcik Fizah.

"Awat yang Iz susah payah balik ni, mak pengsan sat ja tadi. Darah mak rendah, biasa la." Balas Makcik Fizah dengan suara yang masih lemah.

"Ish mana boleh lagutu. Jom, Iz bawak mak pi hospital. Biaq doktor check." Kata Faiz dengan nada yang masih risau akan emaknya.

"Tak payahlah Iz. Mak dah makan ubat dah. Iz tu baru ja balik. Jauh tu mai dari KL sampai Kedah ni. Mesti letih, Iz pi la berehat jugak nah." Pujuk Makcik Fizah untuk menghilangkan kegusaran anaknya.

"Iz bukan apa, Iz risaukan mak. Biaq Iz kerja jauh sekalipun. Kalau mak sakit, Iz rela tinggal kerja Iz nak jaga mak." Tulus Faiz berkata menyentuh hati Makcik Fizah. Faiz memang anak yang baik. Bertuah rasanya dia melahirkan Faiz.

Makcik Fizah tersenyum manis lalu mengusap kepala anak lelakinya perlahan. Iman yang berada di pintu bilik memperhatikan segala di depan matanya.

"Adik, dok buat apa tercegat dekat situ? Mai dok kat mak dengan abang ni."

Makcik Fizah memanggil Iman untuk mendekatinya lalu memeluk kedua-dua anaknya itu dengan kasih sayang. Tidak pernah sekalipun dia membahagikan kasih antara dua beradik itu. Kasih sayangnya sama rata.

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now