SIXTEEN

683 99 0
                                    

NEETXIS

NEETXIS

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Chan melihat pintu dorm yang tadinya ditutup oleh Jeonghan dari luar.

Kini, hanya dia seorang sahaja yang ada di dorm memandangkan Seventeen kini sibuk dengan jadual shooting masing-masing.

Kakinya melangkah ke sebuah bilik. Bilik berpintu putih yang merupakan warna suci. Sesuci hati penghuni bilik tersebut.

Pintu tersebut dibuka olehnya. Aroma penghuni bilik itu membuatkan dia seketika sebak.

Dia menapak menghampiri katil yang bercadar merah itu dan duduk di atasnya.

Bilik itu mempunyai tingkap yang besar di samping membuatkan Chan seketika tersenyum kecil.

Suasana di luar sungguh tenang memandangkan sekarang waktu kerja. Namun, matanya tertancap pada sebuah buku berkulit merah yang terletak di atas meja.

Dengan pantas dia menghampiri meja tersebut dan membuka buku tersebut.

Dear, member-deul
July 12, 20xx

Aku tahu korang mungkin akan baca jugak buku ni suatu hari nanti even aku tak tahu bila.

Well, aku harap sangat nanti kita akan stay together hingga tua. Tentang tiga tahun lepas, korang salah faham.

Sebenarnya, tentang tiga tahun lepas tu, waktu tu aku cakap aku malu dengan perangai korang kan? But mungkin korang salah.

Aku cakap, "aku malu tampil atas pentas dengan korang. Rasa tak layak."

Bukan itu maksud aku. Maksud aku,

Aku rasa tak layak untuk tampil dengan korang yang rata-ratanya semua hebat-hebat.

Hannie, Shua, Junie, Soonyoungie, Wonu, Jihoonie, Seokminie, Mingyu-ie, Minghao, Kwannie, Hansolie dan Channie.

Mianhae kalau suatu hari nanti aku terpaksa pergi. Aku pernah janji untuk jaga korang semua sepenuh hati aku.

Jangan rasa bersalah.
Jangan menangis sebab aku.
Jangan sedih lepas aku pergi.

Jaga diri korang sendiri nanti. Sebab aku mungkin dah tak ada untuk membebel pada korang.

Nanti korang dah takkan dengar aku membebel pada korang.
Korang takkan jumpa aku lagi.
Korang mungkin akan lupa siapa nama Choi Seungcheol.

Ani. Jangan menangis. Itu pesan aku. Teruskan karier korang semua.

Saranghae.

Chan teresak di situ juga bersama tangan yang menggenggam helaian muka surat buku tersebut.

Ayat yang berasal dari sebuah kata-kata yang kini hanya mampu dia baca daripada mendengar langsung daripada tuannya sendiri.

Chan sedar, dia sekarang berada di dalam bilik Seungcheol. Bilik itu masih mempunyai aroma bau Seungcheol biarpun lelaki itu telah ditahan wad selama hampir dua minggu.

Tidak terasa sudah dua minggu mereka berlatih tanpa leader di sisi.

Jika dulu, mereka hiraukan kehadiran leader.

Tapi sekarang,

Tanpa leader di sisi saja membuat mereka sedar betapa ruginya mereka menghiraukan kehadiran leader disisi mereka selama tiga tahun berturut-turut.

Cklek!

Chan menoleh saat terdengar bunyi pintu bilik yang dibuka. Dan matanya membulat saat melihat gerangan di hadapannya itu.

"Jangan menangis. Adik hyung tak boleh menangis. Adik hyung seorang ni penting."

Gerangan itu menyeka air mata Chan sebelum badannya direngkuh oleh Chan.

"Cheol hyung.. kenapa hyung ada dekat sini?" Tanya Chan tidak percaya. Matanya merenung wajah Seungcheol di hadapannya dengan bingung sekaligus terkejut.

Benar, matanya sedang tidak menipunya.

Di hadapannya sekarang benar-benar Seungcheol. Leader merangkap penghuni bilik yang dimasuki olehnya.

"Sebab hyung tahu seseorang akan masuk ke dalam bilik hyung, jadi hyung balik untuk lihat segalanya untuk kali yang terakhir."


༺═──────────────═

ArinSwag's Note ;

Scene para members svt dah habis. Get ready for seventeen n seungcheol moments, throwback chapter, and important one! Ending n epilog!

Enjoy! ^^


- Revision & Edited on June 2, 2024

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now