Nadia melangkah laju melalui jalan ke hentian.Kereta telah dihantar ke bengkel semalam kerana tetiba meragam pula kereta kesayangannya tu.
Dia mengeluh apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.'Hmm terlewat lagi lah hari ni'bisik hati Nadia.Hujan turun dengan lebat sekali.Nadia terpaksa berserah saja apabila terkena hujan.
Dia berjalan lemah apabila merasakan kepalanya pening dan ingin pitam."Aduh asal pening pulak ni"kata Nadia sendirian.Dan sekelip mata pandangannya gelam dan terus pitam di tepi jalan itu.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Zafran memandu keretanya sambil menyanyi kecil.Sampai di simpang jalan dia ternampak sekujur tubuh sedang terbaring di tepi jalan itu.Zafran memperlahankan keretanya sambil melihat orang itu.Tetapj dia tidak nampak muka orang tersebut kerana terselindung.Akhirnya Zafran menghentikan keretanya dan terus keluar mendekati Nadia.
Dia mencangkung sambil melihat dengan lebih dekat muka orang tersebut.'Nadia!'kaget Zafran melihat Nadia yg terbaring di situ.Dia melihat sekeliling untuk meminta pertolongan tetapi tiada orang di kawasan sekitar itu.Akhirnya Zafran mencempung tubuh Nadia dan meletakkannya di dalam kereta sebelah tempat duduk pemandu.
Zafran terus masuk ke dalam kereta dan bergerak laju di atas jalan raya.Dia tidak memikirkan apa2 lagi yg cuma dia risau ialah Nadia sahaja.
💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦💦
Mia melihat jam tangannya yg menujukkan pukul 10.00 pagi.'Mana Nad ni tadi kata dah nak sampai'bisik hati Mia.Hanna pelik melihat Mia yg serupa seperti cacing kepanasan.
"Wei kau kenapa"tanya Hanna pelik."Nad ni tadi kata dah nak sampai,sekarang dah nak dekat satu jam tau tak dia tak datang lagi"balas Mia pula marah bercampur risau.Takut sesuatu terjadi kepada Nadia.
Hanna hanya menganggukkan kepala."Jap lagi sampai lah tu"kata Hanna menenangkan Mia dan juga dirinya sendiri.Dia tak nak berfikiran negatif.Mia hanya diam sahaja.
Telphone Mia berbunyi menandakan dia ada panggilan."Eh Nadia call lah"kata Mia menunjukkan phonenya kepada Hanna."Dah tu angkatlah"balas Hanna pula tidak sabar.
"Hello Nad,kau kat mana hah asal kau tak datang lagi ni"tanya Mia tidak sabar."Erm,ni Mia kan"tanya Zafran."Eh ya ni saya,awak siapa kenapa phone Nadia ada pada awak"tanya Mia pelik dan dia telah memikirkan bahawa Nadia kena culik.
"Saya Zafran"balas Zafran."Ooh Zaf,ada apa awak call saya dan kenapa guna phone Nad"tanya Mia lagi."Saya nak bagitau Nad pengsan tadi jadi saya bawak dia pergi klinik"balas Zafran jujur.
"Ooh patutlah Nad tak masuk hari ni,thanks Zaf"kata Mia pula."Sama-sama nanti saya hantar Nad ke rumah kalau dia dah tersedar"kata Zafran lagi."Ok Zaf"balas Mia dan terus mematikan panggilan.
Hanna mengangkat kening menanyakan siapa yg call tadi."Zafran"balas Mia sepatah."Zafran,seriusly"kata Hanna terkejut."Ye,dia bagitau Nad pengsan tepi jalan and dia hantar Nad pergi klinik"kata Mia jujur.
Hanna menganggukkan kepalanya.'Macam jodoh asyiklah jumpa'bisik hati Hanna tersengih seorang diri."Kau kenapa tersengih-sengih"tanya Mia,dia melirik jam tangannya sambil menunggu Intan yg pergi berjumpa dengan Mr.Kevin sebentar tadi.
"Hehe,aku cuma rasa yg Nad tu dengan Zaf memang jodohkan"balas Hanna sambil senyum meleret ke arah Mia."Oob pasal tu"kata Mia hanya senyum sahaja.Dia malas nak cakap lebih-lebih.
Kalau betul diorang berdua ada jodoh tak ke mana punyalab nanti.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Zafran melihat Nadia yg sedang terbaring lesu di katil itu.'Ni mesti terkena hujan tadi'bisik hati Zafran prihatin terhadap Nadia.Sedang asyik Zafran melihat Nadia,tiba-tiba tangan Nadia bergerak.Terkejut Zafran dibuatnya.Dan sekelip mata Nadia mencelikkan matanya.
"Nad,awak okay"tanya Zafran."Saya kat mana ni"tanya Nadia pula."Awak kat klinik,tadi awak pengsan"jawab Zafran jujur."Hah"Nadia ternganga.
"Hish awak ni Nad,tutuplah mulut tu"kata Zafran mengusik Nadia.Nadia tersenyum malu sambil terus menutup mulutnya.
