Part 20

1.4K 124 0
                                    

Tenang.

Sejuk.

Dan tidak berangin.

Waktu paling sesuai untuk penembak hendap sepertinya buat serangan. Biasanya kalau keadaan terlalu berangin dan terlalu bising boleh menganggu konsentrasi dan ketepatan peluru melayah ke sasaran.

Sambil membetulkan setiap suis pada 50 Cal Rifel Sniper dia acukan muncung senjatanya ke arah jendela yang berada beberapa puluh meter dari tempat dia sedang berdiri.

"Target lock."beritahunya semasa melihat menerusi teropong target pada senjatanya dimana sekumpulan lelaki mula mahu menarik pakaian wanita yang sedang terbaring di lantai dalam rumah pangsa di depannya.

POP!

Gula-gula getah yang berada dalam mulutnya di letupkan sambil menunggu arahan dari headquater.

"Dibenarkan melepaskan tembakan."suara dari ear in yang dipakai beri arahan.

Dia yang dengar tanpa berlengah terus selak langsir berandanya dan tunduk mencari posisi. Pertama targetnya ialah lelaki buntal yang duduk menghadap wanita malah yang hendak dicabul itu. Suara jeritan jelas kedengaran dari tempat dia berdiri. Namun tiada apa-apa yang dia dapat lakukan memandangkan arahan yang diberikan adalah untuk tidak tonjolkan diri atau identitinya akan terdedah.

Setelah dia lock target pada sniper rifelnya, triggernya di tekan, lantas peluru berderu keluar melalui muncung lalu berdesup senyap di Udara sebelum masuk melalui jendela yang terbuka rapat lalu hinggap ke belakang kepala si buntal.

"Target down!"sebutnya sambil tekan butang pada ear in di telinga.

"Hapuskan yang lain."beritahu suara dalam ear in tu lagi.

"Roger."sambutnya sebelum mula acukan senjatanya ke arah mereka yang mula kalut dapatkan ketua buntal mereka yang sudahpun mati itu. Dia apa lagi ambil peluang itu untuk tumbangkan setiap seorang yang ada di jarak pandangannya.

Berdesup!

Desup!

Desup!

Desup!

Peluru keluar dari muncung tu tanpa bunyi dan mengenai tepat setiap kepala dan jantung mereka yang ada berdekatan dengan jendela dan slidding door pangsa tersebut. Kasihan mereka, tak tahu apa yang sedang berlaku, mati sia-sia dekat situ.

Selepas yakin tiada satu pun yang tinggal, baru la dia turunkan senjatanya ke bawah. "Clear."beritahunya sewaktu bergerak masuk semula ke apartmentnya dan letakkan senjatanya ke atas meja. Sarung tangan kulit hitam yang ada di tangan terus di tanggalkan.

"Macam mana dengan saksi?"tanya suara dalam ear in itu.

"Tak pasti. Kelibatnya tidak kelihatan. Hendak di tinjau tempat kejadian ke?"tanya dia sambil kenakan cermin mata semula ke wajahnya. Gula-gula getah di ludah keluar sebelum dia atur langkah ke arah pintu untuk keluar. Sambil tu dia sempat capai jaket yang ada di lengan sofa.

"Check untuk kepastian."

"Baik."sambutnya semasa tolak pintu apartment keluar dan dia keluar dari situ. Jaket tadi di sarungkan ke badan sewaktu berjalan merentasi koridor. Berhenti saja di depan lif, butang turun di tekan. Dekat lima saat kemudian, pintu lif terbuka dan dia berjalan masuk ke dalam ruangan itu dengan langkah bersaja.

Sambil menunggu lif turun, dia betulkan rambutnya dari terpacak ke atas menutupi dahi. Buatkan penampilannya seperti lelaki nerd yang pendiam dan konservatif. Berpuas hati dengan penampilan palsunya, pintu lif terbuka semula setelah tiba di tingkat lobi.

Dengan langkah tenang, dia berjalan keluar dari bangunan apartment dan berjalan kaki buat beberapa minit lantas tiba di kediaman pangsa sebelah apartmentnya. DIsebabkan ianya pangsa lama, lif tidak disediakan di situ. Jadi terpaksa la dia daki tangga untuk naik ke tingkat atas. Mujurla hanya lima tingkatsaja. Kalau tidak mahunya dia terjun bangunan ni masa nak turun.

