EIGHTEEN

709 92 7
                                    

NEETHGIE

NEETHGIE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Seventeen duduk dalam bentuk bulatan. Sementara api yang menyala terletak elok di tengah-tengah mereka. Usai acara rebut-merebut mahu duduk di sebelah Seungcheol, akhirnya mereka berjaya membentuk satu bulatan sempurna.

"Kenapa buat campfire?" Tanya Seungcheol. Seventeen menatap antara satu sama lain.

"Waktu tu doktor cakap hyung ada masa kurang sebulan je untuk hidup. Paling kurang pun dua atau seminggu je. Kan? Jadi kitorang cadang nak buat campfire dengan hyung. Kitorang nak luahkan segalanya pada hyung."

Seungcheol terdiam. Kepalanya drastik menunduk menatap pasir.

"Jadi kitorang nak luahkan segalanya pada hyung."

Seventeen tersenyum kelat menatap leader mereka. Senyuman yang dipaksa sehingga menjadi kelat.

"Hyung, tahu tak? Chan dah anggap hyung sebagai hyung kandung Chan. Chan bahagia sangat waktu tahu hyung jadi leader Seventeen. Dulu, Chan selalu nak bersama hyung dengan Seventeen yang lain sampai tua atau selama-lamanya."

Kata-kata Chan terjeda seketika. Dia melihat sekeliling. Sama, kesemua mereka sedang menundukkan kepala mereka. Air mata Chan bertakung.

"Tapi, tiga tahun lepas. Salah faham tu hancurkan hubungan kita semua. Hanya sebab salah faham, kitorang palau hyung. Kitorang tak anggap hyung wujud. Kitorang maki hina hyung. Tapi hyung tak pernah ambil hati."

"Hyung selalu cakap "tak apa" ibarat apa yang berlaku sekadar mimpi. Lepas kita semua berbaik, Chan sedih lepas tahu hyung sakit."

Bahu Chan bergetar menandakan lelaki yang merupakan maknae itu menangis. Badannya direngkuh erat oleh Joshua yang kebetulan duduk bersebelahan dengannya.

Semuanya meluahkan perasaan masing-masing. Sampai la tiba giliran Soonyoung, Seungcheol merenung lelaki bermata 10:10 itu dalam.

Lelaki sama yang membisikkan kata-kata di telinganya tadi.

"Hyung, maaf sebab selama ni kitorang selalu sakitkan hati hyung. Maaf sebab hina hyung. Maaf sebab semuanya. Kadang-kadang aku rasa tak layak untuk tampil bersama kau atas pentas hyung."

"Sebab kau baik, langsung tak berdendam dengan kitorang. Sebaliknya kitorang, terus-terusan berdendam dengan hyung.."

Jihoon yang kebetulan duduk bersebelahan dengan lelaki itu hanya diam. Mendengar setiap kata-kata Soonyoung dan menyetujuinya dalam hati.

"Hyung dah janji nak jaga kitorang. Hyung dah janji, takkan mati sebelum kitorang mati. Hyung dah janji untuk buat segalanya demi kitorang. Kenapa hyung janjikan sesuatu yang mustahil? Kitorang mengaku kitorang salah dengan hyung."

"Hyung boleh hukum kitorang. Hyung boleh pukul kitorang. Hyung boleh buat apa je. Hyung boleh malukan kitorang. Tapi kenapa hyung tak buat? Kenapa hyung pilih untuk pergi hyung?"

Jihoon menatap Soonyoung dari samping. Kata-ksta yang berbeza dan menusuk sekali. Seungcheol hanya mampu menangis dalam diam.

"Kitorang sayang hyung sangat. Tipu la kalau kitorang cakap kitorang tak sedih. Kitorang sedih hyung. Sedih bila tahu persahabatan kita yang baru je terjalin akan kembali terpisah."

"Hyung, aku tak tahu apa lagi yang aku nak cakap dekat hyung. Tapi, aku nak sangat cakap. Kalau suatu hari nanti hyung betul-betul ditakdirkan untuk pergi, tolong.."

"Tolong..."


"Jangan lupakan kitorang. Sebab kitorang sayang hyung sangat-sangat. Melebihi segalanya."

"Kitorang memang nampak macam bencikan hyung sejak tiga tahun lepas."

"Tapi hyung salah. Kitorang tak pernah benci hyung. Kitorang cuma pura-pura bencikan hyung."

"Sebab kitorang tahu hyung kecewa dengan kitorang tiga tahun lepas."

Dan semuanya berakhir dengan tangisan. Mereka semua berdiri dan saling berpelukan dalam bentuk bulatan.

 Mereka semua berdiri dan saling berpelukan dalam bentuk bulatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Takdir yang menentukan segalanya. Kita hanya manusia biasa yang berbuat sesuatu disebabkan takdir."


༺═──────────────═

Lepas ni ada lagi dua chapter sebelum ending. Thanks for reading this fanfic!😘

Enjoy! ^^

Sumpah aku tengah taip ni hamoir menangis tahu tak.😂

- Revision & Edited on June 2, 2024

ULMS || CSC ✓Where stories live. Discover now