FIVE

963 121 8
                                    

EVIF

"Brain cancer awak dah sampai ke tahap 3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Brain cancer awak dah sampai ke tahap 3. Saya mohon awak buat pembedahan sebelum terlambat." Doktor Kim melabuhkan punggungnya di atas kerusi di sisi katil hospital Seungcheol.

Memandangkan hari ini Seventeen ada practice dari pukul 8 pagi, jadinya mereka tidak dapat melawat Seungcheol.

"Wajib ke buat pembedahan tu? Saya tak nak Seventeen tahu." Lirih Seungcheol. Matanya terpaku pada taman permainan yang terletak di hadapan hospital yang kini dipenuhi oleh kanak-kanak.

"Awak sayang Seventeen?" Tanya doktor Kim. Tangannya membuka fail kesihatan milik Seungcheol.

"Saya sayang diorang lebih daripada saya sayang nyawa saya sendiri." Ujar Seungcheol tanpa ragu.

"Awak kata awak sayang diorang. Tapi kenapa awak tak nak buat pembedahan?" Tanya doktor Kim. Cuba memancing alasan sebenar leader Seventeen tersebut.

"Sebab saya tak nak diorang rasa bersalah bila tahu saya sakit. Dan saya tak nak diorang sedih sebab saya. Diorang tak tahu saya sakit." Kata seungcheol.

Memang itu bukan sebab utama mengapa dia tidak mahu membuat pembedahan, namun hal itu juga menjadi penyebab utama mengapa dia terlalu sayang kepada Seventeen.

"Cheol.. sekurang-kurangnya, bila awak buat pembedahan, awak mungkin akan sihat. Awak boleh hidup lama dengan Sventeen." Doktor Kim kini menatap raut wajah Seungcheol.

"Bila buat pembedahan, doktor takkan buang semuanya. Hanya akan buang separuh je kanser tu. Dan dua atau tiga tahun lagi kanser tu akan datang balik."

Kini doktor Kim pula yang terdiam. Ya. Ada benarnya juga kata-kata Seungcheol itu.

"Macam mana awak tahu tentang tu?" Tanya doktor Kim.

"Sebab waktu saya umur 10 tahun, saya pernah kena kanser otak dan saya buat pembedahan. Tapi sekarang bila umur saya 25 tahun, kanser ni datang balik. Dulu, saya teruja sangat bila tahu saya dah sembuh. Tapi bulan lepas, bila tahu kanser ni datang balik. Ia menyakitkan."

Doktor Kim kelu.

"Antara Seventeen, pembedahan atau sihat. Saya pilih Seventeen." Dan itu kata-kata terakhir yang doktor kim dengar daripada mulut Seungcheol sebelum dia keluar dari wad VVIP tersebut.

Meninggalkan Seungcheol yang kini menahan tangisan. Cuba untuk tidak terlihat lemah di hadapan orang lain.

Dan kini, dia terpaksa menanggung kesakitan itu sendirian. Tanpa penyokong. Kerana dia lebih memilih Seventeen daripada hidup.

Dia anak yatim piatu. Anak yang kurang mendapat kasih sayang, kurang mendapat perhatian. Apabila dia bertemu dengan Seventeen, dia berasa bahagia. Kerana akhirnya dia mempunyai keluarga.

Sejak kecil, dia tinggal bersama neneknya. Namun saat neneknya meninggal, dia dihantar ke rumah anak-anak yatim.

Didera, dipukul, diejek malah dihina. Tiada siapa yang tahu kecuali dirinya sendiri.

Dia lebih memilih untuk menyimpan segalanya di dalam hati.

Oleh disebabkan itulah apabila dia bertemu dengan Seventeen, dia menyayangi Seventeen lebih daripada nyawanya sendiri. Dia sanggup mati demi Seventeen. Dia sanggup korbankan apa saja demi kebahagiaan Seventeen.

Jika jadualnya perlu buat kemoterapi manakala jadual Seventeen pula practice. Pilihannya ialah jadual Seventeen.

Melihat senyuman dan wajah bahagia Seventeen baginya ialah sebuah kenangan paling berharga dalam hidupnya.

Kerana pilihannya ialah Seventeen.

Jadi, dalam hidupnya dia hanya perlukan Seventeen. Dia tidak perlu yang lain untuk ditambah melainkan Carat yang dia anggap sudah menjadi sebahagian daripada Seventeen.

Kemoterapi, ubat kawal kanser, pembedahan malah kesihatan.

Dia tak pernah fikirkannya.

Yang dia fikir hanyalah Seventeen, Seventeen dan Seventeen.

Seventeen bahagia, dia turut bahagia.

Dia sudah berjanji akan membuat Seventeen bahagia selamanya.

***

- Revision Date: October 9, 2021
- Revision Date: May 1, 2024

- Revision/Edited date: 2 Jun 2024

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now