2 | First Move

426 74 5
                                    


Sudah dua minggu tidak tidur dengan cukup. Malah ada hari yang dia langsung tidak tidur, terutamanya 3 haru terakhir ini. Bukannya dia tidak mahu, cumanya dia tidak mempunyai masa. Kerjanya terlalu banyak sehingga tidur itu terasa seakan-akan pembaziran buatnya.

Sebagai pelajar jurusan seni bina, itu sudah menjadi kebiasaan untuk tidak tidur. Terutamanya buat Hana. Di dalam jurusannya, dia merupakan antara pelajar yang sentiasa mendapat mata tertinggi. Hana tidaklah begitu handal dalam 'mereka', tetapi dia bijak dalam bidang teori. Oleh disebabkan itulah semua pensyarah berpuas hati dengan hasil kerja Hana. Rekaannya tidak begitu luar biasa, tetapi dari segi fungsi dan logik, dia sentiasa memenangi hati pensyarah-pensyarahnya. Tetapi Hana tidak mendapatkan hasil sebegitu dengan hanya sekelip mata, dia mengambil masa yang begitu lama, terlalu lama sehingga dia mengabaikan tidur dan makannya.

Jadi menghantar hasil kerjanya yang sudah siap merupakan saat terindah di dalam hidup baginya. Itulah apa yang dirasakan Hana sekarang.

Hana terduduk lega di atas lututnya di depan pintu masuk studionya. Badannya tidak dapat menampung berat badannya kerana terlalu lelah. Tetapi Hana sukakan perasaan itu, kerana sekurang-kurangnya dia tahu, kerjanya sudah selesai. Penat lelahnya selama ini sudah terbalas.

"You worked hard." Kata salah seorang rakan sekelasnya disusuli dengan tiga rakan sekelasnya yang lain kepada Hana ketika melewati pintu masuk studio itu. Hana hanya tersenyum membalas.

"Tahniah Hana. Dah, go sleep in your room." Kali ini rakan Joy pula menegurnya. Diikuti oleh Sehun di belakangnya.

Ubun-ubun kepala Hana diramas lembut oleh Sehun. "You did well. Aku pasti kau akan dapat mata tertinggi juga kali ni."

Hana tersengih, menepis tangan Sehun. "Yalah tu, entah-entah nanti kau yang dapat mata tertinggi. Oh Sehun, kan. Siapa tak kenal."

"Hopefully. But it would be better if both of us got high points this time." Jawab Sehun. Dia juga antara pelajar yang sentiasa mendapatkan mata yang tinggi. Kalau Hana dikenali dengan kebijakan teorinya, Sehun pula dari segi rekaannya.

"Hm too bad I seorang je yang kurang perform among us." Joy mencebik, sengaja membuatkan Hana dan Sehun serba salah. Dan seperti yang disangkanya, kedua-dua mereka membalas perkara yang sama.

"Mana ada!"

Joy tergelak mendengarkan jawapan serentak itu. "Kidding! Hahaha! Bertenanglah!"

Hana mahu mencubit Joy tetapi gadis itu terlebih dahulu mengelak. Tawanya berterusan lagi menyebabkan Hana semakin mahu mencubitnya. Akhirnya Sehun yang terpaksa menghentikan mereka berdua. Dia sudah masak dengan sikap dua rakan karibnya itu.

"Dahlah jangan gaduh di sini. Orang nak lalu tu."

Segera Hana dan Joy bergerak ke tepi memberikan laluan kepada rakan sekelas mereka yang lain untuk keluar. Mereka saling berbalas senyuman kepada rakan sekelas lain yang menegur mereka. Sehinggalah salah seorang daripada rakan sekelasnya berhenti di hadapan mereka.

"You guys are joining right, this night?" Tanya Namjoon, class representative studio mereka. Dia merupakan wakil pelajar bagi studio mereka.

"Untuk apa?" Hana bertanya kembali, tidak mengerti.

"Din—"

"Dinner malam ni, tadi dia ada announce dekat depan. Tak dengar ke? Itulah perform sangat." Potong Joy apabila baru sahaja Namjoon akan membalas. Hana menjeling Joy yang suka mencari gaduh dengannya.

"Sure, kalau tak ada hal aku akan join." Sehun membalas, mengabaikan Joy dan Hana yang akan kembali bertengkar. Mendengarkan itu, Joy terus mengangkat tangannya.

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now