Bab 12

695 36 9
                                    

PADA malam itu, Faiz mengelamun sendiri di biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA malam itu, Faiz mengelamun sendiri di biliknya. Tiba-tiba dia teringatkan kata-kata emaknya sewaktu dia dan emaknya berbual siang tadi.

"Iz... Mak nak tanya sikit boleh?" Makcik Fizah berkata sedemikian.

"Mak nak tanya apa? Lain macam ja Iz dengaq ni." Seloroh Faiz yang sambil makan itu. Hanya Makcik Fizah dan Faiz saja yang berada di meja makan ketika itu.

"Iz ada hati ka dengan Erika?" Tanya Makcik Fizah tanpa berkias lagi.

Faiz tercengang dengan soalan emaknya. Macam mana emaknya boleh tahu ni?

"Mak cakap pa ni, Iz tak faham la." Faiz cuba menafikannya.

"Tak payah lah nak buat-buat tak faham Iz. Mak tengok cara Iz pandang Erika pun mak dah boleh agak dah. Iz memang ada hati dengan Erika kan?" Makcik Fizah bertanya lagi. Dia yakin bahawa Faiz benar-benar menyukai Erika.

Faiz tersenyum tipis. Berat mulutnya untuk membuka perihal itu namun jika emaknya sudah mengetahui tentang perasaannya. Dia tidak mahu menyangkal lagi.

"Kalau betul pun Iz ada hati dengan Erika tu mak. Layak ka Iz untuk dia? Iz ni cuma driver ja mak, Erika tu pulak anak Dato' Iskandar." Ujar Faiz sambil memandang tepat wajah emaknya.

Makcik Fizah mengeluh kecil.

"Sebab tu la Iz tak berani nak habaq dekat Erika pasal perasaan Iz tu?" Makcik Fizah menebak isi hati Faiz.

Faiz mengangguk, kerana itulah dia mendiamkan diri tanpa memberitahu sesiapa pun tentang perasaannya kepada Erika. Dia tidak mahu Erika membenci dirinya jika Erika mengetahui isi hati Faiz yang sebenarnya.

"Mak faham Iz, tapi macam mana pun Iz fikirlah balik. Jangan nanti menyesal. Harta dan pangkat dekat dunia ni semua sementara ja. Pendapat mak, kalau Iz betul suka dekat Erika. Iz bagitau sajalah. Tak cuba belum tau." Makcik Fizah memberikan pendapatnya. Sejujurnya, emak Faiz adalah seorang emak yang memahami.

"Insha'allah mak. Doakan yang baik-baik untuk Iz." Faiz memohon restu emaknya.

"Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mak." Kata Makcik Fizah sambil tersenyum.

Satu suara yang menyapa dirinya membuatkan Faiz berhenti mengelamun. Kelihatan Iman yang muncul dari belakang.

"Amboi abang jauhnya berangan, tengah feeling feeling jadi Khuzairi ka?" Sampuk adiknya, Iman.

Faiz mengerutkan dahinya. Apa yang adiknya merepek ini?

"Khuzairi? Khuzairi mana pulak hang ni?" Tanya Faiz.

Iman tergelak kecil melihat wajah abangnya yang tidak tahu apa-apa itu.

"Ala... Khuzairi yang dalam drama 7 hari mencintaiku tu. Abang mesti berangan jadi hero. Lepastu teringatkan kak Erika. Kak Erika pula jadi Mia Adriana, heroin dalam cerita tu." Cerita Iman dengan nada yang teruja.

Faiz menggeleng-gelengkan kepalanya. Merepek betul adiknya ini. Disekeh kepala Iman perlahan.

"Adoi... Apa abang Iz ni!" Iman menggosok-gosokkan kepalanya.

"Banyak sangat tengok drama pukul 7, tu yang jadi laguni... Takdak kena mengena la abang dengan cerita tu." Balas Faiz.

"Haih memang la... Adik melawak ja pun." Jawab Iman pula.

"Melawak tak melawak, dah pi masuk tidoq lekaih. Dah pukul berapa ni." Faiz berbicara dengan tegas.

