Bunyi sesuatu bergerak-gerak di sekeliling yang perlahan telah buatkan dia terjaga. Pada awalnya berat sangat nak buka mata sebab seluruh anggota badan hingga la kepalanya sendiri ibarat dihempap sesuatu.
Namun setelah ambil masa untuk buka mata dan tenangkan diri supaya tidak panik, Thalia akhirnya membuka mata.
Dan perkara pertama yang dia nampak adalah siling bilik yang berbentuk spiral warna hitam merah seakan pusaran lohong hitam.
Pelik sebab biliknya tidak pernah ada hiasan dinding seperti itu, Thalia diam di situ mengedipkan mata beberapa kali untuk hilangkan rasa berat pada matanya.
Sekarang ni dia tak rasa sakit atau apa-apa. Cuma rasa seperti orang bangun dari tidur yang panjang. Rasa berat dan lesu.
Dalam detik 10 saat, Thalia termenung memikirkan apa yang telah berlaku, dia membuka mata dengan luas setelah realiti menghentak dirinya.
Dengan laju Thalia bangkit dari baringnya secara mengejut dan baru la dia rasa sakit pada lengan dan badannya.
Menahan nafas terkejut Thalia dibuatnya. Dia pandang akan dirinya dengan kening berkerut menahan sakit. Sekeliling badan dia terasa ketat, lengannya berasa pedih. Mukanya terasa sengal. Semuanya mula terasa berbisa.
Dan baju kemeja putih di badan yang saiz agak besar buatnya di cubit dengan hairan.
Dimana dia berada sekarang?
Siapa punya pakaian pulak ni?
Desmond bantu dia sekali lagi ke?
Pada masa itu la pintu bilik air yang berada di dinding sebelah kanan katil terbuka sebelum Tristan yang tidak berbaju dan hanya berseluar slack hitam keluar dari situ.
Serta merta kepala Thalia tertala ke arah pintu itu. Dan terus dia terpandang Tristan sedang keringkan rambut dengan tuala.
What the heck?!
Tristan?
Kenapa lelaki ni pulak?
Dia ada terlepas apa-apa ke lepas dikerjakan dengan Felix?
Tidak berkedip dari memandang Tristan, Thalia yang dalam keadaan melunjur itu hanya diam membatu.
Masalah apa lagi yang dia dah terlibat kali ni?
Perasan dirinya di perhatikan, Tristan turunkan tuala dari kepala lalu pandang ke katil dengan kening terangkat.
At last...bangun jugak sleeping beauty seorang ni. Tapi versi yang ini beauty yang berlebam sana sini dekat wajah."Hello there?"sapa Tristan yang berjalan mendekati tepi katil sebelum duduk di situ menghadap Thalia.
Mata Thalia masih bulat memandang Tristan. Dia sedang bingung tak tahu apa yang telah terjadi. Macam-macam soalan bermain dalam fikirannya.
Tristan angkat tangannya lalu ditekap ke dahi Thalia dengan bersahaja. Ingin pastikan demam Thalia sudah kebah atau belum.
Tapak tangan sejuk Tristan buatkan Thalia dengan refleks gerak jauhkan kepalanya dari dipegang.
Tindakan itu buatkan Tristan tersentak sikit. Dia pandang ke Thalia dengan renungan terasa. "Kenapa?"tak boleh ke dia sentuh?
"Sejuk."jawab Thalia dengan perlahan.
Tersengih Tristan selepas itu. Ingatkan apa tadi. "Yalah. Aku baru mandi..sejuk la."dia kembali menyentuh dahi Thalia lalu ditekap buat beberapa saat.
Kali ni Thalia tak mengelak. Dia hanya diam perhatikan Tristan yang tidak berbaju depannya. Tak terkejut sebab dia sering nampak Felix dan kawan-kawan berotot lelaki tu tak berbaju setiap kali lepak di rumah. Jadi melihat Tristan ianya bukan satu hal buatnya.
