7 | Toxic

265 63 4
                                    

Hana berasa tidak senang duduk. Sejak tadi dia tidak henti-henti melihat persekitaran kedai makan itu dari tempat duduknya dengan gelisah, risau sekiranya ada yang melihatnya berduaan dengan Hyunjin di situ.

Ya, mereka berdua.

Ketika Hyunjin menahan lengannya tadi, Hana benar-benar gelisah. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menarik tangannya semula dan melarikan dirinya semula seperti pengecut, tetapi melihatkan mata Hyunjin yang agak sembap, seolah-olah lelaki itu baru sahaja menangis, Hana menjadi serba salah. Dan ketika baru sahaja Hana mahu bertanya, perut Hyunjin tiba-tiba sahaja berbunyi, menandakan bahawa lelaki itu lapar.

"Saya lapar."

Dengan itu Hana tidak dapat menolak lagi, apalagi setelah mendengarkan suara Hyunjin yang kedengaran layu.

And somehow, they ended up eating together.

Hana dapat merasakan seluruh badannya hangat, entah disebabkan oleh bahang asap yang datang dari kedai itu ataupun disebabkan oleh perkara 'lain', Hana tidak mahu memikirkannya. Tetapi itu agak mustahil memandangkan Hyunjin berada di depannya, bertentangan dengannya di meja makan.

Mereka hanya singgah di gerai makanan terbuka yang berada berdekatan dengan tasik tadi. Hyunjin yang mencadangkan gerai itu, katanya dia mengenal rapat dengan pekedai di situ. Hana hanya akur kerana dia tidak tahu harus menjawab apa. Memang sepanjang itu dia tidak mengatakan apa-apa, dan Hyunjin juga tidak terlalu memaksanya untuk bersembang juga. Jadi sejujurnya Hana agak kekok, dalam masa yang sama dia agak bersyukur kerana Hyunjin tidak terlalu mencuba untuk bersembang dengannya.

Entah mengapa, Hyunjin kelihatan agak suram. Bukannya Hana benar-benar mengenalinya sebelum ini, cuma biasanya lelaki itu suka tersenyum. Kali ini Hyunjin agak senyap, dia hanya bercakap apabila perlu sahaja. Mungkin sesuatu telah berlaku kepadanya, Hana tidak pasti.

"Do you want to order more?" Hana membuka mulutnya buat kali pertamanya melihatkan Hyunjin makan dengan senyap.

"No, it's fine. Nuna makanlah juga." Jawab Hyunjin sambil tersenyum sekilas.

Hana mengangguk perlahan. Dia mencapai chopsticknya sebelum dirinya makan dengan segan. Banyak soalan yang terlintas di fikirannya, cuma entah mengapa dia tidak mampu mengajukan semua soalan itu. Dia tidak mahu lelaki itu salah faham dengannya.

Mereka hanya makan dengan senyap selama 30 minit, sehingga makanan yang tersaji di atas meja itu semakin lama semakin berkurangan. Sehinggalah Hana membuka mulutnya buat kali kedua.

"Kenapa awak berhenti kerja?"

"Huh?" Hyunjin terkebil-kebil sebelum dia bertanya kembali. "Kerja apa?"

"Kerja-kerja awak... dekat convenience store, kedai makanan, butik..."

"Oh... saya memang dah berhenti kerja di 7eleven, cuma yang lain tu masih lagi."

"Masih? Tapi awak tak ada pun di sana."

"Nuna cari saya?"

"Huh?" Mulut Hana sedikit terbuka sebelum dia menggeleng malu, menafikan. "T-tak, cuma saya kebetulan selalu lalu di kawasan awak bekerja dulu."

"Ohh..." Hyunjin mengangguk faham. "Saya cuma ambil cuti buat sementara."

"Bila awak akan kembali bekerja?"

"Bila saya bersedia."

"Oh." Hana jadinya kehilangan kata-kata. Jadi benarlah sangkaannya tadi, Hyunjin ini mempunyai masalah, kerana itulah dia agak senyap sedari tadi. Sampainya Hana tidak tahu harus bereaksi apa, dia hanya mampu menunduk dan berpura-pura tidak peduli. Jauh di sudut hatinya dia berasa bersalah kepada Hyunjin. Pasti lelaki itu terasa kerana Hana hanya mendiamkan diri begitu tanpa mencuba untuk menenangkannya.

Favourite One : It's YouWhere stories live. Discover now