"Mungkin tadi awak kena hujan,sebab tu sampai pengsan kot"kata Zafran lagi.Nadia hanya menganggukkan kepalanya.Ya mungkin sebab dia rasa memang nak pitam pun tadi.
"Awak rehatlah dulu,saya nak beli makanan kat bawah nanti saya tengok awak lagi"balas Zafran terus keluar dari bilik Nadia.Nadia hanya melihat langkah Zafran yg semakin menjauh itu.Dia berasa sunyi pula bila tiada Mia dan Hanna yg selalu bising mulut mereka berdua tu.Intan pun apa kurangnya kuat membebel pulak tu.
Sedang larit dia termenung Zafran memasuki biliknya sambil membawa dua bungkus roti."Nah untuk awak"kata Zafran sambil menghulurkan roti tersebut kepada Nadia.
Nadia menyambut huluran tersebut sambil mengucapkan terima kasih.Dia membuka bungkusan itu dan mula memakan dengan sopan.Kalau tak makan dengan sopan kang cakap dia ni ganas pula.
"Nad,jap lagi awak dah boleh keluar"kata Zafran sambil melirik melihat Nadia makan."Ye ke"balas Nadia teruja.Dia mana suka duduk kat klinik atau hospital lama-lama.Zafran mengangguk sambil tersenyum melihat Nadia yg teruja macam budak dapat ais krim.
Selesai mengambil ubat di kaunter Nadia dan Zafran melangkah memasuki kereta Zafran."Kereta awak mana Nad"tanya Zafran sambil memakai tali pinggang."Kar bengkel sebab rosak"balas Nadia sambil bersandar di kerusi.Dia berasa sangat mengantuk sekarang ni.
"Ooh"Zafran hanya meng'oh'kan saja.Dia melirik ke arah Nadia."Awak nak terus balik ke Nad"tanya Zafran ketika mereka sudah memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah Nadia.
"Balik je lah saya dah penat"balas Nadia lemah."Ok"kata Zafran pula.Keadaan sunyi di dalam kereta.Zafran menghentikan keretanya di tepi jalan.Dia ingin bertanya kepada Nadia apa hubungan Nadia dengan Muaz.
Nadia pelik melihat Zafran menghentikan kereta si bahu jalan."Zaf kenapa awak berhenti kat sini"tanya Nadia cuak.Zafran menarik nafas perlahan dan melepaskannya.
Ketika itu ada sepasang mata memandang mereka dengan tersenyum sinis.Dia menelepon bosnya dan berkata sesuatu.Selepas itu dia menelepon pula Jabatan Agama memaklumkan sesuatu.
"Ada apa Zaf"tanya Nadia lagi."Saya nak tanya apa hubungan awak dengan Muaz"tanya Zafran."Saya dengan dia kawan and saya anggap dia macam abang saya,kenapa awak tanya Zaf"jawab Nadia jujur.
Zafran menarik nafas lega.Taulah dia yg Nadia dan Muaz tiada apa-apa hubungan."Taklah saja tanya"balas Zafran pula tersenyum manis ke arah Nadia.
Nadia mengangkat bahu.Pelik dengan sikap Zafran.Baru Zafran ingin menghidupkan semula keretanya ada orang mengetuk cermin tingkap.Dia memandang Nadia sambil menelan air liur.
Nadia terkaku di situ.Zafran menurunkan cermin keretanya.Dia dapat melihat empat orang lelaki yg sedikit berusia sedang memandang Zafran."Ya kenapa encik"tanya Zafran gugup.
"Kami dapati cik berdua-duan di dalam kereta ni kenapa"tanya lelaki yg sedikit berumur itu.Zafran dan Nadia tersentak mendengar kata lelaki tersebut.
"Kami tak buat apapun"balas Zafran.Nadia laju menganggukkan kepalanya."Betul tu encik"balas Nadia pula."Alah itu alasan lapuklah nak elakkan diri kan"balas seorang lagi lelaki tersenyum sinis.
"Betul tu bukan boleh percaya sangat"kata seorang lagi.Nadia berasa sangat gelisah.apa yg dia nak buat sekarang ni."Betul encik kami tak buat apa-apa"kata Zafran mempertahankan dirinya lagi.
"Encik dan cik boleh ikut kami sekarang,kita bincang di sana sekarang dah malam lebih baik perkara ni kita setelkan cepat-cepat"balas lelaki yg agak berumur itu.Mereka menganggukkan kepala.
*****************************
Apa akan jadi Nadia kena kahwin dengan Zafran ke.Hmm nak tau kena lah vote and komen tau.😊😊 bye jumpa lagi nanti..
YOU ARE READING
Layakkah Aku..[C]
Fiksi RemajaNadia seorang gadis yg periang mula menjadi gadis yg pendiam kerana mempunyai masalah keluarga yg membuatkan dia terpaksa menjual dirinya kerana ayahnya mempunyai hutang keliling pinggang...dan dalam kesedihan masih ada insan yg membantunya walaupun...