FAIZ menunjukkan Erika di sebuah sungai yang berada di kampungnya. Mereka berdua duduk di pinggir sungai, bukan mereka saja yang berada di situ. Terdapat budak-budak yang bermandi-manda di sungai itu membuatkan suasana di situ tidak sunyi.
"Ramainya budak-budak mandi sungai dekat sini." Kata Erika sebaik saja ternampak mereka.
"Memanglah ramai, dah budak-budak cuti sekolah." Balas Faiz.
"Oh... Harini hari apa eh?" Fikir Erika sambil menghitung menggunakan jarinya.
"Hah! Harini dah hari sabtu. Kita datang kampung you ni hari selasa. Maksudnya kita dah ada dekat sini 5 hari. So, lagi 2 hari lagi kita dah nak balik la?" Ujar Erika kepada Faiz.
"Ha'ah la... Awak kenapa? Bukan awak suka ke kalau kita balik KL." Faiz berkata.
Kelu lidah Erika ketika Faiz berkata begitu. Apa yang dia nak jawab ni? Erika berfikir lagi.
"Err, sebenarnya... I suka duduk sini." Jawapan yang keluar dari mulut Erika membuatkan Faiz terkesima. Betulkah apa yang dia dengar? Erika suka tinggal di kampungnya.
Tiba-tiba Faiz tergelak besar. Erika berpaling memandang wajah Faiz dengan hairan. Pelik sangatkah pengakuannya tadi.
"Biar betul awak ni. Macam tak percaya je cik diva cakap macam tu?" Kata Faiz dengan sisa ketawanya. Dalam hatinya berasa senang apabila Erika menuturkan begitu namun dia sengaja hendak mentertawakan gadis itu.
"Cik diva what?! Salah ke kalau I cakap I suka duduk sini even kampung you ni tak macam dekat KL tu." Jawab Erika dengan sinis.
"Okey! Sorry, sorry... Jangan marah. Saya cuma nakkan kepastian je." Faiz berhentikan ketawanya apabila melihat riak wajah Erika yang sudah berubah.
Riak wajah Erika kembali tenang seperti biasa. Dia mengatakan sesuatu.
"Its okay. By the way, I tak menafikan memang masa mula-mula I datang sini dulu, I tak suka. Tapi bila semakin hari I duduk sini. I rasa lebih tenang. Perasaan yang actually I tak boleh nak gambarkan. I think kalau kena duduk sini lebih lama pun, I sanggup."
Kata-kata Erika membuat Faiz terharu. Dia tidak menyangka Erika yang dikenali sebelum ini berbicara sedemikian memandangkan gadis itu bukanlah seseorang yang mudah mengalah.
Tetapi kali ini, Faiz dapat melihat sisi Erika yang berbeza. Sikap yang tidak pernah Erika tunjukkan selama ini kepadanya.
"Baguslah kalau awak cakap macmtu, tapi macam mana pun. Saya dah janji dengan Dato', saya hanya bawa awak ke sini selama seminggu... Lepastu saya akan bawak awak pulang dengan selamat. Saya harus berpegang dengan janji." Faiz membalas kata-kata Erika.
Erika mengeluh perlahan, tidak tahu untuk membalas sebarang kata-kata lagi. Tidak semena-mena Erika terpandangkan wajah Faiz yang berada tidak jauh di sebelahnya.
Erika melihat wajah Faiz dari sisinya. Dia dapat mengetahui tentang riak wajah lelaki itu begitu tenang. Biarpun mereka selalu bertekak, tetapi Faiz selalu mempamerkan wajah yang selamba.
Hati Erika bagaikan tercuit sedikit apabila melihat lama-lama wajah Faiz. Mujurlah Faiz memandang ke depan. Kalau tidak tentu wajahnya sudah berona merah.
Tanpa diduga, Faiz menoleh memandang Erika. Dadanya kembali diserang debar apabila menatap mata Erika. Begitu juga dengan Erika yang melihatnya. Mereka berdua bagaikan terpaku seketika sebelum mengalihkan pandangan masing-masing.
