Sudah genap lima bulan usia kandungan Nadia.Perutnya pun nampak lebih besar dari sebelum ini.
Jadi mereka mengambil keputusan untuk pergi ke klinik dan ingin check up dan melihat sama ada anak mereka sihat seperti bayi yg lain.
Nadia membetulkan tudungnya di hadapan meja solek.Dia berasa sangat bahagia sekarang.Tiada lagi orang ketiga yg akan ganggu hubungan mereka berdua.Risya telah berubah sepenuhnya setelah mengikut mak ayahnya menunaikan umrah.Tidak dia sangka Risya berubah kerana rasa bersalah yg selalu menghantui dirinya.
Flasback....
Risya pulang ke rumah setelah selesai berjumpa dgn Zafran.Tersenyum sinis Risya teringat wajah tegang Zafran sebentar tadi.
"Zaf2 tak sangka i yg you ni bodoh sebab percaya cakap i,Nad tak akan sanggup curang dgn you sebab dia kan seorang yg setia"kata Risya sendirian.
Risya senyum leret sambil tangan memegang pisau lipat dan bergerak mengguris gambar Nadia yg ditampal di dinding biliknya itu."Nadia aku akan pastikan kau mati lepasni.Kalau adik aku pun aku sanggup bunuh sebab rampas bf aku,ni kan kau pulak yg sah jadi isteri dia.Hahah(gelak jahat) jangan harap aku akan bagi kau hidup bahagia"ujar Risya seperti orang yg ada sakit mental.
Datin Sumaira tersentak mendengar kata anaknya itu.Jadi selama ni Risya yg bunuh Riana,adik dia sendiri.Hanya kerana cemburu bila tau Riana bercinta dgn Zafran dia sanggup bunuh adiknya sendiri.Dulu Risya ada adik yg bernama Nur Riana Syikin,tapi disebabkan sikap cemburu dan dendam Risya sanggup membunuh adiknya sendiri.Sedangkan Riana tidak pernah bercinta dgn Zafran.Itu hanya fitnah yg dilemparkan oleh orang ramai....(heheh banyak kan perkataan adiknya sendiri...hahha abaikan je eeh😅)
Tidak sangka Datin Sumaira yg anaknya Risya sanggup membunuh hanya kerana sikap cemburu butanya itu.Risya mengalami sakit mental yg telah dia miliki ketika berumur 15 tahun.Dia akan cepat berfikir negative dan akan bertindak terburu-buru bila apa yg dia inginkan tidak dia dapat.
Datin Sumaira melangkah masuk ke dalam bilik Risya sambil membawa ubat sakit mental untuk diberikan kepada Risya."Sya,meh makan ubat sayang"panggil Datin Sumaira lembut.Tersentak Risya mendengar suara Datin Sumaira.
"Kenapa masuk tak ketuk pintu dulu hah!"bentak Risya sambil mendengus kasar."Tadi mama dah ketuk pintu tapi Sya yg tak dengar"jawab Datin Sumaira masih bersabar dgn sikap biadap Risya.Risya hanya menjeling Datin Sumaira.Dia duduk di sofa dgn kasar.
"Sya makan ubat ye"pujuk Datin Sumaira lembut."Tak nak!"protes Risya sambil menolak sudu yg dipegang oleh Datin Sumaira.
Ting!..
Berdenting bunyi sudu itu jatuh.Agak terkejut Datin Sumaira dgn amarah Risya."Sya kena makan,Sya kan tak sihat"pujuk Datin Sumaira lagi."Siapa kata Sya tak sihat,ni tak nampak Sya sihat je"bentak Risya lagi.
"Tapi Sya kena makan sikit je ubat ni"ujar Datin Sumaira tidak memaksa Risya untuk makan ubat.Dia akan mengalah kalau Risya seperti ingin mengamuk.Tiada guna dia memaksa sebab Risya tetap dgn pendiriannya."Sya cakap tak nak,tak nak lah maksudnya!"bentak Risya dan menolak kasar tubuh Datin Sumaira hingga jatuh di lantai.
"Nur Risya Maira!"tengking Datuk Rudy menahan amarah yg cuba ditahan.Dia menolong Datin Sumaira untuk berdiri.Terhinjut bahu Risya mendengar tengkingan Datuk Rudy."Risya dah cakap yg Risya tak sakit!"marah Risya terus keluar dari bilik dan menghempas kasar pintu bilik tersebut.
Tergeleng kepala Datuk Rudy melihat sikap kurang ajar Risya.Datin Sumaira di sebelahnya teresak-esak menangis.Kaget Datuk Rudy mendengar tangisan Datin Sumaira.
YOU ARE READING
Layakkah Aku..[C]
Teen FictionNadia seorang gadis yg periang mula menjadi gadis yg pendiam kerana mempunyai masalah keluarga yg membuatkan dia terpaksa menjual dirinya kerana ayahnya mempunyai hutang keliling pinggang...dan dalam kesedihan masih ada insan yg membantunya walaupun...