☞ TWENTY : ENDING ☜

922 110 18
                                    

YTNEWT

Seventeen memandang sayu sosok yang sedang terbaring lemah di atas katil bersama alat bantuan pernafasan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seventeen memandang sayu sosok yang sedang terbaring lemah di atas katil bersama alat bantuan pernafasan itu.

Ketika mereka sedang berpelukan di pantai dua hari lepas, tiba-tiba sahaja Seungcheol sesak nafas dan terus tidak sedarkan diri selam dua hari berturut-turut.

Jeonghan duduk di atas kerusi yang tersedia di samping katil. Tangan leader Seventeen itu digenggamnya erat.

Air matanya bertakung mengingati kata-kata doktor kim tadi.

"Dia mungkin takkan bangun lagi. Dia hanya menunggu masa untuk pergi. Dan kamu semua perlu lepaskan dia. Supaya dia tenang di sisi tuhan."


Jeonghan merenung setiap inci wajah Seungcheol.


Masih dia ingat,

Wajah ini lah yang bekerja keras demi Seventeen.

Wajah ini juga lah yang selalu dia tatap setiap hari supaya perasaan bencinya hilang.

Dan,

Wajah ini juga yang membuatnya tenang ketika dia stress.

Jeonghan beralih untuk menatap adik-adiknya. Kesemua ahli Seventeen turut menatapnya. Sementara Soonyoung dan Minghao pergi membeli makanan, mereka lebih dahulu masuk ke dalam wad Seungcheol.

Soonyoung dan Minghao juga belum tahu tentang apa yang dikatakan doktor kim tadi.

"Cheol ah, terima kasih atas segalanya. Kau kawan, leader, hyung yang paling terbaik yang aku pernah ada."

Jeonghan menarik nafas sebelum menghembusnya. Bibirnya bergetar menahan tangisan.

"A-aku.. lepaskan kau pergi.. Cheol. Aku lepaskan kau pergi. P-pergi la. Tenang la..."

Setelah mereka semua berbincang, akhirnya kesemua mereka setuju untuk melepaskan seungcheol pergi.

Tittttttt.......

Dan tepat saat itu juga Soonyoung dan Minghao masuk ke dalam wad. Seventeen menangis kencang.

Membuatkan Soonyoung dan Minghao terpaku.

Makanan yang dipegang Soonyoung tadi jatuh ke atas lantai sehingga bertaburan.

"Hyung.. Hyung! Hyung andwae! Aniya!!" Jerit Soonyoung seraya menggoncangkan tubuh Seungcheol.

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now