"Jangan sentuh!Arghh!!!Lepaskan saya!!"
"Thalia berhenti!"
"Arghh!Huhuhu...saya tak tahu...jangan bunuh saya...jangan sentuh!!"raung Thalia dengan terdesak sambil bergelut mahu menepis apa saja yang dia rasa dekat badannya. Dia rasa jijik! Dia rasa kotor!Tangan-tangan tu sentuh badan dia, koyakan bajunya. Pegang dia! "Arghhhh!!!!"
Desmond yang sedang duduk dekat tepi katil ikut bergelut nak tenangkan Thalia yang baru saja terjaga dari tidak sedarkan diri selama dua hari selepas alami kecederaan dan trauma serius. Dia telah dadahkan Thalia untuk tidur selama dua hari tu supaya dapat bantu sembuhkan Thalia, tapi tak sangka dua hari saja tidak cukup.
Teresak-esak menangis, Thalia cakar-cakar badannya dengan benci. "Jangan sentuh saya..tolong.."
"It's okay..Thalia. Semuanya dah okay. Please...jangan macam ni."minta Desmond sewaktu pegang tangan Thalia supaya berhenti menyakiti diri sendiri.
Bersama air mata membasahi mata Thalia buka mata dia sebelum terpandang Desmond. Bila dia pandang muka berkerut penuh kerisauan Desmond, semakin menjadi-jadi la tanggisannya.
Tidak tahu hendak buat apa lagi, Desmond pegang badan Thalia lalu bangunkan wanita itu sebelum di bawa ke dalam pelukannya. Dengan kemas dia peluk sekeliling belakang Thalia dan mula mendodoi.
"Shh...shh...mereka takkan apa-apakan awak Thalia."pujuk dia dengan perasaan serba salah. Maafkan dia sebab lambat bertindak. Kalau bukan kerana dia perlukan penguatkuasaan untuk lakukan sesuatu, sudah lama dia tembak setiap lelaki dalam pangsa malam tadi lepas mereka pecah masuk rumah Thalia. Pasti Thalia tidak akan menderita seperti ini.Bersama nafas tercungap-cungap nak cari Udara, Thalia cengkam kuat kain lengan baju Desmond dengan seluruh badan menggigil seakan dalam kesejukan. Sedangkan dia tak boleh nak control badannya waktu ini. Dia termenung memandang ke jendela berlangsir putih dalam bilik sewaktu air mata turun menitis turun ke pipi.
Buat beberapa ketika, suasana bilik yang tadi bising dengan suara raungan hysteria Thalia menjadi senyap. Buatkan Desmond yang cuba tenangkan Thalia lepaskan nafas lega. Pening kepala dia dengar Thalia menjerit-jerit sejak sejam tadi. Tangannya tidak berhenti mengusap belakang badan tu.
"Awak tahu dekat mana Felix berada sekarang Thalia?"tanya dia tanpa sedar sebab terlalu hilang sabar dengan lelaki keparat yang sanggup letakkan adik perempuan sendiri dalam situasi bahaya sendirian.
Thalia yang masih dalam keadaan termenung itu hanya diam merehatkan kepalanya di bahu Felix. Tangannya terkulai dekat riba tu sementara matanya kosong tiada emosi. Dia nak keluar dari sini. Dia tak nak duduk dekat Bandar Phantom ni lagi. Dia tak mahu berurusan dengan samseng dan penjahat dekat sini. Dia nak hidup aman dan tenteram tanpa rasa terganggu.
Disebabkan Thalia diam tak menjawab, Desmond ingat Thalia sudah terlelap, jadi dia pegang kedua-dua belah bahu Thalia untuk pastikan hal tu. Sekali lepas dia jarakkan Thalia dari sandaran dia lihat Thalia masih terjaga. Tapi sedang termenung.
"Thalia..."panggil Desmond dengan perlahan sambil seka air mata dari pipi yang sudah berlebam dan bertampal dengan plaster luka. "Awak dengar saya?"
Perlahan-lahan Thalia gerakkan mata dia lepas dengar suara memujuk Desmond. Dia pandang ke Desmond yang tidak bercermin mata dan rambut tidak terurus di depannya dengan hati yang sayu dan terdesak. "Saya nak keluar dari sini"air mata bergenang di kelopak mata yang kemerahan. "Tolong bawa saya keluar dari bandar ni...saya tak sanggup lagi nak teruskan hidup seperti ini."rayunya dengan suara kecil.
Kening Desmond mencerlung susah hati melihat keadaan devastated Thalia. Sejak awal lagi perhatian dia jatuh pada Thalia di kedai bunga dua tahun lepas, sejak itu dia tahu, Thalia perlukan seseorang untuk melindungi wanita ini. Dan sejak itu matanya hanya focus pada Thalia walaupun tugasnya adalah mematai orang lain.
"Saya tak tahu ke mana Felix...saya tak tahu kenapa abang saya sanggup biarkan saya menderita macam ni..saya tak faham kenapa saya perlu hidup macam ni...awak..saya tahu kita tak kenal lama. Tapi tolong la saya...saya nak keluar dari sini...atau saya akan bunuh diri saya sekarang jugak"luah Thalia dengan letih dan tiada tenaganya. Kepalanya tertunduk ke bawah.
Desmond tidak berkata apa-apa. Dia hanya Tarik Thalia ke dalam pelukannya lalu di dodoi dengan lembut. Dia hayun badannya kanan dan kiri perlahan-lahan sambil menepuk belakang badan dan mengusap kepala Thalia pada masa yang sama. Dia pun nak keluar juga dari bandar ni, tapi selagi tugasnya belum selesai, selagi tu dia akan tersadai di sini.
Jadi Thalia kena bersabar sekejap sehingga kerjanya di sini selesai. Dan setelah itu dia akan bawa Thalia keluar sama pergi dari lombong sampah ni buat selamanya.
YOU ARE READING
20. EXIT
ActionHidup terpenjara seperti banduan. Seperti sebuah Gotham City, di mana jenayah berleluasa, begitu la kehidupan manusia di sini. Hidup bergantung pada jenayah demi kelangsungan hidup. Dirantai dengan satu janji namun di bebaskan kerana setitis dara...