Jambangan bunga yang berada dalam bekas di capainya lalu di letakkan atas pembalut. Setelah itu dengan kemas bunga itu di balut menggunakannya sehingga menjadikan ia bouquet yang cantik dan indah. Seusai di bungkus, bouquet itu di angkat sebelum di serahkan kepada pelanggannya yang berdiri di depan kaunter.
"Ini dia pesanan cik.."ujar penjual bunga kepada Thalia dengan senyuman di bibir.
Thalia yang menerima jambangan itu tunduk melihat bunga dandelion putihnya. Cantik seperti nama yang diberikan kepada bunga ini. "Terima kasih."ucapnya dengan perlahan.
"Sama-sama...dan sebagai penghargaan kami, di atas kesetiaan cik yang melanggan perkhidmatan bunga kami setiap bulan, kami pihak pengurusan ingin berikan hadiah kecil untuk cik."ujar penjual bunga tu sambil letakkan satu beg kertas warna coklat atas kaunter.
Thalia alihkan matanya dari jambangan bunga ke wanita muda yang murah dengan senyuman depannya lalu ke beg kertas atas kaunter di depannya. "Hadiah apa?"tanya dia.
Penjual bunga itu kerutkan hidung sewaktu tersenyum. "Ianya adalah seutas gelas tangan yang diukir sendiri oleh pemilik kedai ni. Dia gemar lakukan kerja menguntai rantai leher ni. Memandangkan cik adalah pelanggan tetap dan setia kami, ianya adalah penghargaan buat kami kepada cik."beritahu dia.
"Terima kasih.."ucap Thalia yang teragak-agak hendak mencapai beg kertas tu.
"Sila datang lagi. Jumpa bulan depan."penjual bunga itu beri tunduk hormat pada Thalia dengan tangan di depan perut.
Thalia ikut beri tundukkan kecil sebelum gerak ke arah pintu keluar. Ditarik saja pintu kaca itu ke dalam, Thalia di sapa dengan tempias hujan lebat pada petang itu. Buatkan dia berdiri dekat situ sambil dongak memandang ke langit. Tadi tak hujan pun masa dia sampai sini.
Tak gelap mana pun langit ni. Cuma hujan saja lebat yang mencurah-curah seperti air mata. Dia pulak tak bawa payung sebab tak jangka cuaca akan berubah dengan mendadak seperti ini.
Kenapa ya, setiap kali dia nak lawat kubur ibu dan ayahnya hari pasti akan hujan?
Bulan lepas pun macam ni jugak, dan juga bulan-bulan sebelumnya. Hujan pasti akan turun.
Adakah sebab ibu dan ayahnya meninggal dunia sewaktu hari hujan?
Adakah sebab langit pun sama-sama hendak meraikan perasaan sedih pada hari ini?
Adakah sebab ianya hanya bless yang diturunkan untuk dia kerana jadi anak yang taat pada ibu dan ayahnya kerana melawat mereka selama belasan tahun tanpa rasa putus asa.
Dia tak bersedih sebab sewaktu ibu dah ayahnya pergi, dia masih kecil. Malah dia tak ingat pun rupa mereka. Malah dia tak sempat rasa pun kasih saying mereka. Apa yang dia tahu hanyala nama mereka dan kedudukan dimana mereka di kuburkan. Itupun lepas bertahun lamanya Felix diam tak beritahu dia.
Pada masa Thalia sedang termenung, seseorang berpayung muncul dari arah kanan kedai itu dan bergerak hendak masuk ke dalam. Dan orang itu tutup payung tersebut sebelum jalan melintasi Thalia begitu saja dan masuk ke dalam kedai tersebut.
Dekat beberapa saat kemudian, penjual bunga yang sama tadi berjalan keluar dari kedai tu dan berdiri di sebelah Thalia. Dia ketuk bahu Thalia dengan jari telunjuk beberapa kali sehingga buatkan Thalia tersentak lantas berpaling memandang dia.
"Hai..."senyum penjual bunga itu.
Thalia yang kebingungan itu pandang dengan mata terbutang. "Ya."
"Ini..payung untuk cik. Cik pasti tiada payung bukan?"kata penjual bunga itu.
Sebuah payung berwarna hitam disua kepada Thalia oleh penjual bunga tersebut.
Berasa berterima kasih sekali lagi, Thalia capai payung itu. "Saya akan pulangkannya kemudian."beritahunya.
"Tak mengapa."penjual bunga itu.
"Kalau begitu saya minta diri dulu. Selamat siang."pamit Thalia sambil buka payung itu.
"Ya..selamat jalan. Jumpa lagi."lambai Penjual bunga itu dengan senyuman di bibir.
Thalia pun redah hujan tu Bersama jambangan bunga di tangannya.
Sedang penjual bunga wanita itu perhatikan langkah Thalia, seseorang muncul dengan senyap dari belakang lantas bersuara. "Dia dah pergi?"
Kepala penjual bunga itu toleh ke belakang sebaik suara itu menyapa telinganya. Dia dongak lalu mengangguk kepala. "Ya bos...tapi kenapa bos tak serahkannya sendiri?"soal dia sambil tilik muka lelaki di depannya dengan minat.
"Sudah. Masuk dalam. Sambung kerja kamu. Jangan nak banyak soal. Saya bayar kamu untuk jual bunga bukan tanya soalan."
Penjual bunga itu buat muka. "Alah..tanya je pun salah. Menyampah."katanya semasa berjalan masuk ke dalam kedai semula. Meninggalkan bosnya sendiri di depan pintu kedai.
Sebaik ditinggalkan seorang diri, lelaki yang berdiri di depan pintu kedai itu pandang ke arah jalan dimana hujan sedang turun dengan lebat. Dia perhatikan jalan itu walaupun kelibat pelanggan tetapnya sudah menjauh dari situ dengan renungan dalam.
YOU ARE READING
20. EXIT
ActionHidup terpenjara seperti banduan. Seperti sebuah Gotham City, di mana jenayah berleluasa, begitu la kehidupan manusia di sini. Hidup bergantung pada jenayah demi kelangsungan hidup. Dirantai dengan satu janji namun di bebaskan kerana setitis dara...