Part 48

1.2K 114 3
                                    

"Jangan bergerak."

"Apa ni..duduk la jauh-jauh sana."

"Hish..kau nak aku cekik kau dekat sini ke, aku kata jangan bergerak kan..!"

"Cekik la..awak tu kalau tahunya cakap je..buatnya tidak."

"Eh..melawan ya..sini!"

"Jangan dekat!"

Dia tak peduli! Terus dia naik atas katil tu lalu capai leher Thalia sebelum di cekau lalu tumbangkan Thalia atas katil dan dia naik atas badan tu.

"Argh!Apa ni!"Thalia pegang tangan yang dia sedang cekau leher dengan.

"Kau yang mintak.Aku dah suruh jangan gerak. Kau cabar aku."katanya.

Thalia tak bergerak, dia malah mengalah lalu jatuhkan tangan ke bawah. "Fine...awak buat apa awak nak buat. Saya tak kuasa nak menghadap."pafaz Thalia semasa palingkan kepala ke kanan.

"Jangan bergerak ya...."pesannya semasa lepaskan leher tu lalu ubah kedudukan dari duduk atas Thalia kepada baring di situ.

Thalia palingkan kepala memandang dia apabila perasan dia jalarkan tangannya ke pinggang tu dan baring rapat ke badannya.

"Apa awak cuba buat?"tanya Thalia sambil mematai pergerakan dia.

"Kau rasa?"Memandangkan semua orang tengah sibuk makan tengah hari. Sementara dia pun tengah 'lapar'.

Thalia cuba jauhkan diri masa dia mahu baring menindih badannya, namun dia cepat-cepat lingkarkan tangan ke belakang badan tu dan tindihkan kakinya ke atas kaki Thalia.

"Jangan macam-macam ya!"menjegil bulat mata Thalia masa pandang dia.

"Ahaha...sekejap je."kata dia sambil dekatkan bibirnya ke telinga tu sebelum di kucup dengan lembut. Lalu di bawa ke dahi sebelum mata tu.

Thalia pegang bilah bahunya dengan lembut. Buatkan dia tersentuh lalu gerak mengucup bibir itu beberapa kali dengan kasih.

Setelah itu baru la dia topang kepalanya dengan tangan kanan yang disiku sebelah kepala Thalia. Wajah bersih Thalia di pandangnya.

Thalia pun ikut memandangnya.

"Jadi kekasih aku.."mintanya serta merta sewaktu tatap mata Thalia dalam-dalam.

"Hah?"

"Jadi kekasih aku...pekak ke?"soalnya semula.

Thalia buat muka. "Saya dengar la...cuma. seriously?Awak tahu saya siapa?Awak takkan dapat pepas dari Felix kalau nak saya jadi kekasih awak."sambil tu Thalia bermain dengan kolar bajunya yang tidak di butang habis.

"Tembak je kepala dia tu. Settle."

PAP!

Satu pukulan lembut hinggap di dadanya dengan Thalia. "Boleh tak berhenti guna keganasan untuk settlekan masalah?"soal Thalia setelah itu.

"I don't give a f*ck."sebutnya sebelum pegang tepi kepala Thalia dan tunduk memberikan deep kiss ke bibir tu.

"Tuan Tristan..."suara orang kanannya menyapa telinganya tidak semena.

Tristan yang sedang duduk sandar di slidding door sambil menyilang  tangan ke dada membuka mata lantas palingkan kepala ke dalam ruangannya. Dia tak cakap apa-apa, hanya tayang muka grumpy pada orang kanannya saja.

"Kami dah dapat kesan dimana Cik Thalia berada dan siapa orang yang bertanggungjawab untuk semua scheme yang berlaku sepanjang masa ni."maklum orang kanan Tristan sambil pegang helaian kertas.

Tristan hulur tangan mahukan helaian kertas tersebut.

Sambil berkata, sambil tu kertas tersebut diserahkan kepada Tristan. "Desmond Lee, ketua operasi ketenteraan rahsia yang telah diupah oleh kerajaan untuk mengintip setiap aktiviti dan juga operasi gelap yang dijalankan dalam bandar ni...dia berpangkalan di bawah sebuah bangunan tidak jauh dari tasik buatan di pusat bandar."

Tristan capai kertas tu laku dibelek satu persatu dengan lama. Setiap butiran dan gambar yang ada di situ ditelitinya.

"Apa rancangan tuan sekarang ni?Nak kita serang mereka?"

"Takperlu..."Tristan angkat kepala. Dia pandang tak kisah akan orang kanannya itu. "Kau hantarkan maklumat ni pada Felix. Beritahu dia Thalia ada di situ. Biarkan saja lelaki tu yang kotorkan tangan untuk hapuskan cencorot-cencorot tu. Aku ada kerja lagi penting dari bazirkan tenaga orang kerja aku hanya untuk mereka."

Orang kanan Tristan berkerut kening. "Maksud tuan, tuan mahukan Felix yang handle mereka. Tak.ke nanti mereka semua akan mati di tangan Felix?"

"Ada aku kisah apa yang akan berlaku pada dia orang atau Felix? Lantak la apa nak jadi. Apa yang pasti kalau bukan Felix yang mati maka cencorot bernama Desmond ni yang mati, kalau bukan dia yang mati maka Felix la yang mati."ujar Tristan dengan dingin.

"Macam mana dengan cik Thalia?Dia takkan di apa-apakan ke?"

Tristan berdengus kecil. Dia tarik sengih sinis meleretnya sewaktu palingkan kepala ke arah luar beranda. Thalia adik Felix...sekalipun Felix suka sakiti Thalia, lelaki tu takkan biarkan sesiapa lukakan Thalia. "Kau berikan saja maklumat tu pada Felix. Beritahu dia....aku kirim salam." katanya sebelum kembali memejam mata mahu tenangkan diri.

Dia nampak je tenang, tapi sebenarnya dia tengah susah hati dan risau. Risaukan ayahnya. Risaukan majlis perjumpaan besar-besaran nanti. Risaukan hari pengalihan kuasa. Dan terutamanya, dia risaukan Thalia.

Agak-agaknya, Thalia takkan apa-apa kan?

20. EXITWhere stories live. Discover now