Setelah berjalan buat seketika, akhirnya dia tiba di kediaman bernombor 15-5. Buat seketika dia berdiri depan pintu itu.

"Saya dah sampai."beritahunya semasa tekan butang pada cermin mata palsu yang telah di install menjadi video cam tersembunyi.

"Roger."balas suara dari ear in itu.

Tanpa membuang masa, dia buka langkahnya lalu beri satu tendangan padu ke permukaan pintu dengan hanya sekali percubaan saja. Impak tendangan itu dengan mudah buatkan pintu depannya terbuka luas.

Kakinya yang di bawa naik tadi di turunkan ke bawah dengan perlahan. Terus dia berjalan masuk ke dalam ruangan yang sudah di penuhi dengan tubuh yang bergelimpangan. Darah di merata-rata. Serpihan otak juga dapat di lihat sekitar ruang tamu itu.

"Thalia?"panggilnya dengan perlahan sewaktu kerling ke sekeliling ruangan itu. Cuba cari kelibat wanita tu.

Telinga yang sensitive dan system derianya mudah menangkap sebarang kejangkalan sedaya upaya digunakan untuk kesan sebarang bunyi atau bau dari wanita itu.

"Thalia...awak ada di sini?"panggilnya semasa melangkah mayat-mayat yang ada di situ dengan berhati-hati.

"Tsk!Tsk!"suara orang menangis kedengaran tak lama kemudian.

Dengan laju kepalanya berpaling ke kirinya dimana cabinet dapur berada. Menggunakan langkah sesenyap pencurinya, dia dekati cabinet dapur tu dengan perasaan penuh berdebar. Berbagai-bagai kemungkinan sedang bermain dalam fikirannya sekarang ini.

"Tsk!Tsk! Jangan bunuh saya..tolong...saya tak tahu.."bisik suara tu dengan perlahan setelah dia berdiri dekat belakang island dapur. Dan bila dia lihat di belakang cabinet tersebut, terduduknya Thalia dengan darah berlumuran di sekitar lengan kanan dan tepi muka tu.

Adakah dia telah sakiti wanita ini?

"Thalia?"panggilnya dengan perlahan.

Kepala itu dengan takut tersentak dongak memandang ke atas lantas bertentang mata dengannya.

"Desmond!"sebut Thalia dengan lekas sebelum mula menangis dekat situ memegang sisa pakaian yang sudah tercarik mendedahkan sebahagian badan. "Awak tolong saya...ada orang nak bunuh saya.."nangisnya.

Dia yang dengar terus tanggalkan jaket di badannya lalu tutup badan tu. "Jangan risau...mereka takkan apa-apakan awak lagi."pujuknya semasa bercakung dekat sebelah Thalia.

"Macam mana awak boleh ke sini?"tanya Thalia dari balik gigi yang sedang bergelatukan kuat.

Desmond pandang Thalia buat beberapa saat. Semua mata dan telinga sedang terpasang sekarang ni. Kalau dia salah cakap habis imejnya nanti. "Saya dengar jeritan awak...saya fikir awak dalam masalah. Jadi saya bergegas ke sini. Dan bila saya sampai semua orang di sini sudahpun mati. Adakah awak cedera?"dalihnya.

Thalia yang kelihatan percaya dengan penjelasan itu bersandar letih ke cabinet di belakangnya lalu memejam mata sebelum menangis tanpa suara. Kenapa la semua ni terjadi pada dia?Apa sebenarnya sedang berlaku?

"Apa yang telah terjadi?Adakah awak bunuh semua lelaki-lelaki ini?"tanya Desmond lagi semasa perhatikan Thalia menangis.

Dengan lemah Thalia menggeleng kepala. "Saya tak tahu...please. Jangan tanya saya. Bawa saya keluar dari sini"rintihnya dengan mata terpejam rapat. Dia tak nak buka matanya. Dia harap semua ini hanya mimpi. Mimpi ngeri yang akan hilang lepas dia terjaga. Waktu macam ni la dia nak sangat Felix ada bersamanya.

Desmond gerak mencempung badan Thalia gaya pengantin dan angkat wanita itu bangun dari situ sebelum keluar dari rumah pangsa tersebut yang penuh dengan mayat. Nanti ada lah yang tolong uruskannya. Sekarang ni apa yang penting rawat Thalia terlebih dahulu.

20. EXITWhere stories live. Discover now