Part 26

1.3K 105 0
                                    

"Saya tak boleh bekerja di situ lagi?"tanya dia dengan perlahan.

"Ya betul tu...maafkan saya Thalia. Saya suka bekerja dengan kamu. Tapi disebabkan kebelakangan ni terlalu ramai yang cari kamu hingga letakkan kami dalam bahaya. Saya tak boleh teruskan kamu untuk bekerja di restoran ini. Saya benar-benar kesal dengan keputusan ni?"beritahu Joe dalam panggilan. Dan lelaki ini benar-benar kedengaran susah hati.

Thalia yang pegang telefon menghadap skrin televisyen sambil melihat siaran berita Utama malam itu hanya pandang kosong. "Iya ke...nak buat macam mana. Salah saya jugak. Maafkan saya kalau begitu Joe. Saya tak berniat nak letakkan sesiapa dalam masalah."ucapnya dengan mendatar. Menangis hatinya saat ini!

Mana lagi dia nak cari kerja dengan waktu genting seperti ini?Dengan Felix yang hilang...kes dia dengan Alexander yang entah tiba-tiba angau pada dia. Belum lagi yang Tristan yang dikhabarkan mahu menemui dia?Lelaki tu dah apahal pulak!

Urg!

Poning kepala!

"Bukan salah kamu Thalia...kita tak tahu apa yang berlaku di masa depan. Apa yang berlaku ada sebabnya. Jadi kamu jangan rasa bersalah mengenai hal ni. Apa saya boleh beritahu, bersabar la. Saya yakin satu hari nanti, niat kamu untuk keluar dari sini pasti akan terlaksana. Cuma kali ni saya tak boleh tolong kamu."beritahu Joe dengan nada penuh berhemat. Mungkin tak nak bagi Thalia susah hati.

Tapi Thalia yang sedia susah hati sikit pun tak terkesan. Malah makin serabut. "Ya..terima kasih sekali lagi Joe. Untuk semuanya."beritahunya semasa melihat wajah Alexander dekat tv. Lelaki tu tengah berjalan seiring dengan Tristan dekat sebelah. Dua orang tu sama-sama mengenakan cermin mata hitam di wajah keluar dari kereta dan bergerak masuk ke dalam bangunan. What the heck!

Dua orang ni Bersama?Satu geng! Maknanya, dua orang ni saling berkenalan?

"Thalia?"panggil Joe dalam panggilan sentakkan Thalia.

"Ah..ya..saya dengar. Kalau begitu, itu saja dari saya."pamit Thalia dengan muka dumbfounded semasa cuba fahamkan apa yang sedang di lihatnya. Kalau Tristan adalah Ketua Geng Tatu Black Thorn, Alexander pula siapa?Takkan la lelaki tu adalah anak lelaki Federico. Itu bermakna kini dia terlibat di antara dua lelaki yang berkaitan dengan Federico?

Dah sudah!

Tangan yang pegang telefon itu jatuh ke sisi apabila Thalia bersandar terkejut ke sofa dan pandang skrin televisyen. Selama ni Thalia hidup di bawah kongkongan Felix. Dia sama sekali tidak menahu soal dunia mafia dalam bandar ini. Apa dia tahu orang yang dia patut takuti adalah Felix. peraturan yang dia kena ikut adalah Felix. Arahan yang dia kena patuh adalah Felix. Dan semuanya tentang Felix. Lelaki tu dah brainwash dia sejak kecil dan tanam nama Felix dekat kepala otak dia yang kecil ni. Kerana itu dia tak tahu menahu siapa taiko siapa bos di bandar ini. Dia tahu tentang Federico pun dari Felix. Selain tu zero-nada'. Dia tak tahu sesiapa lagi.

Knock!

Knock!

Melompat terkejut Thalia dari sandarnya. Kepalanya di paling laju ke arah pintu. Serta merta rasa cemas menerpa diri dia.

"Thalia?Ini saya Desmond."panggil suara dari balik pintu itu.

Oh..

Thalia bangkit dari sofa lalu jalan mendekati pintu sebelum buka selak pintu dan Tarik pintu itu ke dalam. Sebaik saja dibuka, Thalia di sapa dengan Desmond yang tidak bercermin mata dan rambut yang biasa tutup dahi kali ini di sisir mendedahkan dahi.

"Jom."ajak Desmond serta merta setelah pintu terbuka dan Thalia berdiri menghadao dia.

Kening Thalia terangkat. "Huh?"

"Ikut saya."ajak Desmond lagi.

"Ke mana?"tanya Thalia sambil pegang tombol pintu.

"Adalah...nanti kita dah sampai baru awak tahu.."kata Desmond sebelum tersenyum.

Thalia yang tengok muka handsome Desmond jadi comel lepas tersenyum ikut tersenyum nipis. "Penting ke?"tanya dia lagi.

"Fine kalau awak tak nak ikut secara rela...terpaksa la saya culik awak supaya ikut saya."seloroh Desmond sambil buat muka acah-acah jahatnya.

Apa lagi la yang Desmond nak buat ni?Lelaki ni tak reti penat ke? "Okay..tunggu sekejap."setuju Thalia yang kemudiannya berpaling masuk semula ke dalam untuk tutup suis tv, capai telefon dan dompetnya. Setelah selesai dia kembali dapatkan Desmond di depan pintu.

"Awak dah makan belum?"tanya Desmond sewaktu perhatikan Thalia sarung kasut ke kaki.

"Saya baru bangun."jawab Thalia sambil pandang ke Desmond semasa tunduk itu. "Kenapa?"

"Kalau macam tu kita makan dulu, kemudian baru ke tempat yang saya cakapkan tadi."Desmond tutupkan pintu untuk Thalia sewaktu wanita itu melangkah keluar.

Thalia pandang tak faham. Apa aje la Desmond ni. "Awak jangan macam-macam eh. kalau awak kenakan saya. Saya sumpah yang saya takkan bercakap dengan awak."arahnya sambil tunjuk jari depan muka tu dan pandang dengan mata dikecilkan kerana curiga.

"No worry. Saya tak makan orang."ujar Desmond sambil turunkan jari tu dari depan mukannya.

Thalia hanya buat muka menyampah lalu menggeleng kepala. Lain yang dicakap lain yang dibalas.

20. EXITWhere stories live. Discover now