"Demam kau dah kebah. Patut la kau sedar." kata Tristan sambil turunkan tangannya dari dahi lalu tatap wajah pucat berlebam Thalia dengan perasaan bercampur baur. Dia jarang rasa serba salah dan kasihan pada sesiapa. Malah dia tak pernah berikan perhatian pada orang lain seperti yang dia sedang lakukan sekarang ni. Jadi semua ini baru buatnya.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" tanya Thalia sambil kerlingkan matanya ke sekeliling bilik tidur. Besar betul! Bilik tidur ke gudang?
Tristan diam sekejap masa perhatikan Thalia tengok-tengok biliknya. Dia cuba atur kata-katanya. Yang mana dia nak katakan dulu dan yang mana dulu dia hendak tanyakan.
Selepas puas, baru la Thalia pandang ke Tristan semula. Masa dia pandang, Tristan turut sedang memandang dia. Pada masa ini baru dia sedar yang betapa rapatnya kedudukan mereka ketika ini. Bila pulak mereka rapat macam ni?
"Semua tu tak penting. Apa yang penting kau dah sedar."kata Tristan tanpa alihkan matanya dari Thalia. Adakah Thalia spy Felix untuk perangkap dia? Atau Thalia hanya mangsa keadaan, dia masih tertanya-tanya.
"Dah berapa lama saya tak sedarkan diri kali ni?"Thalia angkat tangan kanannya lalu di bawa dekat ke dadanya lalu dipegang dengan kasih menggunakan tangan kirinya. Teringat dia apa yang Felix lakukan pada tangannya. Sampai hati Felix tuduh dia dan sakiti dia macam ni sekali.
Tristan berkerut kening. Dah kenapa tanya macam tu ."Tiga hari. Memangnya kau pernah tak sedarkan diri ke sebelum ni?"
Thalia tundukkan kepala ke bawah kerana di rundung pilu. Sampai bila dia nak rasa semua sakit ni."Ada...sebelum ni."Masa dia kena serang malam-malam hari tu. Tapi Desmond yang selamatkan dia. Dia tak sedarkan diri selama beberapa hari jugak gara-gara trauma dan juga kecederaan yang dialami.
"Bila?"Tristan tanya lagi sewaktu ikut tundukkan kepala nak pandang mata Thalia. Dia ada kecenderungan untuk pandang mata orang. Sebab mata itu yang akan beritahu dia sama ada orang itu jujur ketika berkata-kata atau sebaliknya.
Bersama air mata bertakung di kelopak mata, Thalia angkat kepala lalu pandang ke Tristan. "Tentang deal tu...awak masih pertimbangkannya ke?"tanya dia. Malas nak pertikaikan hal yang dah lepas. Lagipun semua dah terjadi. Maka tiada gunanya lagi dia ingatkan kembali.
Tristan pandang terkejut ke Thalia sebaik mendengarnya. "Kenapa?Kau setuju ke?"
Dia nak keluar dari sini secepat mungkin. So why not. Lagipun kalau lama-lama dia dekat sini. Mati la jawabnya. "Kalau saya setuju adakah saya dapat keluar dari bandar ni?"Thalia kerutkan keningnya. Berharap sangat Tristan akan tepati janji.
Tersenyum Tristan lepas mendengarnya. Alang-alang dah disorong bantal apa salahnya kan. "Sudah tentu."angguk dia.
"Kalau macam tu...saya tolong awak. Awak tolong saya." Abang ke tak abang, Felix tu bukan manusia lagi. Dah tak ada hati nurani dalam diri lelaki tu. Dari dia jadi mangsa pukulan lelaki tu sepanjang masa, baik dia lakukan sesuatu untuk selamatkan dirinya terlebih dahulu.
Tristan angkat tangan lalu pegang leher Thalia dengan perlahanlalu sandarkan dahinya ke dahi Thalia"Dengan berbesar hati dan berlapang dada aku menerimanya." beritahu dia sebelum senyum meleret.
YOU ARE READING
20. EXIT
ActionHidup terpenjara seperti banduan. Seperti sebuah Gotham City, di mana jenayah berleluasa, begitu la kehidupan manusia di sini. Hidup bergantung pada jenayah demi kelangsungan hidup. Dirantai dengan satu janji namun di bebaskan kerana setitis dara...