18 | About To

578 61 17
                                    

Perkara yang Hana paling suka tentang Hyunjin adalah kerana dia selesa bersamanya. Hana merasakan dia tidak perlu bercakap setiap masa dengan Hyunjin hanya disebabkan mereka berdua 'bersama'. Meskipun kedua-kedua mereka mendiamkan diri, Hana tidak berasa terlalu kekok sehingga dia perlu mengajukan soalan-soalan yang tidak penting hanya untuk mengisi kesunyian itu. Hyunjin sepertinya faham akan personaliti Hana, dan dia tidak cuba untuk mengubahnya.

Entah sejak bila mereka seselesa itu, Hana juga tidak pasti. Dia baru sahaja menyedari perkara itu hari ini apabila mereka sama-sama menaiki bas tanpa mengutarkan apa-apa perkataan sekalipun, dan Hana langsung tidak berasa kekok. Hyunjin duduk di sebelahnya di atas bas dan Hana dapat melihat mata Hyunjin yang sudah kulai, tidak mustahil akan terpejam bila-bila masa sahaja. Namun setelah hampir setengah jam, Hyunjin masih lagi tidak terlena sehingga Hana berasa kasihan melihatnya terpaksa menahan kantuknya.

"You can sleep." Ujar Hana lembut.

Hyunjin menggeleng. "I don't wanna waste my time with you just like that."

Hana tersenyum kecil. "I don't even talk to you, what's the point of staying awake?"

"But I'm happy, tho..." Hyunjin menoleh ke arah Hana di sebelahnya. "Nuna macam mana?"

"Macam mana apa?"

"Are you happy? With me?"

Hana berusaha untuk menahan dirinya daripada tertawa. Bukannya apa, dia hanya merasakan Hyunjin terlalu comel. Sejujurnya Hana tidak terbiasa dengan soalan-soalan sebegitu, soal kebahagiaannya, perasaannya, kerana itu membuatnya tidak selesa. Tetapi disebabkan Hyunjin tampak begitu comel, Hana hanya mampu tersenyum dan tidak terlalu memikirkan soal itu.

"Tidurlah."

Wajah Hyunjin berubah mendengarkan jawapan Hana, sedikit kecewa. "Nuna tak gembira?"

Sekali lagi Hana terpaksa menahan tawanya. "Do I have to tell you that?"

"Well," Hyunjin menundukkan sedikit kepalanya sebelum menoleh ke depannya. "...you don't have to if you don't feel like it, I guess."

"You're not working today?"

"Saya ambil cuti."

"Cuti?" Mata Hana terkebil-kebil. "Untuk apa?"

Hyunjin tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang Hana dengan harapan Hana mengagak sendiri jawapannya.

"Jangan kata awak ambil cuti sebab saya?"

Hyunjin tersengih. Mata Hana terbuka luas.

"Hyunjin-ah...-"

"Tak adalah." Hyunjin tertawa kecil. "Ada juga betulnya tapi bukan sebab nuna saja, saya cuma nak berehat dan sambut hari ni."

"Sambut?"

"Sempena hari jadi saya."

"Bila?"

"Hari ni."

"Apa?" Mata Hana semakin membulat. "Today's your birthday?"

Hyunjin mengangguk sambil tersenyum.

"Kenapa awak tak bagitahu saya semalam?"

"Do I have to tell you that?" Hyunjin mengajuk cara Hana bercakap tadi ketika Hana mengatakan perkara yang sama lalu dia tertawa kecil.

Hana melihat telefonnya, sudah jam 4 petang tetapi dia baru mengetahui hal itu ketika itu. Hyunjin yang menyedari itu terus memegang lengan Hana.

"Jangan risau, saya pun tak pentingkan mana tarikh lahir. Sebelum ni pun saya tak pernah sambut hari jadi saya. It's just another day for me." Hyunjin menatap Hana tepat di mata. "But I'm happy you're here, that's good enough."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now