8 | Siblings

247 57 4
                                    

Hyunjin tersenyum seorang diri sebaik sahaja dia sampai ke rumah sewanya. Dia terus terjun ke atas sofa kecil di ruang tamu tanpa membuka kasutnya terlebih dahulu. Malah jaket tebal yang tersarung di badannya juga tidak ditanggalkan, dia mengambil peluang itu untuk menghidu pakaiannnya sendiri, sekiranya bau badan Hana ada melekat di badannya sendiri. Melihatkan refleksi dirinya sendiri di televisyen, Hyunjin terus menampar wajahnya. Memalukan.

Dia sudah angau.

Hyunjin memejamkan matanya dan mengingati momen yang berlaku tidak kurang satu jam yang lepas. Itu kali pertama dia dapat makan berduaan dengan Hana. Entah Hana sedar ataupun tidak, tetapi Hyunjin sedar Hana ada menolongnya memotong pajeon tadi apabila Hyunjin berkali-kali gagal melakukannya. Dan cara Hana memandangnya membuatnya ingin melambung ke langit. Hana jarang memandangnya tepat di mata, jadi gadis itu sentiasa berhati-hati setiap kali dia mahu melihat Hyunjin. Entah mengapa, Hyunjin merasakan tindakan itu sungguh comel.

Atau mungkin dia cuma angau sehingga semua perkara kelihatan indah di matanya.

Hyunjin terpaksa menampar wajahnya beberapa kali untuk tidak larut dalam angauannya. Dia sendiri malu bersikap begini, entah apa orang yang rapat dengannya akan fikir sekiranya mereka lihat dia sebegini.

Sedang Hyunjin menenangkan dirinya, tiba-tiba telefonnya berdering, menandakan ada panggilan yang masuk. Nama 'Yeji' terpapar di skrin telefon yang terus dijawab oleh Hyunjin sebelum sempat dia berfikir.

"Yeji-ah..."

"Oppa okay ke? Where are you right now?"

"Hmm... rumah."

"Rumah mana."

"Rumah sewa oppa." Hyunjin tersenyum kecil. "Don't worry, I'm fine. I actually feel quite delighted tonight."

"Kenapa omma cakap oppa tak jawab bila dia telefon oppa petang tadi?"

"Petang tadi..." Hyunjin berfikir seketika sebelum dia menukar topik, memilih untuk tidak menjawab soalan itu. "Have you had your dinner?"

"Oppa..."

"Hmm..."

"Janganlah macam ni... Oppa balik ke rumah appa kan tadi? By yourself?"

"Hmm." Jawab Hyunjin singkat yang menyebabkan Yeji di sebelah sana terdiam. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi sesak di dalam talian, seolah-olah seseorang menyapukan mic telefon itu di kain. Membesar bersama Yeji, Hyunjin dapat memahami tindakan adik tirinya itu. Pasti gadis itu sedang menahan dirinya dari menangis, tetapi dia tidak mahu bunyi tangisannya kedengaran di dalam talian jadi dia terus menutup mic itu menggunakan apa-apa sahaja berdekatan dengannya. Bajunya sendiri, contohnya...

"Yeji-ah..."

"Oppa janganlah balik ke sana lagi..." Suara Yeji kedengaran pecah walaupun perlahan.

"Oppa tak apa-apa..." Hyunjin meyakinkan Yeji. "Sejak bila Yeji kuat menangis ni, hm?"

"Oppa janganlah balik lagi—"

"Alright alright. I won't." Hyunjin membuka kasutnya sementara telefonnya disepit antara kepala dan bahunya. "Jadi dah makan atau belum?"

"Belum..."

"Belum?"

"T-tapi oppa tak perlu pun datang ke sini, tak apa. Nanti Yeji beli makanan sendiri."

"Yeji di mana sekarang?"

"C-campus..."

"Alright, tunggu oppa datang."

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now