EIGHT

865 116 6
                                    


THGIE

Sepanjang hari, Joshua hanya duduk di dalam biliknya sambil termenung tanpa berbuat apa-apa langsung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepanjang hari, Joshua hanya duduk di dalam biliknya sambil termenung tanpa berbuat apa-apa langsung.


Kata-kata Jeonghan ketika di hospital bulan lepas masih jelas difikirannya sehingga membuatkan dia sering kali ingin menafikannya.

Mana mungkin leader Seventeen sakit.

Kan?

Jika ianya mimpi, Joshua berjanji pada dirinya yang dia akan sayang Seungcheol seperti mana dia sayang nyawanya sendiri.

Tetapi,

Jika ianya benar, dia mungkin akan terus menunduk tanpa memandang masa hadapan.

Baginya,

Hilang satu member yang merupakan leader sangatlah sakit selain dikutuk, dicaci, dimaki hina oleh para haters.

"Josh."

Joshua tersentak dari lamunanya dan terus berpaling ke arah pintu. Memandangkan sekarang dia duduk di atas kerusi sambil memegang buku, tiada orang yang akan menyangka dirinya sedang termenung.

Joshua seorang yang tenang walaupun dari luaran. Tetapi di dalam, dia sendiri hancur seperti mana dirinya hancur ketika adik angkatnya pergi meninggalkan dirinya sekeluarga selamanya.

"Oh, Seungcheol-ah. Kenapa?" Joshua meletakkan bukunya di atas meja sambil membetulkan helaian rambutnya.

Pandangan dialih ke arah Seungcheol yang kini lengkap memakai cardigan hitam bersama jeans hitam panjang.

"Jom teman pergi mall. Waktu tu kau ajak aku pergi, aku tak boleh kan? Jom."

Joshua terdiam. Ya, waktu dia ajak Seungcheol pergi mall bulan lepas, Seungcheol tak nak sebab ada appoinment dengan doktor.

Dan Joshua tahu itu walaupun Seungcheol tidak pernah memberitahunya.

"Ok jap. Nak ambil mask."

"Aku tunggu dekat bawah."

Sebaik sahaja kelibat Seungcheol hilang, Joshua terus menatap pintu tersebut dengan tatapan iba.

"kau tahu kau sakit. Tapi kenap kau acah kuat? Kenapa kau masih lagi cuba kuat depan kitorang? Kitorang tahu tu cuma lakonan Cheol." Getus hati Joshua. Sering kali dia ingin meluahkan hal itu di hadapan lelaki itu. Namun sayangnya dia tidak mampu melakukannya.

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now