SIX

950 125 11
                                    

XIS

Suasana di dalam practice room yang tegang kerana masing-masing sedang serius itu mula bertukar heboh setelah Soonyoung tiba-tiba sahaja terjatuh saat menari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di dalam practice room yang tegang kerana masing-masing sedang serius itu mula bertukar heboh setelah Soonyoung tiba-tiba sahaja terjatuh saat menari.

"Soonyoung-ah! Ok tak?!"

Soonyoung meringis kesakitan saat merasakan kesakitan yang amat di bahagian kakinya.

"Panggil manager hyung cepat!!"

Jeonghan menggapai telefonnya yang terletak di dalam beg. Usai menelefon manager, dia melihat Seungcheol yang sedang duduk di atas sofa sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

"kenapa sekarang? Tolong jangan sekarang. Tolong lah. Sekarang bukan masa yang sesuai." Getus hati Seungcheol sambil mencengkam erat dadanya yang tiba-tiba sahaja terasa sesak.

Jeonghan dengan pantas menghampiri Seungcheol yang kelihatan mencurigakan di matanya.

Makin dekat, makin dia lihat jika Seungcheol sedang mencengkam dadanya membuatkan dahi Jeonghan berkerut.

"Hei, kenapa?" Jeonghan menyentuh bahu Seungcheol perlahan. Berniat ingin menegur kelakuan si leader namun lain jadinya apabila–

"Seungcheol-a!"

–Seungcheol tiba-tiba sahaja pengsan bersama darah yang keluar dari hidungnya.

Serentak dengan itu kesemua member Seventeen memandang mereka berdua sebelum kesemua mereka terkejut.

"Hyung/Cheol!!"

Pintu practice room itu dibuka dan memperlihatkan raut wajah khawatir milik manager mereka.

"Kenapa dengan Seungcheol?" Tanya manager Kim terkejut sekaligus panik.

"Tak tahu!" Jeonghan menjawab panik.

"Cepat! Saya bawa pergi hospital."

***

"Cheol ah.. bangun la.." Suara yang mendayu itu membuatkan Seungcheol terbangun.

Dia memandang sekeliling yang baginya 'lain' sebelum matanya memandang satu sosok tubuh dihadapannya.

"Noona..." Lirihnya perlahan. Sosok yang dipanggil 'noona' olehnya itu tersenyum sambil menatap wajah Seungcheol.

Pipi Seungcheol dielusnya perlahan.

"Noona rindu Cheol sangat-sangat. Kenapa Cheol dah tak jenguk noona hm?" Kakaknya, Choi Seungyeon menatap adiknya dengan tatapan sedih.

Dia, Choi Seungyeon.

Kakak Seungcheol yang telah meninggal tiga tahun lepas akibat penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan.

"Maaf noona." Cheol menatap Seungyeon dengan tatapan sedih.

"Cheol. Tunggu sini kejap ok? Noona nak tunjukkan sesuatu dekat Cheol." Seungcheol mengangguk pantas.

Dia menatap sekelilingnya.

Taman bunga yang penuh dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang membuatkan Seungcheol terpegun kerana terpesona.

"Kau!!"

Seungcheol tersentak.

Satu sosok tubuh bersama bayang-bayang hitam kelam menjerit ke arah dirinya membuatkan mulut Seungcheol bagaikan terkunci.

"Kau patut mati!! Orang yang masuk ke alam ni patut mati!!" Jerit sosok tersebut histeria. Tidak lupa juga dengan bayang-bayang tersebut yang kini bagaikan menatapnya sinis.

"Noona... Noona dekat mana? Cepat.. Cheol takut...." Getus hati Seungcheol gelisah.

Sosok tersebut semakin dekat sehingga membuatkan Seungcheol bingkas berdiri dan melangkah mundur setapak demi setapak.

Namun, takdir berkata lain.

Sosok tersebut lebih pantas daripadanya dan bergerak mencekik leher Seungcheol kuat membuatkan dadanya sesak kerana tidak dapat bernafas.

"Tak. Tolong jangan. Uhuk! A-aku tak nak....uhuk! Noo-noona!....uhuk!"

Cengkaman pada lehernya dikuatkan membuatkan Seunggheol sesak.

"Let me breath. Even for once." Getus hatinya sebelum kakaknya datang menyelamatkannya.

"Apa yang kakak nak tunjuk pada Cheol ialah,

Dunia."

Dan itulah ayat terakhir yang Seungcheol dengar sebelum kelopak matanya tertutup dan digantikan dengan pemandangan hitam kelam.

***

Bunyi mesin detak jantung jelas kedengaran di dalam wad VVIP yang menempatkan Seungcheol.

Namun,

Esak tangisan turut terdengar dengan jelas.

Esak tangisan kesedihan. Bukan kegembiraan melainkan kesedihan yang terlalu menyakitkan.

🍁 T
🍁 B
🍁 C

— Revision On March 22, 2022
- Revision On May 1, 2024
- Revision & Edited on June 2, 2024

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now