Epilogue

950 103 12
                                    


Perkara pertama yang aku lihat sebaik sahaja aku tersedar ialah dia. Hyunjin.

Dia sedang membersihkan luka-luka di tangannya seorang diri, di dalam kegelapan. Badannya sedikit membongkok ke depan dengan kepalanya yang tertunduk. Wajahnya tidak memaparkan apa-apa riak, tidak sedih dan tidak juga gembira. Bahkan senyumannya yang sentiasa melingkar di bibirnya juga sudah hilang. Cuma satu sahaja, kesepian.

Melihatnya di dalam keadaan seperti ini, aku tertanya, sudah berapa lama dia hidup di dalam kegelapan seperti ini. Sudah berapa lama dia kesepian seorang diri?

Biarpun sudah tersedar, aku masih kekal di posisi yang sama, tidak bergerak. Hanya memerhati Hyunjin yang mencuci lukanya. Memang aku sedikit pening, tetapi itu bukan sebab mengapa aku tidak bangun. Aku cuma terlalu malu untuk berhadapan dengan Hyunjin. Aku sepatutnya tidak layak pun untuk baring di katilnya ini. Aku telah berdosa kepadanya.

Tetapi sungguh, aku amat merinduinya. Aku amat merinduinya sehingga aku rasanya ingin mati. Meskipun dia ada di sini, berada di dalam bilik yang sama, kerinduan aku tetap lagi tidak hilang. Aku bahkan semakin merinduinya.

Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir jatuh ke sisi kanan aku, mengikut posisi aku berbaring. Aku segera mengelap air mata aku, tetapi pergerakan aku itu menyebabkan Hyunjin menyedari bahawa aku sudah sedar. Dia baru sahaja akan bangun menghampiri aku tetapi badannya terduduk semula apabila mata kami bertentangan.

Kami hanya bertatapan kosong sehinggalah dia membuka mulutnya.

"Kalau kau dah sedar, baliklah ke rumah kau." Katanya dingin sebelum berdiri. "Aku akan panggilkan teksi untuk kau."

Kakinya baru sahaja akan melangkah meninggalkan aku, tetapi aku segera bangun dari pembaringan lalu mengejarnya. Namun pergerakan aku yang mengejut itu menyebabkan kepala aku terasa perit, sehingga aku merintih kecil dan berhenti melangkah serta-merta.

Hyunjin mendengar rintihan aku dan terus memusingkan badannya ke belakang, wajahnya berkerut menahan marah melihatkan aku yang menahan sakit.

"Ada apa dengan kau? Siapa suruh kau bergerak mengejut macam tu?"

"S-saya tak apa-apa..."

"Kembali ke katil. Jangan bergerak ke mana-mana selagi teksi belum sampai."

"Awak tak akan tunggu di sini?"

"Aku ada banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan." Jawabnya. "Lagipun, apa saja makna menunggu itu bagi kau, huh?"

Sakit.

Dia baru sahaja akan berlalu apabila aku menahan lengannya. "H-Hyunjin-ah, jangan layan noona macam ni..."

"Stop with that bullshit! It's always the same age bullshit with you!" Dia menarik lengannya dengan kasar sehingga pegangan aku terlepas. "Aku bukan Hyunjin bodoh yang sama seperti dulu, Hana."

Aku tersentak dengan suaranya yang meninggi. Ini kali pertama dia melayan aku sebegini dingin. Tetapi aku... aku tidak dapat membantah. Dia berhak untuk marah. Bahkan menampar aku pun tidak mengapa. Aku layak mendapatkan tamparan itu.

"Sudahlah, aku penat." Dia menghela nafasnya lelah, matanya terpejam. "Let's not meet again."

Dan kali ini dia benar-benar pergi meninggalkan aku.

____________________

Hi all! It's been a while since I publish anything new. And KABOOM, SURPRISEEEEEEE!!!!

Please support this fanfiction too, I promise to make you guys fall in love with Hwang Hyunjin too 🤭

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now