Erika bagaikan baru tersedar dari lamunannya. Blushing! Erika dapat merasakan itu. "Apa kena dengan aku ni?" Bisik hati kecil Erika.
Faiz cuba berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi walhal di dalam hatinya sudah tidak tentu arah dengan pandangan Erika.
"Err... Jomlah balik. Rasanya dah lama kita duduk dekat sungai ni." Ajak Faiz untuk menghilangkan situasi yang canggung itu.
Erika mengangguk lalu mengikuti Faiz menuju ke kereta. Mereka pulang ke rumah semula.
🌿🌿🌿
Malam itu, Erika sukar melelapkan matanya, dia terkenangkan wajah Faiz pada siang tadi. Erika bangun dan terduduk sendiri.
"Ish, kenapa aku asyik ingatkan Faiz je. Peliklah! Sebelum ni tak pernah pulak rasa macam ni." Bicara Erika sendirian. Dia menggigit ibu jarinya.
Erika kembali merebahkan badannya. Sejenak, apabila bayangan wajah Faiz muncul di fikirannya. Cepat-cepat Erika cuba mengusirnya namun tetap saja wajah Faiz bermain di fikirannya.
Erika mengambil keputusan untuk bangun dan keluar dari bilik. Setelah keluar, dia mencari suis lampu dan menekannya. Ketika dia menoleh langsung dia terperanjat.
"Argh!" Terkejut Erika apabila melihat Faiz di hadapannya.
"Faiz! You buat apa ni?" Tanya Erika. Mujur dia tidak terkena serangan jantung.
"Awak tu kenapa? Saya nak pergi bilik air lah." Kata Faiz lalu meninggalkan Erika yang masih tercegat.
Erika mengurut dadanya yang masih berdegup kencang. Sudahlah dia tidak boleh tidur kerana mengingatkan Faiz. Sekarang Faiz muncul pula di depannya tengah-tengah malam begini.
Ketika itu, Makcik Fizah pun keluar. Sambil menggosokkan matanya, Makcik Fizah bertanya kepada Erika.
"Erika... Awat yang terjerit-jerit tadi tu?"
Erika melihat Makcik Fizah sambil tersengih. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Err... Tak adalah makcik. Rika ternampak lipas." Tipu Erika. Sengaja dia tidak mahu memberitahu bahawa dia terkejut kerana Faiz.
"Lipas? Mana lipas?" Tanya Makcik Fizah lagi sambil membelek-belek di lantai.
"Ada... Sekejap lagi dia keluar la." Kata Erika selamba.
"Ada? Ish, ish, ish. Mana dia?" Tak henti-henti Makcik Fizah bertanya.
Ketika Erika hendak memberi jawapan, dia ternampak Faiz lalu di depannya. Lantas, timbul idea di benaknya.
"Ha tu dia makcik, besar kan." Jawab Erika sambil menunjukkan ke arah Faiz. Faiz yang tidak tahu apa-apa setelah keluar dari bilik air tercengang apabila Erika menunjukkan dirinya.
Erika hanya menahan ketawanya. Makcik Fizah pula menggeleng-gelengkan kepala. Barulah dia mengerti dengan kata-kata Erika. Ada-ada saja budak-budak ini.
"Tak apa lah makcik. Erika maksud tidur dulu ya. Selamat malam." Erika meminta diri lalu masuk ke dalam bilik.
"Ha lah... Pi tidoq." Balas Makcik Fizah. Wanita tua itu masuk ke dalam biliknya juga.
Faiz pun berlalu dari situ dengan dirinya yang masih terpinga-pinga.
Erika pula berasa puas hati apabila dapat mengenakan Faiz tadi. Barulah boleh lena tidurnya malam ini.
YOU ARE READING
Cik Diva dan Driver Kampung
Romansa{ COMPLETE } Erika Sandra seorang gadis yang sombong, mengada-ngada dan si mulut celopar. Erika yang sudah terbiasa dengan hidup mewah selalu memandang rendah terhadap orang yang bukan setaraf dengannya. Dek kerana sikap Erika yang semakin lama, sem...