Iman tersengih lalu menurut kata-kata abangnya. Dia terus melangkah menuju masuk ke dalam biliknya.

🌿🌿🌿

Erika sudah siap mengemas pakaian dan semua barangnya dan dimasukkan ke dalam bagasi miliknya. Hari ini adalah hari terakhir dia berada di sini. Petang ini juga, Faiz akan membawanya pulang ke Kuala Lumpur kerana tidak mahu sampai lewat di sana nanti.

Hati Erika dijentik rasa sayu yang mendalam. Sejujurnya, dia sudah menyukai tinggal di sini. Namun, dia harus pulang. Tetapi dalam hatinya bertekad, bila-bila nanti dia akan datang ke sini lagi untuk berjumpa dengan keluarga Faiz.

Erika keluar sebentar di halaman rumah untuk mengambil angin. Udara segar di kampung ini membuatkan Erika berasa nyaman. Tanpa dia sedari, Faiz menyapanya dari belakang.

"Erika." Panggil Faiz.

Erika memusingkan tubuhnya dan menghadap Faiz. Dia cuba berpura-pura tenang di hadapan lelaki itu begitu juga dengan Faiz.

"Awak dah siap nak balik KL?" Tanya Faiz.

Erika mengumam bibirnya seketika sebelum menjawab pertanyaan Faiz.

"Siap atau tak, I tetap kena balik KL kan. Bukan ke tu yang you nak?" Balasan Erika membuatkan Faiz terkedu.

"Bukan macam tu Erika, saya..." Faiz tidak sempat menghabiskan jawapannya apabila Erika berkata lagi.

"Sudahlah Faiz. I akan balik KL. Don't worry." Kata Erika yang seakan boleh menebak jawapan Faiz. Dia berfikir mungkin Faiz akan memberitahunya tentang janji lelaki itu dan papanya itu.

Padahal bukan seperti yang difikirkan Erika, Faiz ingin mengungkapkan sesuatu. Namun kata-kata Erika itu membuatkan lidahnya kelu untuk berbicara. Faiz membatalkan hasratnya. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.

🌿🌿🌿

Erika bersalaman dengan Makcik Fizah dan Iman. Air mukanya tidak kelihatan seperti biasa. Wajah itu tampak sayu sekali. Saat Erika memeluk Makcik Fizah, dia memeluk dengan erat dan lama.

Begitu juga dengan Makcik Fizah yang seperti enggan melepaskan Erika. Seminggu sudah cukup membuatkan hubungan mereka akrab seperti satu keluarga.

"Erika, bila-bila nanti mailah sini lagi nah. Jumpa makcik dengan Iman." Pesan Makcik Fizah.

Erika mengangguk dan tersenyum hambar. Faiz melihat suasana itu dengan hati yang berat. Dia juga berat untuk meninggalkan keluarganya. Urusan hatinya juga masih belum selesai sebelum dia mengungkapkan perasaan sebenarnya kepada Erika.

"Mak, Iz pi dulu... Mak dengan adik jaga diri elok-elok. Iz cuti nanti, Iz balik kampung tengok mak." Kata Faiz lalu bersalaman dengan emaknya. Makcik Fizah mengangguk.

Setelah itu, Erika dan Faiz masuk ke dalam kereta lalu pergi meninggalkan kampung itu.

Dalam perjalanan, Erika lebih banyak berdiam diri daripada berbicara dengan Faiz. Dia tidak lagi menempatkan dirinya di belakang. Dia duduk bersebelahan Faiz di dalam kereta.

Ketika melintasi kawasan sawah padi, Erika sempat menjenguk di tingkap kereta untuk melihat suasana itu. Melihat sawah padi itu, membuatkan Erika terkenangkan dirinya yang digigit pacat lalu Faiz tolong membuangkan pacat itu dari kakinya.

Faiz perasan akan Erika yang hanya menoleh melihat ke luar tingkap. Dia mengambil keputusan untuk membiarkan Erika melihat suasana di kampung itu seketika dengan memperlahan sedikit panduan keretanya sebelum memasuki lebuh raya.

Cik Diva dan Driver KampungWhere stories live. Discover now