Bab 25 Ending

227 4 1
                                    

Sudah sebulan berlalu selepas majlis perkahwinan Muaz dan Syirah...

    Kandungan Nadia pula sudah berusia lapan bulan.Hanya tinggal hari due nya sahaja...

Hari ni merupakan hari untuk mereka membuat renion.Renion untuk budak2 kolej...jadi mereka merancang untuk renion di Port Dikson(main hentam ejaan tu😂😂).

    "Bang! Cepatlah siap,nanti lama diorang tunggu kat bawah tu"laung Syirah dari luar bilik.Haih lah Muaz ni..bersiap macam perempuan..haha."Kejap!"laung Muaz juga dari dalam.Syirah hanya mengeleng kepala.

     'Kena tunggu sejam lah nampaknya'keluh Syirah sambil tersenyum kecil.

   "Hah mengumpat abang lh tu"kata Muaz setelah keluar dari bilik."Eh mana ada"nafi Syirah sambil tersengih.Aish kantoi pulak dah...haha..

   "Dah lah tu,jom gerak nanti lambat pulak sampai sana"ujar Muaz sambil menarik tangan Syirah menuruni tangga.

  Setelah sampai di halaman rumah.Terdapat kereta captiva sport milik Zafran dan mini cooper milik Muaz di luar itu.

    "Lambat betullah pengantin baru ni"perli Zafran.Nadia hanya tersenyum mendengar kata Zafran.Nak dekat sejam jugaklah mereka tunggu dua budak ni..hahah budak eeh.

    "Hehe sorry abang lambat turun,ni hah tadi abang Muaz lambat sangat bersiap"ujar Syirah sambil menjeling Muaz disebelahnya."Hehe sorry,pease"kata Muaz sambil membuat pease ke arah Nadia dan Zafran.

  "Lain kali cepat bersiap,lama kitorang tunggu..dah nk reput ni-"tak sempat Zafran nk habis cakap Nadia telah memotong percakapannya."Dah2 tak payah nk gaduh2 cepat masuk kereta kita gerak sekarang.Diorang dh tunggu kat sana.Jap lagi kena bebel pulak"Ujar Nadia menghentikan perbalahan itu.Bingit telinga dia mendengar suaminya membebel.'Macam mak2'desis Nadia.

    Zafran menjeling tajam isterinya itu.Nadia hanya tersengih membalas pandangan Zafran yg tajam itu.Setelah itu,Muaz dan Syirah memasuki kereta mini cooper tersebut dan mula bergerak...

    Kereta Zafran juga bergerak membelah jalan raya tersebut.

   Sepanjang perjalanan Zafran hanya diam sahaja.Nadia yg banyak pot pet di dalam kereta itu.Nadia mula berasa pelik dgn Zafran.'Aish,dh kenapa suami aku ni senyap je..merajuk lah ni haih'bisik hati Nadia.

   Dia menoleh menghadap Zafran."Abang,nape abang senyap je ni"tanya Nadia lembut.Zafran hanya senyap.'Hish bini aku ni,tak nampak ke yg aku ni tgh merajuk..pujuk lah titew'desis Zafran.Mata masih fokus dgn pemanduan tersebut.

   Nadia mula tersenyum nakal.'Ni mesti sebab tadi kan'desis Nadia.Dia mula mencapai tangan Zafran dan memegang erat tangan tersebut.Seperti tidak ingin melepaskannya.Zafran hanya membiarkan sahaja.Dia masih merajuk lagi.

    "Abang"panggil Nadia dgn suara mengoda.Zafran dah telan air liur.Aish time ni lah dia lemah semangat dgn suara Nadia yg lembut macam nk goda dia tu."Hmm"tu je yg Zafran balas.Dia masih lagi ingin bermain tarik tali...nak tgk sejauh mana Nadia akan memujuknya.

    "Abang jangan lah merajuk,Nad cuma tak nak kita lambat sampai.Nanti kalau jalan jam kan susah"pujuk Nadia sambil mengusap tangan Zafran.Zafran tidak melayan...dia hanya memandu dgn senyap sahaja."Abang jangan lah macam ni...Nad mintak maaf eeh.Pliss senyum sikit.Nad janji Nad takkan marah abang lagi.Jangan lah diam,abang dah tak sayang Nad ke isk isk"ujar Nadia dan mula mengalirkan air mata.Dia berasa sangat sedih sebab Zafran tidak membalas apa yg dia cakap.Sekarang dia cepat tersentuh dan mudah sangat nangis.

    Zafran kaget.Dia berhentikan kereta di bahu jalan."Sayang,abang tak marah pun.Abang cuma nak uji sayang je"pujuk Zafran sambil menarik Nadia rapat dan memeluk erat isterinya itu."Ta...tapi..aban...abang..t..tak..la..yan..Na...Nad..pun"ujar Nadia sambil tersedu sedan.Dia sedih sebab Zafran tidak ingin melayan dirinya.Dia merasakan Zafran tidak sayang akan dirinya lagi.

Layakkah Aku..[C]Where stories live. Discover now