"Kamu sihat?"tanya Federico dengan suara serak sakitnya.
Tristan kerutkan kening tak faham. Memangnya ayahnya peduli dia sihat ke sakit. Selama ni tak pernah pun tanya dia. "Sihat."jawabnya dengan mendatar.
"Macam mana dengan urusan kamu?Adakah semuanya berjalan lancar?"
Mangkuk bubur yang ada di tangan di pandang Tristan buat seketika sebelum dia letakkannya ke atas almari sebelah katil tu lalu focus sepenuhnya ke Federico."Ada apa ni?Tuan nak saya lakukan sesuatu lagi ke soal urusan mafia?"tanya dia bernada jengkel. Disebabkan Alexander terlalu pengecut nak buat kerja jahat, dia la yang selalunya jadi mangsa urusan kerja Federico. Jadi tak hairan la kalau dia di panggil bila di perlukan. Kalau tak diperlukan kewujudan dia ni macam peduli tak peduli je!
Federico berdengus kecil lalu menggeleng kepala dengan perlahan-lahan. "Bukan."
"Dah tu?"gerutu Tristan.
"Ayah mahu sampaikan sesuatu kepada kamu. Dan ayah harap kamu sudi menerimanya dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Paling penting fahamkannya."ujar Federico dengan lemah.
Tristan diam. Dia hanya buat muka tak puas hati dengan kening mencerlung.
"Kamu tahu kenapa selama ni ayah tak pernah layan kamu baik seperti ayah layan Alexander?"
Sebab Federico sayangkan Alexander lebih dari dirinya yang hanya anak luar nikah. "Tak."cemberutnya.
Dengan lemah Federico capai tangan Tristan lalu digenggam dengan erat. "Ayah lakukan semua itu demi kebaikan kamu. Mahu ajar kamu menjadi kuat. Menjadi anak yang berani dan tidak takut."beritahunya.
Tristan pandang tangan yang digenggam oleh Federico sambil ,mengetap gigi erat-erat. Ikutkan hati dia mahu saja rentap tangannya dari terus di pegang. Tapi hati kecilnya beritahu, betapa rindunya dia pada kasih ayahnya ini. "Kenapa tuan lakukan semua tu sedangkan saya hanya la anak luar nikah saja."dia angkat matanya memandang wajah Federico Bersama dada berdenyut sakit kerana terasa.
"Sebenarnya anak luar nikahnya adalah Alexander. Dan kamu adalah anak kandung ayah. Ayah tukar identity kamu berdua untuk lindungi kamu Tristan. Masa tu musuh ayah ramai. Terlalu ramai yang mahukan kematian ayah dan juga waris ayah. Jadi menggunakan Alexander sebagai pengalih perhatian, maka tiada siapa peduli mahu apa-apakan kamu...ayah mahu ajar kamu kuat supaya tidak mudah goyah, kerana itu ayah tidak pernah berikan perhatian lebih kepada kamu dan berikan kamu tugas-tugas penting supaya kamu tahu uruskannya pada suatu masanya nanti...dan lihat la hasilnya sekarang. Kamu bukan saja jadi anak yang hebat. malah matang dalam mengendali masalah."Mata Federico berkaca saat dia tenung wajah Tristan.
Tergamam terus Tristan. Rasa ibarat dirinya baru di tampar, Tristan pandang Federico dengan mata kemerahan mahu menangis. Apa dia?Betapa luluhnya perasaannya sekarang ini.
"Ayah tahu ayah bersikap kejam terhadap kamu selama 27 tahun kamu hidup Bersama ayah. Tapi percaya la nak...ayah buat begitu kerana ayah sayangkan kamu. Memandangkan ayah sendiri sudah sakit dan bila-bila masa saja akan pergi tinggalkan dunia ni. Alexander minta ayah jelaskan kepada kamu semua ini sementara masih sempat. Maafkan ayah Tristan. Ayah terlalu sayangkan kamu...kerana itu ayah letakkan semuanya pada Alexander termasuk ganti tempat ayah supaya kamu kekal selamat sampai bila-bila"mengalirla air mata dari tepi mata tu ke pipi berkedut lagikan sudah berusia itu.
Menggigil bibir Tristan kerana menahan sebaknya. Jadi selama ni...ayahnya hanya mahu melindungi dirinya. Sementara dia membencikan lelaki yang dia anggap sebagai musuhnya sendiri. Bertahun lamanya dia pendam rasa benci ni...baru sekarang ayahnya ceritakan hal ini padanya. Derhakanya dirinya ini pada orang tuanya.
