14 | In Denial

246 54 9
                                    

"What was that? Was that intentional?" Tanya Hyunjin sebaik sahaja dia mendekati Hana yang sedang menunggunya di pintu pagar yang berdekatan dengan Sungai Han, seperti yang dicatatkan di alamat.

Hana menahan senyumannya ketika menyedari kehadiran Hyunjin. Sebelah tangannya diangkat ke aras matanya untuk melihat jam tangannya. "Awak awal 1 minit 45 saat."

"Nuna tak jawab soalan saya lagi."

"Apa?" Hana berpura-pura tidak mengerti. Dia sebenarnya sudah cukup malu kerana sanggup memalukan dirinya sendiri dengan melakukan panggilan seperti itu demi... entahlah, dia juga tidak tahu demi apa.

Sebelah sudut bibir Hyunjin terjungkit ke atas, tersenyum memahami. "Alright, let's just pretend that didn't happen. Nuna tak pernah telefon tempat kerja saya semata-mata untuk bagi nombor telefon nuna kepada saya."

Hana terpaksa menahan malunya sekali lagi. Mendengarkan itu dari mulut Hyunjin sendiri, dia semakin berasa tidak tahu malu. Dia kedengaran seperti perempuan yang obses dengannya.

"Mana pesanan saya? Itu ke?" Hana mengerling bungkusan plastik yang dibawa oleh Hyunjin.

Hyunjin meninggikan bungkusan plastik itu dan tersenyum. "Hm."

"Betul?" Mata Hana membulat tidak percaya. "Awak kata tak ada kaki ayam di tempat kerja awak."

"Saya beli kaki ayam di tempat lain, dan minta izin untuk bawa pulang sedikit sos dari tempat saya kerja." Jelas Hyunjin. "Is that okay?"

Hana tersenyum kecil. Tidak sangka bahawa Hyunjin betul-betul melakukan itu semua buatnya. Walaupun tindakan sekecil itu, Hyunjin masih sanggup melakukannya, padahal Hana bergurau sahaja. Tetapi Hana benar-benar terharu.

Melihatkan Hana yang hanya mendiamkan dirinya, Hyunjin menjadi tidak senang. Risau sekiranya Hana marah, dia berasa perlu menjelaskan lagi kepada Hana.

"Tempat kerja saya memang tak ada kaki ayam, saya dah cari. Dalam peti ais pun saya dah cari, masih-"

"Hyunjin-ah, terima kasih." Hana memotong kata-katanya sambil tersenyum lebar. "Awak sangat comel."

Mata Hyunjin terkedip-kedip. Dia kehilangan kata-katanya dengan pujian Hana itu. Tambah-tambah lagi ketika Hana tersenyum lebar seperti itu.

"T-terima kasih." Hyunjin tergagap.

"Itu untuk saya?" Hana baru sahaja akan mengambil bungkusan plastik itu dari tangan Hyunjin apabila lelaki itu mengangkat tangannya ke atas, melebihi paras ketinggian Hana, menyebabkan Hana keliru. "Awak bukannya beli untuk saya?"

"Betul. Tapi jawab soalan saya dulu." Hyunjin menyorokkan bungkusan plastik di belakangnya pula dan menundukkan kepalanya untuk melihat Hana dari dekat. "Can I call you from now on?"

Kali ini Hana pula yang malu. Pipinya terasa hangat. "B-buat apa awak nak hubungi saya?"

"Because I want to talk to you."

"Buat apa nak cakap dengan saya?"

"Because I like you."

Sekarang seluruh wajahnya hangat. Hana menyesal kerana terlalu banyak bertanya. Tidak pernah sekalipun mereka bertemu tanpa Hyunjin mengatakan perkataan itu. Setiap kali Hyunjin mengatakan dia menyukai Hana, setiap kali itu juga Hana berasa malu.

"T-tapi jangan hubungi saya untuk hal tak penting." Hana mengalah. Dia tidak mahu bercakap soal itu lagi, dia sudah cukup malu.

"Alright." Hyunjin tersenyum lebar sebelum menyerahkan bungkusan tadi ke tangan Hana. "Eat well."

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now