Part 23

1.4K 129 0
                                    

Pinggan makan yang tidak terusik sejak tadi di tolak dia jauh darinya sebelum dia pandang ke depan dimana lelaki dengan aura menakutkan sedang duduk. Memang mati la selera dia kalau makan semeja dengan lelaki ni.

"Apa yang ayah nak bincangkan dengan Alex hari ni?"tanya Alexander dengan nada tak berminat dia.

Federico yang sedang mengerat daging stik gress triple A itu angkat kepala memandang kedepan sambil mengunyah. "Makan la dulu."balasnya.

"Tak perlu. Alex tak rasa lapar. Kalau tak ada apa-apa Alex pergi dulu. Ada kerja nak buat."Dia nak pergi ke restoran dimana Thalia berada. Nak jumpa wanita itu. Dia nak kenal lebih rapat lagi.

BAM!

Tidak semena Federico hentak garfu dan pisau yang ada di tangan atas meja tu dengan marah. Buatkan Alexander tersentak lantas duduk tegak di situ memandang ayahnya.

"Ayah kata makan. Susah sangat agaknya kamu nak faham arahan tu?"ujar Federico dengan nada marah yang dikawalnya.

Alexander pandang makanan dekat pinggang tu dengan tekak yang kembang lantas ke ayahnya semula. Siapa nak makan makanan yang bersumberkan hasil darah dan daging orang tak bersalah?Dia sanggup berlapar dari makan makanan ni!

"No."tegasnya. Dia tahu dia akan dapat masalah, tapi dia tahu kalau dia melawan ayahnya tidak akan berani sentuh atau angkat tangan ke atasnya. Jadi di tak risau akan hal itu. "Beritahu je apa yang ayah nak bincangkan dengan Alex."katanya lafi dengan nada kesal.

Federico buat muka masa tengok Alex. Kecik besar dia perhatikan anak lelakinya yang seorang ini. Makin dewasa makin menyakitkan hati. Untung dia sayang. Kalau tidak lama dia tembak kepala ni.

"Apa keputusan kamu untuk ambil alih tempat ayah?"

"No."jawab Alexander serta merta lepas dengar soalan tu."berapa kali Alex nak beritahu. Alex tak berminat nak teruskan legasi ayah ni. Kenapa ayah tak minta Tristan saja yang take over. Dia kan lebih berbakat dalam hal mafia ni. Lagipun banyak achievement yang ayah capai adalah disebabkan dia.."kata dia dengan yakin semasa pandang menyampah akan ayahnya.

"Dia Budak lagi...mana la tahu semua ni..kamu tu yang lebih tua dari dia patutnya galas tempat ni.."tambah Federico yang kelihatan tidak sudi dengan kenyataan itu.

Alexander berdengus tak percaya dengan kata-kata ayahnya. Seriously?Sebab alasan tu je?Budak tang mana?Dia dah berusia 25 tahun. Tristan layak dah jadi ketua. Ayah tu yang pilih kasih antara kami. Kalau ya dia anak luar nikah still dia darah daging ayah. Consider sikit hal tu. Alex bukan seorang saja anak yang ayah ada"tegurnya. Benci betul dia dengan ayahnya ini.

Federico jeling geram ke Alexander. Dia tak pernah anggap Tristan sebagai anaknya. Budak tu tehrasil dari pelacur yang dia langgan. Perempuan tu hantar Tristan pada dia untuk kaut semua harta dia. Ingat dia b*d*h ke! Memang mati la jawabnya perempuan tu!

"Ayah kata ayah mahu kamu yang teruskan legasi ni, maka kamu la orangnya."tegas Federico sambil tunding jari ke permukaan meja dengan tegas.

"Alex kata Alex tak mahu teruskan legasi ni, maka tak mahu la jawabnya."balas Alexander dengan nada tegasnya. "Ayah tahu disebabkan pekerjaan ayah ni tak ada siapa sudi Bersama dengan Alex dengan ikhlas. mereka semua dekati Alex kerana kuasa dan kekayaan yang Alex miliki. Ayah tahu betapa bencinya perasaan tu?"

"Alexander Frost Federico!"ngaum Federico dengan berang.

"Sudah la...Alex tak nak dengar semua ni lagi. Kalau ayah nak jugak. Gantikan tempat Alex kepada Tristan. Dia lebih layak untuk tu."beritahunya semasa bangun dari situ dan berjalan ke arah pintu keluar ruang makan itu.

"Alex ke mari kamu! Ayah belum selesai berbincang!"panggil Federico dekat belakang.

Tapi Alexander tidak hiraukan panggilan itu. Dia hanya jalan keluar dari pintu yang dibuka untuknya oleh pengawal di situ. Dan melangkah keluar saja dia dari situ, dia disambut oleh Tristan dekat depan pintu itu.

Bertembung mereka berdua dekat situ saling menghadap antara satu sama lain. Disebabkan mereka berdua sama tinggi sama sasa. Postur yang dimiliki oleh dua orang sama tanding sama berkuasa.

Tristan tenung mata Alexander tanpa menunjukkan sebarang emosi di wajahnya.

Sementara Alexander balas renungan itu dengan renungan dingin tidak berminat.

"Kau nak jumpa ayah?"tanya Alexander lepas mereka berdua diam tak bercakap apa-apa untuk beberapa saat.

Tristan seluk tangan ke dalam poket seluarnya lalu lepaskan hela nafas Panjang. "Nak ke dia jumpa aku?"

"Pergi la...tunjuk muka sikit dekat dia."Alexander pesan semasa jalan melepasi Tristan nak pergi dari situ. Cepat dia keluar, cepat dia dapat temui Thalia.

Tristan berdiri dekat situ semasa Alexander meninggalkan dia. Dia yang dengar perbualan dua beranak tadi dekat luar, termenung sekejap. Terus lupa akan tujuaan ke situ untuk menemui Alexander bagi bertanya mengenai keberadaan Thalia. Kata-kata Alexander tadi bermain dalam fikirannya seperti kaset. "Budak tang mana?Dia dah berusia 25 tahun. Tristan layak dah jadi ketua. Ayah tu yang pilih kasih antara kami. Kalau ya dia anak luar nikah still dia darah daging ayah. Consider sikit hal tu .Alex bukan seorang saja anak yang ayah ada." lantas dia berpaling ke belakang hendak lihat langkah Alexander.

20. EXITWhere stories live. Discover now