"Maafkan ayah Tristan. Sungguh ayah mahu jadikan kamu sebagai pewaris ayah. Tapi ayah takut sekiranya keputusan ayah akan letakkan diri kamu dalam bahaya lagi-lagi Felix yang sekarang sedang menyebarkan kuasanya dan mahu ambil alih posisi Legasi Federico sebagai Pemimpin Utama. Jika hal tu terjadi, maka seluruh rakyat dalam bandar ini akan terseksa dan menderita."beritahu Federico lagi.
Tristan tatap wajah Federico dengan renungan redup dan perasaan hormat yang menggunung di dalam dada. "Tuan jangan risau. Saya akan lakukan yang terbaik untuk lindungi legasi ni dan jugak penduduk bandar ni"lafaznya sambil tepuk tangan tu.
Tersenyum lega Federico setelah itu. "Tak boleh ke kamu panggil ayah, dengan panggilan ayah. Ayah mahu mendengarnya."
Air mata yang dia cuba kawal mula mengancam mahu keluar. Namun dia kuatkan juga dirinya supaya tidak menangis di depan Federico. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa remuk redam hatinya saat ini, disaat ayahnya sedang nazak. baru sekarang dia sedar yang dia telah bencikan ayahnya hingga teringin mahu membunuhnya. Inikan lagi mahu memanggil sebutan 'ayah' sudah cukup menyeksakan dia. Kerana selama ini Federico larang dia panggil dengan panggilan 'ayah'.
Dia tak kuat lagi! Dia tak mampu lafazkan kata-kata itu. "Sudah lewat. Saya balik dulu. Selamat berehat tuan."pamit Tristan lekas-lekas kerana air mata dia sudah mahu tumpah dari empangannya!
Federico pandang terkilan ke belakang Tristan sewaktu anaknya bergegas keluar dari situ. Nampaknya, Tristan tidak maafkan dirinya. Apakan daya, memang sudah salahnya. Dengan lemah, Federico memejam matanya sambil berkerut kening menahan sakit.
Tertutup saja pintu itu, Tristan berdiri dekat situ Bersama nafas naik turun mula hendak menangis. Sakitnya rasa dekat dadanya sekarang ni!
"Tristan.."panggil Alexander dekat tepi. Dia dekati Tristan dengan reaksi ambil berat.
Kepala Tristan berpaling laju ke Alexander sewaktu air mata mula mengalir turun ke pipinya. Habis! Mesti dia akan diketawakan dengan ALexander.
"Ayah dah beritahu kau?"soal Alexander dengan mimic muka ikut bersedih.
Tersekat-sekat hendak bernafas kerana kesedihan, Tristan pandang tak percaya ke Alexander. "Kenapa?Kenapa baru sekarang...kenapa kau buat aku macam ni!"marahnya dengan linangan air mata kecewanya. Dia sedih sangat sebab terasa seperti dikhianati!
"Maafkan aku...ianya permintaan ayah sendiri. Kau sendiri tahu yang dia sakit tenat. Aku tak sanggup nak tolak permintaan dia."Alexander pegang bahu Tristan. "Maafkan la dia...sungguh dia sendiri ikut terluka sewaktu kau bersedih atau bersendirian."
Tristan kepalan penumbuk di kedua-dua tangan saat pandang berang ke Alexander. "Aku akan maafkan dia lepas aku selesaikan semua ni. Jadi beritahu dia. Jangan mati dulu selagi aku tak datang."pesannya.
Alexander pandang sedih ke Tristan. "Aku akan pastikan."dia tak janji. Sebab keadaan Federico sekarang sangat la tenat. Dan dia harap Tristan selesaikan semuanya secepat mungkin. "Tolong cepat."
Tristan seka air mata dari pipi dengan marah lalu bergerak merentasi koridor tersebut Bersama langkah marah dan nekadnya. Dia akan hapuskan mereka yang cuba intip dia dan juga Felix yang hanya bawa bala pada bandar ini!
YOU ARE READING
20. EXIT
ActionHidup terpenjara seperti banduan. Seperti sebuah Gotham City, di mana jenayah berleluasa, begitu la kehidupan manusia di sini. Hidup bergantung pada jenayah demi kelangsungan hidup. Dirantai dengan satu janji namun di bebaskan kerana setitis dara...