Sambil terbatuk-batuk dia bangun dari perbaringannya lalu turunkan kaki dari katil sebelum duduk di situ dengan kepala tertunduk ke bawah.
Haih!
Tak pasal-pasal demam pulak.
Rasanya semalam elok je.
Ini demam sebab penat atau sebab rindu ni?
Seluruh badannya sakit-sakit. Kepala dia pening. Tekaknya kesat seperti baru digosok dengan kertas pasir. Matanya berdenyut-denyut sakit.
Dah dua hari dia rasa semua ni, tapi hari ni makin teruk pulak rasanya. Tambah teruk kan lagi keadaan dia adalah wajah Tristan saja yang bermain dalam fikirannya. Sejak temui Tristan, hanya nana ini saja yang sentiasa di sebut dalam hatinya.
Thalia angkat kepalanya sambil menguak rambutnya ke belakang dengan mata terpejam dan mengerutkan kening menahan rasa sakit yang sedang dirasai.
Semalam Thalia mintak makan, tapi tak ada siapa hantarkan makanan untuk dia. Selain tu Teresa langsung tak benarkan dia temui Felix untuk ceritakan apa yang dirasai olehnya. Nak mintak Felix berikan dia ubat atau berikan dia rawatan.
Ini tidak,Teresa gedik terlebih hormone tu malah kurung dia dalam bilik ni dalam keadaan berlapar dan dahaga. Sampaikan oleh kerana terlalu terdesak, Thalia minum air dari pili air mentah bilik airnya. Hanya itu saja yang buatkan dia bertahan sehingga sekarang.
Tapi semua tu tak bantu dirinya sama sekali. Tak larat nak tahan semua ni sendiri, dia gagahkan dirinya jugak.
"Uhuk!Uhuk!"batuk Thalia sambil bangun dari situ dan gerak untuk ke pintu biliknya. Sampai saja di situ, Thalia sandarkan kepalanya ke permukaan pintu itu, tak larat dah nak berdiri tegak. Dia pun angkat tangan lalu diketuk permukaan pintu tu beberapa kali. Harap-harap ada yang dengar dan datang menjenguknya.
Knock!
Knock!
Knock!
Diketuk pintu tu beberapa kali dengan sisa tenaga yang ada. Namun tak lama pun. Beberapa kali cuba mengetuk, Thalia perlahan-lahan melurut jatuh ke lantai lalu bersandar pada dinding sebelah pintu.
Alangkah baiknya kalau Tristan ada di sini. Mungkin keadaan dia takkan la sederita macam ni.
Kepala Thalia terlentok ke bahu kiri apabila dia mula hendak tidak sedarkan diri. Nafasnya naik turun tidak menentu kerana sakit dan demam yang dihadapinya.
Sambil berkerut kening, Thalia lafaz dengan perlahan dari balik nafasnya. "Mana awak Tristan..."mintanya dengan terdesak. Dia mahukan Tristan. Dia mahu lelaki tu peluk dia dan bisik pada dia semuanya akan vaik-baik saja.
Klik!
Masa itu la pintu bilik itu terbuka ke dalam dengan perlahan. Mulanya ia dikuak kecil saja, sekali tidak semena pintu itu terbuka luas dan ada yang melutut di sebelah Thalia.
"Thalia..."sapa suara tu sayup ke gegendang telinga Thalia.
Dia yang baru nak terlelap perlahan-lahan buka kelopak matanya yang berat seperti di magnet, lantas terpandang sepasang mata lalu wajah tu.
Serius?Dia tak mimpi kan?Sebak dia dibuatnya. Magik apa?Macam tahu-tahu je. "Tristan.."sebutnya dengan perlahan.
"Ya...sorry sebab lambat."Trista tekap pipi Thalia dengan tangan kanannya. Lalu merasa betaoa bahangnya suhu badan Thalia sekarang ni. Apa la yang Felix dah buat pada Thalia ni? Takkan jaga adik seorang pun tak boleh.
"Awak...tolong saya.."rengek Thalia yang cuba tolak dirinya dari dinding dan mahu dapatkan lelaki di depannya tapi dia tak larat sangat sekarang ni.
"Ya...jom kita balik. Tugas kau dah selesai dekat sini."Tristan cempung badan Thalia gaya pengantin dengan mudah lalu berdiri dari situ.
Thalia rehatkan kepalanya ke ceruk lehet Tristan dan terlena serta merta dalam pelukan itu.
Keluar saja dari bilik itu, dua orang lelaki yang berkawal dekat situ beri isyarat pada Tristan untuk ikut mereka ke laluan rahsia untuk keluar dari situ tanpa di lihat dan di kesan sesiapa. Sementara Cctv yang ada di situ telah pun diuruskan oleh lelaki ketiga yang lain.
Dekat beberapa minit berjalan menyusuri laluan rahsia dan mengelak dari dilohat orang, akhirnya Tristan keluar dari kawasan gudang tersebut dengan selamat.
Dan di luar gudang itu tersedianya kenderaan buat mereka untuk loloskan diri dari situ tanpa dikesan atau diketahui oleh sesiapa.
YOU ARE READING
20. EXIT
ActionHidup terpenjara seperti banduan. Seperti sebuah Gotham City, di mana jenayah berleluasa, begitu la kehidupan manusia di sini. Hidup bergantung pada jenayah demi kelangsungan hidup. Dirantai dengan satu janji namun di bebaskan kerana setitis dara...