FIFTEEN

684 100 3
                                    

NEETFIF

Seungkwan berdiri di atas kaki lima jalan itu pada waktu yang boleh dikatakan sudah lewat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seungkwan berdiri di atas kaki lima jalan itu pada waktu yang boleh dikatakan sudah lewat.

Waktu sudah menginjak 1:45 KST, namun dirinya masih setia berdiri di situ. Bersama air hujan yang membasahi tubuhnya.

Tidak peduli dengan badannya yang mungkin akan jatuh sakit kerana terkena air hujan, dia masih setia berdiri di situ.

Sendirian.

Bersama hati yang perih setelah mendengar satu kenyataan yang menyakitkan.

Sepasang tangan memeluknya dari belakang. Tidak dihiraukan siapa gerangan yang memeluknya itu, dia hanya setia berdiri di tengah-tengah air hujan bersama air mata tangisan yang turut jatuh.

Air mata kesedihan yang kini bersatu dengan air hujan.

Kepalanya menunduk ke bawah.

Gerangan yang memeluknya tadi turut menangis. Seperti seungkwan. Menangis kerana sedih untuk pertama kalinya.

"Hansol ah..." Lirih Seungkwan. Memanggil nama sang gerangan yang memeluknya itu.

Tidak menjawab, sebaliknya Hansol terus memeluk Seungkwan erat. Tidak peduli jika tertangkap dispatch sekalipun.

Yang penting, dia mahu melepaskan segalanya. Dia penat, penat dengan hidupnya yang mungkin bakal kehilangan seseorang yang sangat disayanginya.

"Kenapa Seungcheol hyung yang sakit?" Seungkwan melanjutkan lirihannya.

"Kenapa bukan orang lain?" Bahu Seungkwan bergetar. Lelaki itu menangis dengan kuat.

Dia tidak mampu menahan perasaannya. Kerana dia memang berasal daripada seseorang yang berhati tisu. Mudah menangis dan tersentuh.

Tidak jauh berbeza dengan Seungkwan, Hansol turut menangis kuat di belakang seungkwan.

Seungkwan memusingkan badannya. Menatap lelaki yang seumuran dengannya itu bersama tangisan.

"Seungcheol hyung takkan pergi kan? Dia takkan pergi kan? Jawab aku Hansol-ah... Dia takkan pergi kan? Dia takkan tinggalkan Seventeen kan? Dia tak boleh pergi..."

Hansol kembali memeluk Seungkwan. Biarlah image coolnya yang selalu menjadi kebanggan para Carat hancur saat ini.

Biar la jika dispatch mahu menyebarkan kata-kata buruk tentangnya sekalipun.

Yang Hansol tahu untuk saat ini,

Dia hanya mahu lepaskan semua ni. Dia sudah tak sanggup untuk menahan.

Pedih.

Sangat pedih saat mengetahui hyung yang dia sayang bakal pergi.

Jika dulu dia hanya menganggap ianya sebuah mimpi, kini tidak lagi. Kini Hansol hanya mampu berharap jika masa boleh diputarkan kembali.

Dia mahu kembali ke masa tiga tahun lalu. Di mana kesemua ahli Seventeen masih belum membenci leader mereka.

Apa yang mengakibatkan Seungcheol dibenci?

Sebuah kesalahfahaman yang membuatkan hubungan persahabatan mereka hancur.

"Hyung! Kau cakap apa?! Kau malu dengan kitorang?! Jawab sekarang hyung!"

"Apa korang mengarut ni? Sejak bila? Aku cuma cakap malu dengan perangai korang. Korang salah fa"

"Berhenti hyung! Kalau malu kenapa relakan diri jadi leader kitorang? Cepat jawab!"

"..."

Sekilas memori tentang tiga tahun lepas kembali hinggap di fikiran Hansol dan Seungkwan.

Kedua mereka rapuh saat memori itu kembali mereka ingati.

"Seungcheol hyung mianhae... Hiks... Mianhae... Kwan minta maaf... Hyung jebal jangan pergi... Kwan tak nak hyung pergi... Nanti kwan nak bergurau dengan siapa?"

Lirihan bersela tangisan milik Seungkwan membuatkan Hansol hanya diam mendengarnya.


Di sebalik kejadian itu, di tingkat atas banguna hospital. Seungcheol memerhatikan mereka berdua.

Biarpun tidak mendengar apa yang mereka katakan, dia cukup pasti jika mereka berdua menangisinya.

Air matanya jatuh.

"Adakah awak malu dengan mereka?" Salah seorang reporter bertanya pada seungcheol.

"Kadang-kadang saya malu tampil di pentas bersama mereka. Kerana saya rasa tak layak." Ujar seungcheol bersama sebuah senyuman.

Dia bermaksud lain. Namun seventeen memahaminya lain.

Raut wajah Seventeen seketika berubah menjadi muram.

Ketika di dorm,

Kesemua mereka mula menjerit memarahi Seungcheol. Bertanya pada lelaki itu jika lelaki itu benar-benar malu dengan mereka.

"Hyung! Kau cakap apa?! Kau malu dengan kitorang hyung?! Jawab sekarang hyung!" Jerit Jihoon padanya.

"Apa korang mengerut ni? Sejak bila? Aku cuma cakap malu dengan perangai korang. Korang salah fa–"

"Berhenti hyung! Kalau malu kenapa relakan diri jadi leader kitorang? Cepat jawab!"

"..."

"aku salah cakap ke?"

Dan segalanya bermula sejak tiga tahun lepas.

Hanya disebabkan sebuah kesalah fahaman, persahabatan yang mereka bina sejak sepuluh tahun lepas hancur begitu sahaja.

Seungcheol tersedar dari lamunannya setelah melihat doktor kim masuk menghampirinya bersama raut wajah yang boleh dikatakan putus asa.

"Maaf, kami baru tahu lepas memerika DNA darah awak. Kanser awak sama sekali tidak tersabit dengan keturunan sebaliknya mungkin awak pernah kemalangan ketika kecil yang mengakibatkan kanser ni muncul."


༺═──────────────═

ArinSwag's Note ;

Hari ni tarikh last fanfic ni. And last kita berjumpa untuk bulan ini. Adios!

Enjoy! ^^

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now