6 | Stop

343 66 14
                                    

Seperti biasa, setiap kali kerja Hana selesai, Hana pasti akan meluangkan masanya di Sungai Han untuk berjoging. Cuma bezanya kali ini dia ditemani Sehun. Tiba-tiba sahaja kawannya itu mahu mengikutinya petang tadi jadi dia biarkan sahaja. Lagipun dia memang suka ditemani Sehun.

Mereka berjoging dua pusingan sambil mendengar lagu. Sehun lebih tinggi daripada Hana jadi langkahnya jauh lebih besar daripada Hana. Namun melihatkan Hana yang ketinggalan di belakangnya, Sehun memperlahankan langkahnya sambil tersengih-sengih memandang Hana.

"Tak perlu tunggu aku." Kata Hana ketika melintasi Sehun yang sengaja melambatkan langkahnya. Sehun tersenyum melihat Hana di depannya dan terus mengejarnya. Jadi pada akhirnya mereka berakhiran dengan berkejar-kejaran di Sungai Han itu.

Setelah agak lama berlari, kedua-dua mereka berhenti di sisi tasik dan mengambil nafas. Kedua-duanya tersengih-sengih kerana baru sahaja berlarian seperti kanak-kanak tadi.

"You're embarassing." Ujar Hana perlahan.

"Aku pula. Kalau kau matang kau takkan kejar aku balik." Bidas Sehun yang menyebabkan Hana tertawa. Sehun hanya melihat Hana dalam senyap, dia suka melihat Hana gembira seperti itu. Memang jarang sekali Hana tersenyum, apatah lagi ketawa seperti ini.

Menyedari pandangan Sehun, Hana menghentikan tawanya dan menoleh ke arah tasik di sisi kirinya. Sehun juga memandang tasik itu, menikmati pemandangan yang terdampar di hadapan mereka.

"Hana." Seru Sehun perlahan.

"Apa." Jawab Hana datar sambil matanya masih lagi tertumpu ke arah tasik itu.

"Apa pendapat kau tentang aku?"

Mendengarkan soalan itu keluar daripada mulut Sehun dengan ton suaranya yang serius, lidah Hana terus menjadi kelu. Kepalanya langsung menoleh ke arah Sehun, dan dengan nada suaranya yang bergetaran dia mencuba menjawab dengan normal.

"O-okay je."

"Okay je?"

Hana mengangguk. Pandangan Sehun terlalu intens sehingga dia terpaksa mengalihkan pandangannya semula.

"Kau malu, kan?"

"H-hah?"

"You stutter every time you're shy." Jelas Sehun. "Membesar sama-sama dengan kau dah cukup buat aku sedar itu tentang kau."

"A-apa kau." Hana sedikit menundukkan kepalanya, malu.

"Dengan keadaan macam ni, macam mana kau nak berjumpa dengan lelaki?"

"I won't date."

"Really?"

"Hm." Hana berdeham. "Apa gunanya bercinta? Buang masa lah. Banyak lagi perkara aku nak fokus buat masa ni."

"Wow, as expected from Hana." Sehun tersengih. "Sayanglah kalau macam tu."

"Kenapa pula?"

"Kesian dekat lelaki-lelaki yang sukakan kau. Sampai bila takkan terbalas perasaan."

"Kau pun tahu, Sehun. Aku takkan ada masa untuk layan sesiapa. Kalau aku ada teman lelaki pun, kesian saja dia."

"Kenapa?"

"Aku takkan ada masa untuk layan dia. Nak keluar dating ke, berbalas mesej ke, luangkan masa ke, aku tak boleh buat semua tu."

"Hmm..." Sehun berfikir. "Tapi kan Hana, bercinta tak semestinya macam tu pun."

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now