TWELVE

709 105 11
                                    

Sila pilih sad or happy ending

↱comment here↲

EVLEWT

Menyesal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Menyesal.

Sungguh produser bertubuh kecil itu menyesal dengan kata-katanya yang telah ia tuju pada leader mereka.

Pen yang ia pegang sedari tadi diletakkan kembali ke atas meja. Sudah hampir enam jam dia terperap di dalam studio persendirian miliknya.

Jika Seventeen pergi melawat Seungcheol di hospital, berbeza pula dengan lelaki ini.

Dia masih menyesal dengan kata-katanya tempoh hari sehingga dia berasa takut ingin bertemu dengan lelaki yang sudah ia anggap hyung itu.

Matanya melirik ke arah jam.

23:30 KST

Pergi atau stay?

Dan dia memilih pergi. Jaket yang terletak di atas sofa diambilnya sebelum dia keluar dari studionya.

Menuju sebuah tempat yang hanya dia sahaja yang tahu ke mana.

***

Seungcheol termenung.

Jujur saja, dia tidak marah dengan kata-kata Jihoon tempoh hari. Cuma dia tersentak.

Tapi jujur saja dia sudah memaafkan lelaki itu.

Mengingati wajah comel lelaki itu membuatkan Seungcheol tersenyum.

Namun dia sedikit sedih kerana tadi ketika Seventeen melawatnya, Jihoon tidak datang bersama.

Cklek!

Serentak dengan itu dia dengan pantas menoleh ke arah pintu wadnya yang dibuka oleh luar. Seorang lelaki masuk ke dalam.

"Hyung."

Seungcheol tersenyum nipis. Ternyata lelaki itu datang biarpun hari sudah lewat.

"Jihoon..."

Lelaki yang merupakan Jihoon itu duduk di atas katil berhadapan dengan seungcheol. Tangannya menggenggam erat tangan seungcheol.

"Hyung, maaf." Lirihnya perlahan.

Seungcheol yang mendengar hanya tersenyum.

"Tak apa."

Jihoon menundukkan kepalanya saat lirihan bernada lemah itu menyapa gegendang telinganya.

Kenapa dia paksa diri dia dalam waktu macam ni?

"Hyung, boleh janji sesuatu dengan Ji tak?" Tanya Jihoon. Menatap tepat ke arah mata lelaki itu.

Lelaki yang dalam keadaan lemah dan tidak baik-baik sahaja.

"Apa?" Tanya Seungcheol kembali.

"Janji takkan tinggalkan Ji. Takkan tinggalkan Seventeen. Ji sayang hyung.. sangat."

Seungcheol terdiam.

Janji?

"Ok." Jihoon mengangkat kepalanya bersama sebuah senyuman.

"Hyung, dah lewat. Hyung rehat la. Ji balik dulu nanti Jeonghan hyung marah."

Seungcheol mengangguk.

***

Seungcheol tersenyum tipis.

Mungkin Jihoon tidak menyedari jawapannya tadi.

Janji?

Tak. Dia tidak berjanji. Sebaliknya dia menjawab,

Ok.

Jihoon tidak menyedari itu. Kerana lelaki berbadan kecil itu terlalu larut dalam suasana malam bersama leader Seventeen itu.

Tetapi tidak dengan Seungcheol,

Fikirannya penuh dengan Seventeen. Dan langsung tidak berharap banyak pada janji yang Jihoon katakan.

Kerana dia sedar,

Kansernya sudah berada di tahap terakhir atau lebih tepatnya tahap kritikal yang sudah tiada penawarnya.

***


Jeonghan duduk di atas kerusi meja makan dapur itu bersama secawan coklat panas yang baru sahaja dibuatnya tadi.

Fikirannya melayang pada Seungcheol.

Tolong la cakap semua ni hanya mimpi. Tolong..

Dia memang terlihat kuat di hadapan Seungcheol dan yang lain. Tetapi dia sangat rapuh jika bersendirian.

Dia takkan tinggalkan Seventeen. Kan?

Tolong..


༺═──────────────═

ArinSwag's Note ;

Haluu gais....

Enjoy^^

Credit cover : infiresprite

- Revision & Edited on June 2, 2024

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now