TWO

1K 141 17
                                    


OWT

"Hyung jangan tipu aku!" Marah Vernon tidak terima sebaik sahaja Seungcheol berkata tentang penyakitnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hyung jangan tipu aku!" Marah Vernon tidak terima sebaik sahaja Seungcheol berkata tentang penyakitnya.

"Hyung... Mianhae..." Minghao berkata dengan nada perlahan. Seungcheol tersenyum lembut. Tangannya diangkat untuk mengusap kepala Minghao.

Tanpa secebis perasaan benci, leader Seventeen tersebut masih boleh tersenyum sambil menuturkan satu perkataan yang mampu membuatkan minghao menyesal terhadap layanannya pada Seungcheol selama ini.

"Tak apa."

"Dah pergi tidur. Dah pukul 11 malam ni. Nanti Jeonghan marah pulak." Vernon dan Minghao mengangguk sebelum mengatur langkah keluar dari bilik Seungcheol secara perlahan.

Takut jika ada yang mengetahui mereka masuk ke dalam bilik Seungcheol malam-malam begini.

Sebaik sahaja kelibat Vernon dan Minghao hilang dari pandangan, Seungcheol langsung menyandarkan kepalanya pada bedrest. Pelbagai kemungkinan negatif tadi terus masuk ke dalam kepalanya.

Akankah dia dibenci jika suatu hari nanti penyakitnya diketahui oleh mereka semua?

***

Suasana di dalam practice room tersebut sangat bising. Tidak hairan memandangkan Seventeen beranggotakan tiga belas orang.

Namun, dalam kedua belas lelaki yang sedang bergelak ketawa tersebut, ada tiga di antara mereka yang duduk menyendiri namun berhampiran dengan leader mereka merangkap hyung tertua Seventeen.

Siapa lagi jika bukan Seungcheol.

*

Minghao tersentak saat Junhui mengambil tempat duduk bersebelahan denganku. Minghao mengeluh.

"Hey, kenapa ni?" Tanya Junhui dalam bahasa cina.

Minghao mengeluh sekali lagi.

"Apa perasaan hyung kalau hyung bencikan seseorang tu sampai seksa dia, tapi suatu hari hyung dapat tahu yang dia ada penyakit yang membawa kepada maut?" Tanya Minghao Turut membalas dalam bahasa cina. Sengaja ingin mendengar balasan Junhui.

"Mesti la menyesal." Ujar Junhui sarkastik. Minghao tersenyum sinis.

"Kalau macam tu, tak lama lagi hyung akan rasa perasaan tu." Minghao bingkas berdiri dan melangkah menghampiri Jeonghan yang sedang memarahi Seungcheol tanpa menghiraukan tatapan terkejut milik Junhui.

***

"Kau ni menyusahkan betul la! Tak berguna langsung jadi manusia!!" Tengking Jeonghan pada Seungcheol tanpa sebab.

"Minghao! Sini cepat!" Panggil Jeonghan kepada Minghao yang sedari tadi hanya memerhati.

Air minuman diberikan kepada Minghao bersama senyuman lebar.

"Simbah air pada dia." Arah Jeonghan.

Minghao terkebil-kebil.

"Nae?"

Jeonghan berdecih.

"Minghao kenapa? Nak bela dia juga ke?"

Dengan pantas Minghao menggeleng saat mendengar nada suara lembut tapi menyeramkan milik Jeonghan tersebut.

"Aniya Jeonghan hyung..."

Minghao lantas duduk mencangkung di hadapan Seungcheol. Air minuman tersebut diangkat. Sempat dia menatap ke arah Seungcheol.

"Maaf hyung..." Perlahan sahaja minghao menuturkan ayat tersebut.

"Tak apa..." Seungcheol turut berkata perlahan dan memberi isyarat supaya Minghao boleh menuangkan air tersebut ke atas tubuhnya.

Minghao terus sahaja mencurah air tersebut ke atas tubuh Seungcheol dan gelak ketawa ahli Seventeen yang lain mula bergema kecuali dirinya dan Vernon.

Seungcheol hanya tersenyum tipis.

Minghao menundukkan kepalanya. Entah kenapa, dihatinya terbit rasa sakit saat melihat hyung tertuanya itu.

"Kau kenapa Hao? Kesiankan dia?" Tanya Wonwoo.

Minghao dengan pantas berdiri dan tersenyum sinis.

"Memang tak lah. Layak mampus je dia ni." Ujar Minghao. Seventeen turut tersenyum sebelum mereka semua melangkah keluar dari practice room kecuali Minghao, Vernon dan Seungcheol.

"Maaf hyung.."

Vernon menghampiri Minghao yang sedang melutut di hadapan seungcheol itu. Seungcheol menepuk bahu Minghao.

"Tak apa. Hao kan cuma acting depan Seventeen." Seungcheol berkata lembut.

***

— Revision date: 22 February 2023
- Revision date: 1 May 2024
- Revision/Edited date: 2 Jun 2024

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now